Definisi Kraf Tradisional
Makna kraf
“Keluaran Kraf tangan” bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana bahagian. (Akta 222-Akta Perbadanan kemajuan Kraf tangan Malaysia 1979).
“Dengan perkataan Kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha”.
Makna tradisional
Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Makna kraf tradisional
- satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing perhiasan diri dan lain-lain lagi.
- merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya.
- dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu.
- asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.
- terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan alam.
- Ciri-ciri seni Islam jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri.
- Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi.
- mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu.
- Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka.
- mendapat perhatian pihak yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara.
- Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan Negara sendiri.
- perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman.
- mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar.
- seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.
No comments:
Post a Comment