Thursday, December 4, 2014

ASAS KAJIAN DALAM KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

ASAS KAJIAN

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Tujuan Kajian

  • Pelaporan/ Penerokaan – utk mengutip maklumat awal atau latarbelakang.
  • Deskriptif – utk menjelaskan subjek (penyataan masalah).
  • Explanatori – menjelaskan dan menerangkan sebab sesuatu fenomona berlaku.
  • Prediktif – menlah bila dan dlm situasi mana sesuatu fenominum besar kemungkinan akan berlaku.
KAJIAN DALAM PENDIDIKAN
Untuk membuat refleksi tentang andaian, nilai dan amalan;
menyoal dan mencari kaedah untuk memperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul, yang seterusnya dapat memperbaiki amalan profesional kita.

Jenis Kajian
1. Kajian tindakan ada 2 kompenan –
  • Bhg penyelidikan
  • Bhg tindakan.
  • Tujuan
    • mengepasti masalah
    • utk menyelesaikan masalah.
2. Kajian konvensional :
  • Kajian kuantitatif
  • Kajian kualitatif

Kajian kuantitatif

adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran
objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi Kajian Kualitatif adalah kajian yang menekankan kepada
penghasilan makna (production of meaning).

Jadual 1.1: Perbezaan antara Kajian Kuantitatif dan Kualitatif
KuantitatifKualitatif
TujuanMenyelidik hubungan, sebab dan kesan.Memahami fenomena sosial.
Reka BentukDibentuk sebelum kajian dijalankan.Dibentuk semasa kajian dijalankan.
PendekatanDeduktif; menguji teori.Induktif; menjana teori.
Alat-alatMenggunakan alat-alat piawai.Menggunakan interaksi bersemuka.
SampelMenggunakan sampel besar.Menggunakan sampel-sampel kecil.
AnalisisAnalisis statistik ke atas data numerik.Deskripsi dan interpretasi naratif.
Sumber: Ary, Jacobs and Razavieh. (2002). Introduction to research in
education. (6th ed.). Belmont CA: Wadsworth

Kajian Tindakan -untuk memperbaikinya dan menunjukkan bukti setakat mana amalan itu telah dibaiki.
Langkah asas Kajian tindakan:
1. meninjau amalan semasa
2. kenalpasti masalah utk diselidik
3. bagaimana anda memperbaiki amalan secara praktik
4. cuba selesai dan nilai semula
5. ubah amalan mengikut maklum balas dr langkah 4
6. teruskan memantau amalan
7. lihat semula dan nilai amalan yg telah diubah

KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN
Untuk membina dan menguji pelbagai hipotesis melalui pemikiran induktif-deduktif. Kajian saintifik menggunakan proses tertentu yang menggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan dan pengujian hipotesis kepada aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif RSains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu pengetahuan.

Ciri-ciri Sains
  • Empirikal Data empirikal diperoleh mengikut keadaan tertentu.
  • Boleh diulang(replicable) Kajian boleh diulang mengikut keadaan, sampel dan kaedah yang digunakan sebelumnya.
  • Analitikal Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan menjelaskan fakta empirikal.
  • Berasaskan teori Ia bergantung kepada pengetahun lepas.
  • Logikal Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian.
  • Teliti Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan.
ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN ILMU
  • Autoriti
    • Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada buku dan media
  • Tradisi
    • Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai 
  • Pengetahuan Umum
    • Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yang diketahui oleh semua orang yang mempecayainya
  • Mistri Media
    • Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada kita sebagai sumber maklumat
  • Pengalaman Peribadi
    • Apabila sesuatu berlaku, kita dapat merasainya, kita dapat mengalaminya, dan kita terimanya sebagai benar
    • Pengalaman peribadi ini dikukuhkan melalui empat kesilapan utama:
      • Terlebih generalisasi (overgeneralisation): iaitu kita mengandaikan perkara ini benar dalam situasi-situasi lain.
      • Pencerapan terpilih (selective perception): iaitu, apabila kita memberi tumpuan kepada perkara tertentu sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain.
      • Keputusan lebih awal (premature closure): iaitu keputusan yang kita buat apabila kita rasa kita sudah pun mempunyai segala jawapan yang kita perlukan dan kita rasa kita tidak perlu lagi mendengar pendapat orang lain, mencari maklumat lain atau menimbulkan persoalan lain.
      • Kesan Halo (Halo effect): iaitu, apabila kita terlebih membuat generalisasi terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang, yang membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau orang tersebut.
KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK
  • Lebih daripada proses pengutipan dan penganalisisan data.
  • Berasaskan logik and pencerapan.
Pendekatan saintifik
Pendekatan saintifik

Model Sains Tradisi

  • Teori – digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan dalam bentuk hipotesis.
  • Operasionalisasi – menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibat dan bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Ia adalah satu proses untuk menyatakan definisi operasional, atau menyatakan operasi terperinci untuk mengukur pemboleh ubah.
  • Pencerapan – melihat dan membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat.

Model Deduktif dan Induktif

Kajian melibatkan penggunaan teori. Semasa kita mereka bentuk kajian, teori mungkin atau mungkin tidak dinyatakan secara eksplisit, walaupun ia perlu dinyatakan secara eksplisit semasa kita mempersembahkan dapatan kajian dan kesimpulannya.
  1. Model Induktif – Bergerak daripada perkara spesifik kepada umum (general), daripada satu set pencerapan tertentu (specific observations) kepada penemuan bentuk (discovery of a pattern) yang mempunyai susunan. Dalam model ini, prinsip-prinsip umum dibina daripada pencerapan yang spesifik.
  2. Model Deduktif – Bergerak daripada umum kepada spesifik. Daripada satu bentuk tertentu yang dijangka berasaskan logik atau teori kepada pencerapan yang menguji sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnya wujud. Dalam model ini, hipotesis tertentu dibina berasaskan prinsip-prinsip umum
Hubungan antara model induktif dan deduktif
Hubungan antara model induktif dan deduktif

KRITERIA KAJIAN YANG BAIK

  • Tujuan Kajian yang Jelas
    • untuk mengelakkan kekeliruan.
  • Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian
    • Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain.
  • Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik
    • Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan ralat (error).
  • Piawai Etika yang Tinggi
    • Sesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta kajian daripada prasangka atau bahaya, yang pada masa yang sama dapat menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang tinggi.
  • Dapatan yang Dibincang dengan Jelas
    • Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan kesahan data perlu disemak dan disahkan; dapatan kajian perlu diterangkan dengan jelas.
  • Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas
    • Penyelidik perlu menyatakan batasan-batasan atau kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian.

ETIKA KAJIAN

  • kerahsiaan peserta kajian;
  • penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian kajian atau sepenuhnya;
  • keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta;
  • menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti;
  • reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor dapatan-dapatan kajian; dan
  • tingkah laku dan keobjektifan penyelidik.
  • Kajian asas
    • Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian.
  • Kajian gunaan
    • Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.
  • Kajian kuantitatif 
    • Kajian yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi.
  • Kajian kualitatif
    • Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang, keanihan seseorang, dan sebagainya.
  • Kajian tindakan
    • Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan harian, sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya.

1 comment: