Wednesday, December 3, 2014

Ukiran


  • Definisi 
    • dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan  istana, masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.
    • ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ’carving tool’.
    • hasil rupa tradisi Melayu yang terulung.
    • Dua faktor yang menjadikannya sedemikian rupa ialah: 
      • Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan  sebagai  bahan  binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.
      • Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta  untuk mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya cipta yang sihat,kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang berterusan. 
    • –mementingkan sifat gerak yang bermula dari suatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku.  
    • mempunyai imbangan sama ukur di antara bahagian yang positif dengan  yang  negatif.  Bentuk dan motifnya terkawal dengan keadaan yang sederhana serta tiada unsur yang berlebihan. 
    • Ukiran kayu sebagai penyataan daya cipta Melayu dalam bentuk tampak yang terdapat pada aneka benda seperti barang-barang kegunaan harian dan seni bina. 
    • jelas pada binaan masjid, rumah makam, kepala sampan, perabot, serta barangan kegunaan harian. 
  • Alat dan media 
    • Terdapat 4 jenis ukiran: 
      • Layang 
    • – Ukiran ini dibuat pada papan. Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak. 
    • Tebukan tembus (timbul silap) 
      • – Ukiran jenis ini terbahagi pada 2 iaitu: 
        • bersilat 
        • tanpa silat 
        • Timbul 
    • Ukiran jenis ini dibuat pada papan. Bahagian latar, corak ditebuk. Corak ukiran  lebih  timbul dan  bersilat  jika  dibandingkan  ukiran layang. 
    • Alat dan bahan: 
      • Ukiran ini dibuat pada batang kayu seperti tiang tangga 
  • Peralatan yang digunakan: 
    • Gergaji 
      • potong 
      • belah 
    • Alat perata permukaan kayu 
      • ketam perata – ketam golek 
    • Pahat 
      • rata – kuku 
      • Tukul kayu 
      • Pisau wali atau pisau ukir 
      • Kikir pari 
      • Kikir 
      • Berus dan syelek 
      • Cetar
  • Bahan yang digunakan: 
    • Kayu – Pewarna – Gam 
  • Proses dan Teknik Mengukir 
    • Penyediaan kayu 
      • Pilih papan yang sesuai. 
      • Potong mengikut ukiran yang dikehendaki. 
      • Ketamkan permukaan. 
  • Melukis corak di atas permukaan kayu 
    • Terdapat beberapa teknik melukis corak pada permukaan papan
      • Melukis terus pada permukaan papan.
      • Tekap. 
      • Tampal kertas bercorak atas permukaan papan. 
  • Mengukir
    • Ukiran layang:
      • Bahagian latar corak tidak ditebuk. Silat dibuat hanya pada corak. 
    • Ukiran bunga timbul: 
      • Bahagian latar corak ditebuk. Diukir menyerong pada corak untuk menimbulkan silat. 
    • Ukiran tebuk tembus:
      • Bahagian latar ditebuk tembus dan menyerong pada corak dan latar untuk menimbulkan silat. Bahagian latar  tembus menghasilkan corak dan bunga ukirnya tanpa silat. 
    • Ukiran larik:
      • Diukir pada batang kayu untuk mendapatkan bentuk. 
    • Menyilat
      • Menimbulkan bentuk pada corak. Keindahan ukiran terletak pada jenis silat yang  sesuai. Gubahan silat-silat yang sesuai bagi menampakkan pergerakan dan menimbulkan bentuk. Menyilat juga untuk menampakkan konsep tinggi dan rendah dalam kedudukan aras dan ruang yang terdapat pada corak. 
    • Motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran 
      • Berikut adalah motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora, seni khat, fauna, awan larat, kosmos dan geometri. 
    • Flora
      • Daun: 
        • bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola, ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya, pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain. 
      • Bunga: 
      • cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting, kedup. Ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai,  manggis, tanjung, matahari, cengkih dan lain-lain. 
    • Seni Khat 
      • ayat-ayat Al-Quran 
    • Fauna 
      • itik pulang petang 
    • Awan Larat
      • awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angina sehingga menghasilkan pelbagai bentuk yang indah. 
    • Kosmos 
      • Matahari, bulan, bintang, awan, gunung, bukit, logam dan lain-lain. 
    • Geometri 
      • Corak berupa corak geometri dan  unsur lain  yang disusun dalam rupa bentuk geometri.  Huruf-huruf Arab dan tulisan jawi juga digunakan. 
    • Pengunan warna
      • biasaan ukiran Melayu tidak menggunakan warna tetapi di pantai timur didapati penggunaan warna terdapat pada ukiran bangau perahu dan ukiran alat muzik seperti rebab. Cat dan air perada emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan ukiran khat pada bangunan masjid di seluruh Semenanjung. Pada keseluruhannya ukiran kayu Melayu menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang digunakan yang memaparkan jalinan selain kemasan.
  • Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Hias (Corak) Ukiran: Menggunakan Sabun 
    • bahan: 
      • Sabun buku 
      • ‘Carving tool’ 
      • Pisau 
      • Alat tajam untuk melakar seperti jarum peniti, pencungkil gigi 
      • Span 
    • Langkah 1 :
      • Guru menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam ukiran. 
    • Langkah 2 :
      • Guru  mengarahkan pelajar untuk melakarkan reka corak ukiran kepada pelajar. 
    • Langkah 3 :
      • Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana mengukir sesuatu corak pada sabun. 
    • Langkah 4 :
      • Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. 
    • Langkah 5 :
      • Pelajar dikehendaki melakarkan reka corak tersebut di atas sabun dengan menggunakan alatan tajam seperti  jarum peniti dan sebagainya. 
    • Langkah 6 :
      • Pelajar mengukir sabun dengan  menggunakan ‘carving tool‘ atau pisau. 
    • Langkah 7 :
      • Pelajar melicinkan hasil ukiran pada sabun dengan menggunakan span dan sedikit air. 
    • Persembahan hasil kerja 
      • Penilaian berdasarkan 
      • ide reka cipta 
      • kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik 
      • kemasan  
      • Apresiasi 
      • Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain. 
    • Aktiviti cadangan
      • Membuat satu lawatan ke kilang batik atau tempat membuat ukiran  
      • Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran 
      • Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan bagaimana ukiran dihasilkan 
      • proses bagaimana ukiran dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir 
      • kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari ukiran 
      • pemasaran barangan ukiran 
    • Aktiviti pembelajaran tambahan 
      • Latihan 
        • Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni ukiran. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan. 
      • Latihan 
        • Kumpulkan gambar atau lakaran  motif-motif yang terdapat pada ukiran.

No comments:

Post a Comment