Saturday, December 6, 2014

KAJIAN KUANTITATIF

KAJIAN KUANTITATIF
REKA BENTUK DAN ALAT KAJIAN

  • Mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variabel bersandar,
  • Alat-alat kajian seperti ujian pencapaian, inventori dan soalselidik
    • Kesahan Dapatan Kajian Kuantitatif
      • Terdapat lapan (8) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dalaman sesuatu eksperimen:
    • Sejarah
    • Kematangan ( tempoh masa )]
    • Pengujian- Kesan ujian pertama ke atas skor ujian kedua
    • Alat ukuran
    • Regresi Statistik - kumpulan yang mempunyai skor ekstrim
      • (skor rendah atau skor tingi) akan memberikan dapatan kajian yang tidak sah.
    • Pemilihan – berlaku bias dlm pemilihan sample
    • Mortaliti- Kehilangan subjek kajian dalam kumpulan yang dibandingkan
    • Interaksi Kedewasaan-pemilihan
  • Terdapat empat (4) faktor yang boleh mempengaruhi kesahan luaran sesuatu eksperimen, 
    • Kesan Interaksi Pengujian 
      • Peningkatan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh mereka dapat mengingat soalan dan jawapan ujianpra. 
  • Interaksi 
    • Peningkatan/penurunan pencapaian subjek kajian adalah disebabkan oleh kesan interaksi antara subjek kajian dengan variabel yang dikaji. 
  • Kesan Tindak Balas 
    • Kesan tindak balas (reactive effects) adalah kesan yang hanya wujud dalam suasana eksperimen, tetapi ianya tidak wujud dalam suasana biasa (suasana bukan eksperimen). 
  • Gangguan Rawatan Berganda 
    • Kesan pelbagai rawatan terdahulu yang tidak terhapus. 

Reka Bentuk Kajian Kuantitatif

  • Reka Bentuk Kajian Deskriptif 
    • Reka bentuk kes (case design) 
    • Reka bentuk siri-kes (case-series design) 
    • Reka bentuk silang/keratan lintang (cross-sectional design) 
    • Reka bentuk kohot atau perspektif (cohort or perspective design) 
    • Reka bentuk retrospektif atau kawalan kes (retrospective or case-control design). 
  • Reka Bentuk Kajian Eksperimen 
    • Reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-group design): 
      • reka bentuk ujianpra-ujianpos-satu-kumpulan (singlegroup-pretest-posttest design), 
      • reka bentuk siri-masa (time-series design) 
  • Reka bentuk berkumpulan-kawalan (control-group design): 
    • Reka bentuk berkumpulan-kawalan-ujianpos-sahaja (controlgroup- posttestonly design); 
    • Reka bentuk berkumpulan-kawalanujianpra- ujianpos (control-group-pretestposttest design). 
    • Reka bentuk kumpulan kawalan-Solomon (Solmon-control-group design), 
    • Reka bentuk faktorial (factorial design). 

Kajian Deskriptif

  • Kajian deskriptif ialah kajian yang tidak mengenakan apa-apa rawatan kepada subjek kajian dan biasanya variabel kajian diukur sekali sahaja. Untuk mendapatkan hasil kajian yang baik, pengkaji biasanya memerlukan sampel yang besar, iaitu 100 hingga 1,000 subjek. 
  • Reka bentuk Kajian Deskriptif : 
    • a) Kes – satu subjek kajian sahaja. 
    • b) Siri kes – beberapa kes 
    • c) Silang - variabel-variabel kajian dicerap sekali sahaja terhadap subjek kajian 
    • d) kohot - beberapa variabel (seperti tabiat menghisap rokok) diukur pada awal kajian, kemudian selepas beberapa ketika, hasil/kesannya (seperti sakit jantung) ditentukan 
    • Retrospektif - kajian ini berfokus kepada keadaan masa lalu yang boleh menyebabkan sesuatu kes/hasil berlaku . lebih sukar dan memakan masa untuk dilaksanakan, tetapi ia lebih meyakinkan untuk menunjukkan wujudnya hubungan sebab-kesan. 

Kajian Eksperimen

  • Kajian ini dibuat untuk menentukan sebab kepada sesuatu kesan.
  • dua (2) jenis, iaitu
    • reka bentuk takberkumpulan- kawalan : kajian dijalankan ke atas satu (1) kumpulan subjek kajian sahaja. Salah satu daripada reka bentuk ini ialah reka bentuk ujianpra-ujianpos-satukumpulan.
    • reka bentuk berkumpulan-kawalan : subjek kajian dibahagikan kepada dua (2) kumpulan secara rawak, di mana satu (1) kumpulan tidak diberikan rawatan atau diberikan rawatan kawalan (kumpulan kawalan), sementara satu (1) kumpulan lagi (kumpulan eksperimen) diberikan rawatan sebenar.

Soal-Selidik

  • Soal-selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan/item bercetak yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan kendiri daripada subjek/responden kajian. 
  • Langkah-langkah membina soal-selidik.
    • (i) Membangunkan item sesuai dgn obj kajian.
    • (ii) Menyediakan tatacara analisis yang sesuai.
    • (iii) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesesuaian item.
    • (iv) Memperbaiki item selepas maklum balas daripada ujian rinstis.
    • (v) Memberi latihan kepada penemuduga atau pengutip data.

Inventori 

  • Inventori ialah satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk/ciri psikologi tertentu seseorang individu,
    • Skala Likert - satu skala nombor integer yang mempunyai sama selangnya

PENJELMAAN DATA

  • dua proses dalam menganaliss data: 
    • Memproses data dari borang soal selidik 
    • Memproses data dari inventori 
  • Data perlu diolah kepada kategori, peratus, min dan sisihan piawai. 
    • langkah-langkah dalam analisis data: 
      • Fasa pra-analisis 
      • Fasa pengurangan saiz data 
      • Fasa paparan data 
      • Fasa pengesahan data 
      • Fasa dapatan - Prosedur Pemprosesan Data 
      • Surat memohon kebenaran 
      • Selepas mendapat kebenaran dari pengetua 
      • borang soal-selidik/inventori diedarkan dan meminta sample mengisikannya. 
      • data mentah yang diperoleh itu hendaklah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian 
      • Data daripada alat kajian, seperti soal selidik / inventori, perlu diubah kepada skor variabel-variabel kajian. 
      • pengkaji boleh mula menganalisis data kajian untuk menjawab soalan-soalan dan/atau hipotesis-hipotesis kajian. 
  • Inventori
    • Satu set soal-selidik yang dibina dan diuji untuk mengukur satu konstruk psikologi tertentu seseorang individu. 
  • Kajian deskriptif 
    • Kajian di mana rawatan tidak dibrikan kepada subjek kajian dan variabel kajian diukur seperti yang sedia ada. 
  • Kajian eksperimen
    • Kajian di mana rawatan diberikan kepada subjek kajian dan variabel kajian diukur sebelum dan selepas rawatan diberikan. 
  • Kajian kuantitatif 
    • Kajian yang mengukur secara kuantitatif hubungan antara variabel tak-bersandar dengan variable bersandar/hasil. 
  • Placebo – Rawatan yang diberikan kepada kumpulan kawalan supaya mereka tidak rasa berbeza daripada kumpulan eksperimen. 

No comments:

Post a Comment