TOPIK
5: SENAMAN
5.1 DEFINISI DAN KONSEP SENAMAN
- Senaman - akitiviti fizikal yang dirancang, pergerakan struktur oleh badan bertujuan untuk meningkatkan kercergasan fizikal.
- Dilakukan - secara kerap selama 20 hingga 60 minit sehari, tiga hingga lima kali seminggu.
- Contoh - berlari, berjalan, berenang, berkayak dan berbasikal.
- ‘Senaman ditakrifkan sebagai : salah satu daripada aktiviti fizikal yang perlu dilakukan dengan kerap, dalam jangka masa tertentu, secara berulang dengan matlamat untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan.’
- Senaman harus dilakukan secara kerap dan berulang bagi menjamin kesihatan kita.
Sikap
masyarakat kini:
- Menanam sikap malas bersenam
- Kerja rumah dibuat menggunakan mesin dan alat pemudah kerja seperti pembersih vakum dan mesin basuh.
- Menggunakan cara yang singkat untuk menguruskan badan seperti memakan ubat pelangsing.
- Tidak mengambil berat tentang senaman.
Anda boleh memulakan tabiat bersenam melalui aktiviti harian seperti
berikut:
- Gunakan tangga dan bukannya lif.
- Pergi berjalan semasa makan tengah hari atau minum petang.
- Sekiranya boleh, jalan ke pejabat.
- Buat kerja rumah seperti mengelap tingkap dan menyapu lantai.
- Buat kerja mengebun seperti menyiram pokok dan membersihkan halaman kebun.
- Bangun 15 minit lebih awal untuk buat senaman yang mudah di rumah atau berjalan di taman.
- Libatkan diri dalam aktiviti luar seperti berkelah di kawasan luar Bandar atau hiking untuk menikmati kecantikan alam daripada menonton televisyen atau bermain permainan komputer.
- Gunakan Piramid Akitivit ini sebagai panduan utk mengimbang aktiviti fizikal anda pada setiap minggu.
5.1.1 Senaman untuk Mengekalkan Tahap Kecergasan
·
Kepentingan
dan faedah senaman tidak terbatas:menyumbang dari segi kesihatan diri dan
mental.
·
Dari
segi fizikal:
mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit obesiti (kegemukan) dan penyakit kardiovaskular.
mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit obesiti (kegemukan) dan penyakit kardiovaskular.
·
Segi
mental pula, senaman dapat meningkatkan kesejahteraan dan
i.
keyakinan
diri
ii.
Mengurangkan
tekanan yang dialami.
iii.
otak
lebih cerdas.
·
Senaman
bertujuan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan diri
·
tanpa
hidup yang cergas, kita akan menjadi lemah, lesu dan tidak berupaya untuk
melakukan kerja-kerja harian.
Aris Fazil, Borhan, Abd. Halim (2003), telah mentakrifkan; ‘kecergasan secara
amnya, sebagai kemampuan untuk menjalani kehidupan yang seimbang dan sempurna
dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.’
Kementerian Kesihatan Malaysia (2003), pula menerangkan kecergasan
bermaksud ‘berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental,
berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan efisien tanpa merasa letih atau
kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah, di samping masih
memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan.’
Bagi Wee (2001), kecergasan keseluruhan iaitu ‘kecergasan fizikal, mental,
emosi, rohani dan social.’
Komponen 2 Kecergasan Secara Keseluruhan
Komponen Kecergasan
|
Penerangan
|
Kecergasan
Fizikal
|
Keupayaan memenuhi
keperluan kehidupan seharian dan masih mempunyai tenaga untuk
bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga
|
Kecergasan
Mental
|
Keupayaan kognitif
individu; keupayaan seseorang untuk belajar dan
berkembang secara intelektual. Seseorang itu berupaya untuk berfikir, menyoal
dan menganalisis peristiwa untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian.
Pengalaman formal dan tidak formal meningkatkan kecergasan mental
|
Kecergasan
Emosi
|
Keupayaan untuk
mengawal emosi seseorang itu supaya berasa selesa untuk meluahkan
perasaan dan berbuat demikian
dengan cara yang sesuai.
|
Kecergasan
Rohani
|
Kepercayaan terhadap
sesuatu kuasa penyatuan.
