Wednesday, December 3, 2014

Tenunan

  • seni tekstil yang terkenal di Malaysia.  
  • halus dan tinggi mutunya mencerminkan kreativiti dan kemahiran pandai tukang tempatan dalam bidang ini.
  • banyak terdapat di negeri Kalantan, Terengganau dan Pahang.  
  • merupakan salah satu daripada kraf tradisional.  


Definisi Tenunan 
  • –Tenunan  dihasilkan  daripada  jalinan  benang  lonseng  (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang). 
Sejarah 
  • Tenunan  sonkat  adalah  dipercayai  berasal  daripada  kerajaan Dongson di Kemboja sebelum ianya diperkenalkan di negara ini. 
Jenis-jenis Tenunan
Terdapat tiga jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu: 
  • Tenunan Pahang 
  • Tenunan songket (kain benang emas) 
  • Tenunan Pua 
Tenunan Pahang
  • tenunan kain yang bercorak ragi atau tanpa corak yang tidak mempunyai  ragam  hias. Di Kelantan, tenunan jenis ini dikenali sebagai tenunan balas sementara di kampong Gerung, Kelantan dikenali sebagai  setuli  benang. Tenunan  ini ditenun dengan menggunakan kek Siam. 
  • Diusahakan di kawasan Pekan, Pahang dan Kelantan. Bahan utama yang digunakan ialah benang sutera dan kapas. Bagi negeri Kelantan pula, pembuatannya banyak menggunakan benang setul (benang Rayon). 
Tenunan songket
  • Menggunakan kaedah tenunan asas (Tenunan Tabby) iaitu tenunan asas, benang pakan dan satu benang loseng. Tenunan ini sama seperti tenunan Pahang tetapi menggunakan benang emas atau perak (benang pakan).
  • Terdapat dua jenis songket: 
    • Tekat 3 
    • Tekat 5 
Jenis Kain Tenunan
Terdapat tujuh jenis kain tenunan: 
  • Kain bujang atau Samping 
  • Kain sarung tenunan corak berang 
  • Kain sarung  
  • Kain kampuh – Kain lepas Kain destar/Tanjak/Tengkolok  
  • Kain selendang
Proses Menghasilkan Songket 
bahan-bahan yang digunakan: 
  • Benang – Benang loseng 
  • Benang pakan –Bahan pewarna 
Peralatan yang digunakan: 
  • Kek (loom)/tumpoh/kek pua 
  • Anak geliging – Lidi – Belira 
  • Torak, cubaan dan pelting (peleting) 
  • Pasong dan papan gulung 
Proses menenun songket 
  • Benang dan bahan pewarna merupakan bahan asas untuk menghasilkan  tekstil  melalui  proses tenunan dengan menggunakan alat seperti kek tumpoh atau kek injik kaki. Benang diwarnakan dengan warna pencelup yang dipilih bagi menentukan reka corak permukaan sehelai kain. 
Persediaan sebelum menenun: 
  • Menerai benang
    • Mencerai benang-benang dari tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan ruwing. Benang-benang dililitkan kepada peleting buluh atau besi (bobbin) untuk digunakan sebagai benang atau loseng untuk proses menganing. 
  • Menganing 
    • Proses menyusun benang loseng dalam pemidang anian bagi mendapatkan panjang kain dan corak tanah kain. 
  • Menggulung benang losing ke papan gulung
    • Benang yang telah siap proses menganing dipindahkan ke papan gulung  melalui  proses menggulung. Benang yang telah siapdigulung pada papan gulung digantung pada kayu pasung yang terletak di hujung kek. Benang daripada papan gulung ini dinamakan benang loseng. 
  • Menyapuk
    • Proses jentera menarik benang dari papan gulung untuk dimasukkan ke gigi jentera dengan menggunakan jarum di mana proses ini dinamakan proses menyapuh/menyapuk. 
  • Mengarat
    • Proses membentuk dua lapisan loseng melalui proses jalinan karat. Benang loseng akan berada di dalam mata karat secara mata karat berselang seli pada baris barisan karat depan atau karat belakang. 
  • Menenun 
    • Poses menenun dikenali sebagai mengarat. Ia dimulakan dengan benang loseng digerakkan turun naik silih berganti apabila jijak karat ditekan serta torak dilancarkan dari kiri ke kanan atau sebaliknya bereulang-ulang kali. Setiap kali torak dilancarkan, selembar benang akan ditenun. Ia perlu diketatkan dengan asakan alat jentera. Proses ini dibuat berulang kali sehinggalah  helaian kain terbentuk. 
  • Proses menyungkit corak 
    • Sebelum menyusun lidi atau bilah nibung, saiz reka bentuk motif perlu ditentukan dengan mengambil  kira saiz gigi belalang. Saiz gigi belalang terdiri daripada songketan tekat tiga atau songketan lima. 
    • Setelah itu lidi atau bilah nibung dimasukkan ke celah benang loseng  mengikut bacaaan geraf  setiap corak. Proses ini juga dikenali sebagai menyolek. Ia bertujuan untuk menyediakan benang butang. Benang butang ini akan diangkat semasa proses menenun bagi menimbulkan corak songket. 
Motif songket
tiga jenis motif dalam ragam hias songket: 
  • Motif berasaskan flora 
    • Pucuk Rebung • Bunga Tanjung • Bunga Gorek 
    • Bunga Cengkeh • Bunga Telepok • Bunga Lawang 
    • Bunga Kunyit • Bunga baling-baling 
    • Bunga Cina  •  Bunga Tampuk Berembang  •  Bunga Tampuk Manggis 
  • Motif berasaskan fauna 
    • Lawi Ayam • Kuda laut • Dada kaki Lipan 
    • Kupu-kupu • Ayam Jantan • Burung Merak 
    • Siku Keluang Besar • Siku Keluang Kecil • Gigi Belalang 
  • Motif berasaskan geometri 
    • Bintang Pecah Lapan • Makhota 

