Saturday, December 6, 2014

ANALISIS DATA KUANTITATIF

ANALISIS DATA KUANTITATIF

ANALISIS DESKRIPTIF

  • kaedah analisis bagi tujuan menerangkan statistik sampel tanpa membuat sebarang pentaabiran ke atas parameter populasi.
    • Kekerapan dan Kekerapan Relatif
      • Set data, sama ada dari jenis kualitatif (perkataan) atau kuantitatif (taburan data), boleh dipaparkan dalam bentuk jadual taburan kekerapan
    • Min dan Sisihan Piawai
      • min yang merupakan purata data adalah berperanan sebagi pusat taburan. Pada paksi data, min menentukan lokasi sesuatu taburan data.
      • Mod pula merupakan sukatan pada paksi data di mana ia mempunyai kekerapan paling tinggi. Median ialah sukatan pada paksi data di mana sebanyak 50% data berada pada lokasi dibawah median, dan 50% lagi berada pada lokasi di atas median.
      • Min Data Tak Terkumpul
        • Untuk data yang tidak dikumpulkan kepada beberapa kelas, min diberi seperti berikut:
        • Min = (Jumlah semua nombor) / (bilangan nombor).
    • Korelasi Linear dan Regresi Linear Mudah
      • Korelasi Linear - mengukur kekuatan hubungan linear antara dua variabel. Pekali korelasi untuk populasi menggunakan simbol 1 (huruf Greek berbunyi rho) dan untuk sampel menggunakan simbol r.
      • Regresi Linear Mudah - kajian kebersandaran satu variable ke atas satu atau lebih variabel lain. Variabel yang pertama dinamakan variabel bersandar dan yang kemudiannya dinamakan variabel tak-bersandar.

PENGUJIAN HIPOTESIS HUBUNGAN

Pengujian hipotesis adalah teknik analisis pentakbiran (inferential analysis) yang boleh membantu kita menggunakan data sampel untuk mentakbir/menganggar paprameter populasi.
  • Hipotesis nol, H0
    • Ia adalah hipotesis statistik yang menyatakan kesamaan parameter populasi dengan satu nilai tertentu, atau menyatakan tidak ada perbezaan antara dua parameter populasi. 
  • Hipotesis pilihan, H1
    • Adalah hipotesis statistik pelengkap kepada hipotesis nol.
    • Hipotesis ini merupakan pernyataan yang lazimnya pengkaji ingin mengesahkan kebenarannya.

Langkah Pengujian Hipotesis

a. Bangunkan pernyataan hipotesis:
H0: Tiada hubungan antara prestasi pelajar dengan kaedah pengajaran.
H1: Prestasi pelajar bergantung kepada kaedah pengajaran.
b. Pilih taburan yang akan diguna, dan tentukan rantau penolakan hipotesis.
c. Statistik ujian
d. Keputusan pengujian statistic
e. Kesimpulan pengujian.

PENGUJIAN HIPOTESIS PERBEZAAN

  • Perbezaan Min Dua Populasi
    • data daripada kedua-dua populasi mengikut taburan normal atau hampir normal; 
    • saiz sampel kecil (n1< 30 dan n2 < 30);
    • kedua-dua sampel adalah tak-bersandar; dan
    • sisihan piawai data daripada kedua-dua populasi diandaikan sama.
  • Perbezaan Min Lebih daripada Dua Populasi.
  • Kita akan menggunakan ANOVA sehala dalam pengujian perbezaan min lebih daripada dua (2) populasi. ANOVA sehala hanya menganalisis satu faktor sahaja.
  • Andaian ANOVA sehala ialah:
    • semua populasi dari mana sampel-sampel diambil adalah mengikuti taburan normal, atau mengikuti taburan yang hampir normal;
    • semua populasi dari mana sampel-sampel diambil mempunyai varians yang sama;
    • semua sampel yang diambil dari masing-masing populasi adalah tak-bersandar antara satu sama lain.

1 comment:

  1. If you're trying hard to lose weight then you certainly need to start using this brand new custom keto plan.

    To create this keto diet, licenced nutritionists, personal trainers, and professional cooks joined together to provide keto meal plans that are efficient, convenient, price-efficient, and delightful.

    Since their grand opening in early 2019, 1000's of people have already completely transformed their figure and health with the benefits a smart keto plan can give.

    Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover eight scientifically-certified ones given by the keto plan.

    ReplyDelete