Wednesday, December 3, 2014

Tekat

Definisi 
  • Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu.
  • seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji timbul) di kalangan pengusaha tekatan.
  • Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama ada disulam, ditekat atau disuji, ragam hias hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur.
  • Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatu perkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi dan berturut-turut (melakukan sesuatu).
  • Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan di salit dengan benang emas di atas lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.
  • menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul.
  • Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat.
  • Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan tampalan kertas perada di atas kain berwarna.
  • seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni ini digunakan untuk hiasan barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuk tekat berasaskan corak awan larat tan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu.
  • motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daun keladi,  daun  bunga padi, daun peria dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima, bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya. bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang.
Sejarah
  • berasal dari India dan negeri Cina yang kemudiannya
  • dipengaruhi dengan motif pilihan yang diubahsuai dari sumber alam oleh tukang-tukang tempatan.
  • berkembang pesat  di istana pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu pada kurun ke 15.
  • Hasil tekat dijadikan pakaian kebesaran dan alat kelengkapan di
  • kalangan kerabat diraja. Di Perak, senitekat pada asalnya dimonopoli oleh golongan istana. Raja Permaisuri Perak pada akhir abad ke 19 merupakan pereka bentuk tukang yang banyak menghasilkan reka bentuk tekat.
  • dilangsungkan oleh masyarakat Cina Peranakan berketurunan baba dan Nyonya Melaka serta orang-orang tempatan di beberapa negeri Melayu lain setelah kejatuhan Kesultanan Melayu melaka.
  • Tukang yang bersuji atau menekat dipanggil tukang sebu.
  • Kehalusan dan keunikan seni tekat menampakkan mutu seni yang rumit, indah dan mewah.
  • Konsep seni bersifat dua dimensi tetapi kebanyakan hasil tekatan digunakan untuk penghasilan barangan tiga dimensi seperti tudung saji, sarung bantal, ciur, tapak sirih, kasut dan lain-lain lagi.
  • terbatas dan kegunaannya adalah terhad.
Jenis-jenis Tekat
  1. Tekat timbul benang emas atau perak
    • Benang emas atau perak diuji berulang-ulang dan berturut-turut di atas irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang emas atau perak.
  2. Tekat gubah
    • Selain kain baldu, kain biasa boleh digunakan sebagai kain dasar. Mempulur tidak digunakan. Acu yang  diperbuat daripada kertas yang ditebuk diletakkan di atas kain dasar sebagai panduan untuk melukis corak.
    • Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enau berwarna hitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur di atas kain dan ditindih ikat pada kain dengan menggunakan benang sutera berwarna.
    • Kedua-dua jenis tekat timbul dan tekat gubah sering diserikan lagi dengan manik dan labuci yang ditaburkan pada ruang-ruang kosong atau yang tidak bertekat.
  3. Tekat perada
    • Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yan ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusuri dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah. Kadangkala bahagian bawah kerawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain berwarna lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi.
    • tidak lagi diusahakan sekarang.
Alatan Tekatan
Pemidang kayu
  • dua jenis pemidang kayu,iaitu yang berkaki dan tidak berkaki.
  • digunakan untuk tujuan meregang kain dan memudahkan tekatan dengan menggunakan peregang, akan memudahkan bahagian tepi kain digunting.
Contoh alatan menekat
Cuban dan benang emas
  • Cuban dianggap sebagai jarum besar untuk melilit benang emas.
  • diperbuat daripada buluh yang diraut, kayu bercabang, perak atau tanduk berukir.
  • Cuban diperbuat daripada dua keratin buluh yang diikat dalam bentuk palang.
Contoh cuban tekat
Irasan atau kain dasar