Kepercayaan ini
berbeza di kalangan individu. Ia memberi makna di dalam kehidupan kita;
member perasaan pertalian dengan manusia lain dan member hala tuju dalam
mencari makna hidup.
|
Kecergasan
Sosial
|
Keupayaan untuk
berinteraksi dengan orang lain dan persekitaran. Ia merujuk kepada keupayaan
seseorang individu menyesuaikan diri dalam institusi sosial melalui tingkah
laku sehariannya
|
Beberapa pendapat yang dikemukakan mengenai kecergasan fizikal iaitu:
Falls (1980)
|
"Kecergasan
fizikal merupakan kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang
berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi
seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik
(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai
penyakit otot dan tulang.’
|
Aris
Fazil,(2003)
|
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan keupayaan individu melakukan tugas
serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan, masih mempunyai
tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan dan dapat menghadapi
segala kecemasan yang berkemungkinan berlaku.’
|
Wee (2001),
|
Kecergasan fizikal merupakan keupayaan untuk memenuhi keperluan kehidupan
seharian dan masih mempunyai tenaga untuk bertindak balas terhadap perkara
yang tidak diduga.’
|
Dua jenis komponen
kecergasan ialah:
(i) Kecergasan Berlandaskan
Kesihatan
(ii) Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor
(i) Kecergasan Berlandaskan Kesihatan
- berkaitan dengan keupayaan seseorang itu melakukan kerja-kerja hariannya dengan penuh semangat dan kemampuannya mengelak dan menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit-penyakit cara hidup sedentari.
- Penyakit-penyakit ini dikenali sebagai hipokinetik, sejenis penyakit/keadaan yang dikaitkan dengan kekurangan aktiviti fizikal, seperti diabetes dan penyakit jantung.
- Kecergasan ini terdiri daripada 5 komponen
1. Daya Tahan Kardiovaskular
(Cardiovascular Endurance)
|
sistem kardiorespiratori (jantung), system peredaran darah dan paru-paru
berfungsi lebih cekap dan berkemampuan untuk mengedar darah dan oksigen ke
seluruh badan semasa sesuatu aktiviti senaman dilakukan
|
2. Daya Tahan Otot (Muscular Endurance)
|
Keupayaan otot atau sekumpulan otot tulang melakukan pergerakan atau
pengecutan untuk beberapa waktu yang lama atau ulangan yang tinggi.
|
3. Kekuatan Otot
(Muscular Power) |
Merujuk kepada kuasa atau tenaga maksimum yang dapat dijanakan oleh
sesuatu atau sekumpulan otot rangka.
|
4. Regangan/ Kelenturan
(Flexibility)
|
Elemen ini akan mengizinkan pergerakan anggota badan dengan bebas. Ia
akan menentukan kelenturan otot, tendon, sendi dan ligamen yang terpaut pada tulang
|
5. Komposisi Badan
(Body Composition)
|
Setiap orang harus
memiliki sejumlah lemak badan untuk kesihatan yang baik. Lemak ini dikenali
sebagai ‘lemak penting’ dan diperlukan
sebagai sumber tenaga yang tersimpan untuk tujuan pengawalan suhu badan, penyerapan gegaran
dan pengawalan nutrien penting dalam badan.
|
(ii) Kecergasan
Berlandaskan Perlakuan Motor
· penting untuk
individu dan atlet yang mempunyai daya tahan dan berprestasi tinggi seperti
pelari pecut.
· Ia terdiri
daripada 6 komponen iaitu:
1. Koordinasi
(Coordination)
|
keberkesanan dan keseragaman yang
cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu
|
2. Imbangan
(Balance)
|
kebolehan untuk mengekalkan
keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar yang menyokongnya
diubah. Ia dapat mengekalkan kedudukan ini dalam keadaan teguh semasa
melakukannya ketika bergerak atau diam.
|
3. Kuasa
(Power)
|
gabungan kekuatan otot dan kelajuan,
ia merupakan keupayaan seseorang melakukan sesuatu pergerakan pantas yang mengejut dalam jangka masa yang
singkat dengan kecekapan yang tinggi. Kuasa dihasilkan daripada proses
penguncupan otot yang kuat dalam masa yang singkat
|
4. Ketangkasan
(Agility)
|
kebolehan seseorang mengubah arah
pergerakan secara pantas dan cekap. Ia juga boleh menukar kedudukan di ruang
tertentu secara kemas dan mudah.
|
5. Masa tindak balas
(Reaction Time)
|
Satu jangka masa yang diambil
untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat
demikian. Ia selalu dikaitkan dengan faktor deria penglihatan dan
pendengaran.
|
6. Kelajuan
(Speed)
|
Keupayaan seseorang individu
melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat
mengikut sesuatu arah.
|
Kecergasan fizikal ialah:aspek yang penting dalam
kesihatan kerana tanpa hidup yang cergas kita
- Tidak akan mampu melakukan tugasan harian dengan cepat dan kurangnya tenaga dalam badan untuk bertindak balas terhadap perkara yang tidak diduga.
