- Disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas.
- Memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasi bahan di persekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat daripada buluh adalah seperti bekas air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain lagi.
- Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk geometri.
- disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan.
- Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur-jalur garisan yang kemudiannya dianyam untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut.
- Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar.
- Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk membuat tikar ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi dan sebagainya.
- Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan secara meluas di keperluan Melayu pada masa dahulu.
- Keris alah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dan masyarakat dan kebudayaan tradisional Melayu.
Monday, November 24, 2014
KRAF SEBAGAI HASIL SENI DAN UTILITI
ASAL USUL SEJARAH KRAF
- Kraf tradisional yang terdapat di negara ini merupakan warisan negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi hingga kini.
- berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait dengan masyarakat luar seperti:
- Alat untuk pertahanan diri:
- Keris, Lembing
- Alat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan, dan membuat pertukangan.
- Bubu Parang, sabit dan cangkul
- Alat untuk kegunaan harian:
- Tikar Tudung saji Pakaian
- Alat untuk upacara dan istiadat:
- Bekas Pembakar Kemenyan Gong
- Alat untuk rekreasi:
- Wau, Gasing, Congkak
- Alat muzik untuk persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan:
- Serunai, Rebab, Nafiri, Kompang
- Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid:
- Ukiran kayu
- Pengangkutan air:
- Perahu Kolek
- Alat perhiasan:
- Pakaian seperti baju kebaya labuh, tengkolok, selendang dan lain-lain.
- Dokoh Barang perhiasan seperti dokoh, kalung, cucuk sanggul dan lain-lain.
- motif-motif ataupun reka corak yang terdapat pada kraf tersebut adalah merupakan hasil ciptaan tersendiri kerana telah diubahsuai oleh tukang pandai dengan menggunakan daya kreativiti untuk memenuhi kehendak cita rasa tempatan.
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Definisi Kraf Tradisional
Makna kraf
“Keluaran Kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979).
“Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha”.
Makna tradisional
Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Makna kraf tradisional
- satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.
- merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya.
- dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu.
- asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.
- terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam.
- Ciri-ciri seni Islam jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri.
- Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi.
- mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu.
- Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka.
- mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara.
- Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan Negara sendiri.
- perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman.
- mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar.
- seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.