  • Merupakan kain yang dijadikan dasar tekatan atau sulaman kain baldu untuk tekatan dan kain kapas untuk sulaman.
Benang putih atau benang kapas
  • Digunakan untuk mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur. Benang ini tidak kelihatan di permukaan kain kerana benang ini seolah menyambut benang emas dan mengetatkan atau mengemaskan tekatan. Jarum digunakan bagi mengait dan mendapatkan jarak tekatan yang rapat.
Mempelur
  • Adalah isi tekat yang bermotif. Biasanya dibuat daripada kertas tebal dan dipotong sehingga meninggalkan bentuk. Bentuk motif ini dilekatkan atas kain dasar tekat sebelum  proses menyulam benang emas dimulakan.
Proses tekatan
  • Menyediakan mempelur berdasarkan motif pilihan kajian daripada sumber alam dengan  melukis dan memotong kad tebal.
  • Mempulur bukan hanya sebagai rangka reka corak tetapi juga berperanan untuk mengukuhkan dan juga menimbulkan bentuk ragam hias, agar kelihatan menonjol keluar daripada latar (kain dasar).
  • Pemidang terbahagi kepada dua, iaitu yang berkaki dan tanpa kaki. 
  • Tujuan pemidang adalah untuk memegang dan meregang kain putih yang turut menjadi pinggir kain tekatan bila kain baldu diletakkan di atasnya. Kain baldu seterusnya akan disembat kasar supaya lekat pada kain putih yang diregang.
  • Sebelum proses menyulam atau menekat dilakukan mempulur diletakkan di atas kain dasar. Kain dasar biasanya terdiri daripada kain baldu yang berwarna gelap seperti merah hati, biru tua, hijau tua atau ungu gelap. Pilihan warna ini adalah untuk menjadikan warna pada hasil tekatan yang berwarna emas atau perak nampak jelas dan bercahaya. Untuk menambah kilauannya, kadangkala labuci digunakan.
  • Cuban yang dililitkan dengan benang emas akan merentasi bahagian batang mempulur.
  • ditindih dan diikat serta dijahit dengan benang putih. Benang putih harus melalui bahagian bawah mempulur tanpa memperlihatkan kesan jahitan benang pada permukaan mempulur. Tiap  kali merentas, benang-benang emas harus disusun rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan. Dengan cara ini, sulaman benang emas akan lebih teratur dan kemas. 
  • Proses ini diulangi sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup dengan sulaman. Bahagian penyambung biasanya ditutup dengan labuci atau manik, kecuali sambungan itu kemas dan tidak memerlukan bahagian itu ditutup.
Aktiviti latihan pembelajaran membuat tekat
Menggunakan Benang Kait
Alat:
  • Benang kait • Benang putih
  • Jarum kasar (berlubang besar) • Pemidang kayu
  • Kain • Kad bod (untuk membuat membulur)
  • Pisau • Cuban
Langkah 1:
  • Guru  menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam tekat.
Langkah 2:
  • Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak tekat kepada pelajar.
Langkah 3:
  • Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.  
Langkah 4:
  • Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
Langkah 5:
  • Pelajar membuat tekatan mengikut lakaran.
Proses membuat tekat dengan menggunakan benang - mengait
  • Corak dilukiskan ke atas kad bod dan dipotong hingga menjadi satu mempulur.
  • Kain diregangkan pada pemidang kayu.
  • Mempulur diletakkan di atas kain dasar tersebut.
  • Cuban yang dililitkan dengan benang kait akan merintasibahagian batang mempulur bawah kain.
  • –Benang kait tersebut ditindih dan diikat serta dijahit denganbenang putih.
  • Kemudian benang kait tadi akan ditindih dan diikat serta dijahitdengan benang putih.
  • Tiap kali merintas, benang kait mesti disusun rapi supaya batangmempulur tidak kelihatan.
  • Proses diulang sehingga seluruh mempulur tertutup  dengansulaman.
Persembahan hasil kerja
(i) Penilaian berdasarkan
  • idea reka cipta
  • kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
  • kemasan
(ii) Apresiasi
  • Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil karya individudan orang lain.
Aktiviti cadangan
Membuat satu lawatan ke kilang tekat atau tempat membuat tekat
  • Tempat : kilang atau tempat membuat tekat yang berhampiran
  • Kegiatan : memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
    • bagaimana tekat dihasilkan
    • proses bagaimana tekat dihasilkan di peringkatpermulaan hingga akhir
    • kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tekat
    • pemasaran barangan tekat.

No comments:

Post a Comment