- Akan memberi ruang kepada pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, penyakit jantung koronari, angin ahmar dan tekanan darah tinggi
- Bersenamlah untuk mengekalkan tahap kecergasan kerana amalan hidup cergas dan aktif adalah penting untuk kesihatan tubuh badan dan otak
5.1.2 Keselamatan Semasa Bersenam
Pperkara yang harus
dititikberatkan semasa anda bersenam adalah seperti berikut:
(a) Penyediaan Badan
Penyediaan badan bermaksud bersenam dan bersukan mengikut 3 peringkat utama
iaitu:
(i) Peringkat pertama: memanaskan badan dan regangan (warming up).
(ii) Peringkat kedua: aktiviti senaman dan sukan.
(iii) Peringkat ketiga: menyejukkan badan (cooling down).
·
Warming
up - penting untuk elak mendapat kecederaan otot dan sendi.
·
cooling
down - mengurangkan kehadiran asid laktik yang membuat anda cepat lesu dan
tidak bermaya.
(b) Peralatan - ikut piawaian yang telah ditetapkan. Jangan
guna peralatan yang sudah rosak, patah dan berkarat.
(c) Tempat - yang selamat seperti tempat-tempat terbuka dan
mempunyai ramai orang.
(d) Keadaan Kesihatan Diri - dalam keadaan sihat. Berhenti segera jika anda merasa semput atau
sakit dada ketika bersenam.
(e) Cuaca - Jangan bersenam ketika cuaca sangat panas,
terlalu gelap atau berjerebu
(f) Pakaian dan Kasut - yang selesa, tidak ketat dan sesuai ikut
keadaan
cuaca.
cuaca.
Panduan-panduan
Lain Semasa Bersenam:
Minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam.
|
semasa bersenam kita akan
kehilangan air melalui perpeluhan.
Elak mendapat kekejangan
otot atau strok.
|
Jangan terus mandi selepas
senaman dan bersukan
|
akan ganggu sistem badan
anda
Tunggu hingga badan merasa
sejuk dan peluh di badan sudah kering.
mandi dengan air biasa.
|
Bersenam secara konsisten
|
sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu, 20 minit setiap kali.
|
Bersenam sehingga mencapai Kadar Nadi Latihan (KNL)
|
mencapai Kadar Nadi Latihan supaya mendatangkan manfaat kepada sistem jantung
dan sistem pernafasan.
Kadar Nadi Latihan adalah denyutan nadi anda di antara 120-150
denyutan/minit iaitu bersamaan dengan 60%-85% dari Kadar Nadi Maksimum
(formulanya ialah 220 - Umur).
|
Elakkan dari bersenam dalam
tempoh 2 jam selepas makan
|
kerana makanan masih dalam
melalui proses penghadaman akan menyebabkan anda
loya, muntah dan kekejangan perut menimbulkan
masalah kepada sistem penghadaman dan
pernafasan anda
|
5.2. CARA BERSENAM
(a) Fasa Pertama
Sebelum senaman,perlu mengira Kadar
Denyutan Nadi (KDN).
Ini bertujuan untuk mengetahui tahap denyutan nadi kita sama ada normal
atau tidak.
Nadi boleh dikesan di banyak tempat pada tubuh badan kita. Namun ada dua
tempat utama iaitu leher (karotid) dan
di pergelangan tangan (radial).
Formula Karvonen
(i) Kadar Nadi Rehat (KNR)
Diambil sebaik sahaja kita bangun daripada
rehat dan sebelum kita bergerak.
Terdapat
4 langkah untuk mengambil kadar nadi iaitu:
- Letakkan 2 jari di leher atau di pergelangan tangan anda.
- Gerakkan jari anda sehingga anda rasa denyutan nadi.
- Dengan menggunakan jam randik atau jam yang sesuai, tetapkan jari anda di tempat kesan nadi dan mulakan kiraan dari 0 hingga ke 10.
- Darab bilangan denyutan nadi dengan 6 untuk mendapatkan kadar nadi seminit.
(ii) Kadar Nadi Maksimum (KNM)
·
KNM
ialah hasil tolak yang diperoleh didarab dengan peratus dalam zon latihan kardiovaskular.
·
Bagi
individu yang cergas sederhana, KNM boleh ditentukan dengan menggunakan formula
berikut;
KNM = 220 – Umur
(iii) Kadar Nadi Latihan
Melalui
latihan individu, KNL boleh berubah. Perubahan itu berdasarkan kepada intensiti
senaman yang dipilih iaitu antara 60% - 90%.
