Friday, December 5, 2014

KAEDAH KAJIAN

  1. Kajian adalah penggunaan kaedah saintifik secara formal dan sistematik untuk mengkaji masalah-masalah dalam bidang/disiplin ilmu tertentu.
  2.  merancang kaedah dan tatacara kajian yang hendak dijalankan. Rancangan kajian ini akan memberi gambaran tentang siapakah responden kajian; apakah variabel kajian, jenis data kajian dan alat-alat kajian yang akan digunakan; dan juga bagaimana data akan dikutip dan dianalisis.
  3. Soalan-soalan kajian adalah soalan-soalan yang kita tanya, yang jawapannya boleh digunakan untuk mencapai tujuantujuan kajian yang kita akan jalankan
  4. Reka bentuk kajian
  • Kuantitatif 
    • Eksperimen -kajian bandingan kumpulan
    • Kuasi-eksperimen -menggunakan kelas-kelas yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan eksperimen.
    • Korelasi - membandingkan keputusan peperiksaan muridmurinya dlm 2 matapelajaran.
    • Tinjauan- cross-sectional digunakan untuk mengutip data yang menggambarkan sikap, pendapat atau kepercayaan semasa. Reka bentuk longitudinal pula digunakan untuk mengkaji individu-individu dalam jangka masa tertentu.
  • Kualitatif 
    • Teori grounded - memerlukan pencerapan (observation) dan juga temubual.
    • Etnografi -boleh mengenal pasti satu kumpulan orang untuk dikaji, melawat seting kumpulan ini, catitkan bagaimana mereka bertingkahlaku dan berinteraksi dengan orang-orang lain.
    • Naratif- menceritakan secara sendiri kepada pengkaji apa yang berlaku kepadanya ( kajian individu ).
  • Gabungan Kuantitatif dan Kualitatif
    • Kedah bercampur -satu tatacara untuk mengutip keduadua jenis data, iaitu data kualitatif dan data kuantitatif dalam satu kajian.
    • Kajian tindakan- guru menjalankan kajian dalam bilik darjah untuk mereka membuat refleksi tentang pengajaran mereka Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan”.
    • Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi.
      • Persampelan rawak mudah (PRM) adalah satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.
      • Persampelan rawak berstrata (PRS) adalah satu proses pemilihan sampel di mana populasi kajian dibahagikan kepada beberapa strata/kumpulan kecil- L pandai, L lemah, P pandai, P lemah.
      • Persampelan sistematik (PS) adalah satu proses persampelan, di mana setiap ahli populasi diberi nombor.
      • berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli populasi yang bernombor dengan selang tertentu.
      • Persampelan kelompok (PK) adalah satu proses persampelan, di mana ahli-ahli populasi berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu.
ALAT KAJIAN 
Proses pembinaan alat kajian boleh dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu
  • menentukan objektif alat kajian-apakah yang kita ingin tahu tentang responden kajian kita 
  • menentukan kandungan alat kajian -ujian yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan kandungan (content validity) yang tinggi.
  • Jenis Kebolehpercayaan dan Kesahan
    • Kestabilan
      • Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan (consistency) mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama.
    • Kesetaraan Kebolehpercayaan
      • kesetaraan ialah ukuran kesetaraan antara skor bagi dua (2) ujian yang setara, iaitu ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama.
    • Ketekalan Dalaman Kebolehpercayaan
      • ketekalan dalaman ialah ukuran ketekalan antara skor separuh daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama.
    • empat (4) jenis kesahan
      • Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur.
      • Kesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity).
      • Kesahan konstruk ialah ukuran sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk/gagasan berasaskan teori psikologi tertentu eg. Rajin.
      • Kesahan muka sesuatu alat/ujian “nampak pada permukaannya” dapat mengukur apa yang hendak diukur:
        • Contohnya, bagi alat yang mengukur konstruk “rajin”, kita sepatutnya nampak item-itemnya berkait dengan ciri-ciri orang yang “rajin”.
        • Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memestikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang munkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan.
  • Fungsinya:
    • Menyemak kejelasan item-item, arahan dan dan susun atur (layout) soal selidik.
    • Mendapatkan maklum balas tentang kesahan item-item soal selidik.
    • Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian item-item dan format jawapan. 
    • Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item-item tertutup.
    • Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik.
    • Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik.
    • Mengenal pasti item-item yang tidak berkaitan dalam soal selidik.
    • Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer
  • Variabel adalah idea yang pengkaji ingin meneliti dalam kajian mereka. Secara operasinya, variabel ialah sesuatu ciri atau atribut seseorang individu atau organisasi yang kita boleh cerap (observe) dan boleh diukur (measure).
  • Penganalisisan Data Kualitatif
    • R Meyedia dan menyusun data untuk dianalisis.
    • RMenghurai dan membina tema daripada data.
    • R Melaporkan dapatan kajian.
    • RMenafsirkan (interpreting) dapatan kajian.
    • R Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian
  • Penganalisisan Data Kuantitatif
    • menghimpun dan mengubah data daripada bentuk kualitatif kepada bentuk kuantitatif kedalam program spss.
    • menentukan ukuran kepada setiap variabel kajian yang digunakan.
    • memprogramkan supaya komputer memberikan kekerapan (frequency) bagi setiap skor kepada item yang dimasukkan.
    • memilih analisis statistik yang sesuai diguna untuk menjelaskan profil/latar belakang responden dan menjawab soalan-soalan kajian.

No comments:

Post a Comment