Struktur Ragam hias Songket
mempunyai tiga bahagian yang paling nyata, iaitu: 
  • Kepala kain 
    • Biasanya menggunakan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam 
  • Badan kain 
    • Motifnya bebas 
  • Kaki kain 
    • Seperti juga kepala kain, bahagian ini dihiasi dengan motif Pucuk Rebung dan Lawi Ayam, atau motif yang disusun secara berbaris (melintang) serta diapit oleh tali air secara berlapis.
Susunan Letak Motif Songket
tiga jenis susunan letak motif songket: 
  • Susunan Bunga Penuh. – 
  • Susunan Bunga Tabur. 
  • Susunan bercorak.  
Aktiviti Latihan Pembelajaran Membuat 
  • Songket: Menggunakan Benang Kait/Tali Rafia 
Bahan yang digunakan: 
  • Benang kait atau tali rafia pelbagai warna
  • Bingkat kayu yang berpaku di sekelilingnya 
  • Jarum yang besar 
Langkah-langkah aktiviti ini:
Langkah 1  :  
  • Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam songket. 
Langkah 2  :  
  • Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak songket kepada pelajar. 
Langkah 3  :  
  • Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas. 
Langkah 4
  • Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. 
Langkah 5
  • Pelajar menyiapkan lakaran songket. 
Proses 
  • Benang atau tali rafia diikat atau disangkutkan pada penghujung kedua bingkai kayu tersebut pada paku yang terdapat padanya disusun secara teratur, baris demi baris, mengikut jarak yang sama. Setelah siap, dengan menggunakan pelbagai warna benang atau tali rafia, teknik menenun dilakukan secara pergerakan selang seli pada barisan benang atau tali rafia tersebut hingga siap mengikut ragam corak yang lakarkan. 
Persembahan hasil kerja
(i) Penilaian berdasarkan 
  • Idea rekacipta 
  • Kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik 
  • Kemasan 
(ii) Apresiasi 
  • Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja diri sendiri dan orang lain. 
Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang tenunan atau tempat membuat tenunan.
Tempat : kilang atau tempat membuat tenunan yang berhampiran.
Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan.
  • bagaimana tenunan dihasilkan 
  • proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir 
  • kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari tenunan 
  • pemasaran barangan tenunan. 
Aktiviti pembelajaran tambahan
(i) Latihan 
  • Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tenunan. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan. 
(ii) Latihan 
  • Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada tenunan.

No comments:

Post a Comment