(b) Fasa Kedua
- Selepas mengira KDN, fasa kedua ialah aktiviti memanaskan badan serta regangan otot.
- memanaskan badan (warming up) seperti mula dengan berjalan pantas/berlari setempat, dan diikuti dengan aktiviti regangan.
- bertujuan meningkatkan fleksibiliti dan menggerakkan sendi-sendi
- pada tahap pergerakan yang optimum.
- Bantu elakkan kecederaan otot, meningkatkan suhu otot dan
- melancarkan pengaliran darah. Tempoh selama 5-10 minit
(c) Fasa Ketiga
·
fasa
penyejukan badan (cooling down) perlu dilakukan.
·
Dengan
berlari perlahan dan diikuti dengan aktiviti regangan.
5.2.1 Prinsip-prinsip Asas Senaman
Empat prinsip asas yang harus dipatuhi dalam menjalankan aktiviti senaman
dikenali sebagai Prinsip FITT.
F Kekerapan senaman (Frequency)
|
dilakukan dengan konsisten
sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu pada intensiti yang cukup.
|
I Bebanan (Intensity)
|
Senaman hendaklah cukup lasak, di
mana kelasakan melebihi kadar biasa untuk mencapai kecergasan sebenar
|
T Masa senaman (Time)
|
sekurang-kurangnya 20 minit
setiap sesi (tidak termasuk 3-5 minit waktu memanaskan dan menyejukkan badan
sebelum dan selepas bersenam)
|
T Jenis senaman (Type)
|
Pilihlah aktiviti ikut keupayaan
dan minat anda serta pelbagaikan senaman yang anda lakukan
|
5.2.2
Kesesuaian Senaman Mengikut Tahap Kecergasan Individu
Cara menyesuaikan jenis senaman mengikut tahap kecergasan:
- golongan berumur tidak boleh bersenam pada tahap yang tinggi atau ekstrem, ini kerana ia akan membahayakan nyawa mereka.
- jika bersenam tidak mengikut tahap kecergasan, badan tidak bersedia utk melakukan aktiviti tersebut , maka anggota badan, otot dan sendi akan mudah tercedera.
5.2.3 Senaman yang Sistematik mengikut Perubahan Metabolisme Badan
- Senaman yang dibuat secara sistematik akan memastikan perubahan fisiologi yang berlaku pada tubuh anda dapat diterima dalam kadar normal.
- Sekiranya aktiviti senaman dibuat secara mendadak, perubahan fisiologi ini memaksa badan melakukan kadar bebanan kerja yang di luar kemampuannya.
- Ini akan mengakibatkan tubuh badan anda mengalami komplikasi seperti kecederaan atau keletihan yang melampau.
- Cara yang terbaik melakukan senaman adalah memadankannya dengan kadar perubahan metabolisme badan anda.
- Mulakan dengan melakukan pergerakan ringan dahulu supaya sistem kardiovaskular, sistem respiratori badan anda dan sistem organ-organ yang lain dapat dipertingkatkan ke tahap yang diperlukan.
- Dengan ini, secara perlahan-lahan kadar metabolisme badan anda akan dapat menyaingi kadar beban kerja yang perlu dilakukan.
5.3. KEPERLUAN SENAMAN DALAM GAYA HIDUP SIHAT
5.3.1 Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi
- dilakukan secara tetap dan berterusan akan mempertingkatkan sistem fisiologi tubuh badan
- permulaan, kadar denyutan jantung akan meningkat kepada kadar kerja yang ditetapkan.
- Perubahan akan mempertingkatkan kekuatan otot jantung untuk mengepam darah dalam volum yang banyak melalui kadar denyutan yang paling minimum.
- ketahanan denyutan jantung di mana ia mampu melakukan kerja mengepam darah dalam satu jangka masa yang lama tanpa kepenatan.
- kadar sistem keupayaan respiratori akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi dan berupaya bernafas dengan lebih baik dan kuat.
- buat kadar pengambilan oksigen meningkat di mana secara langsung akan meningkatkan bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan dan sel-sel tersebut dapat bekerja dengan lebih efisien.
- kadar tahap kekuatan otot, kuasa, kecergasan, ketangkasan dan koordinasi bertambah dengan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh badan dan menjadikan seorang individu cergas dari segi fizikal berbanding individu yang sedentri.
5.3.2. Penilaian Tahap Kecergasan
- dapat dilakukan dengan menilai komponen kecergasan seperti kekuatan otot, kuasa, ketangkasan, daya tahan, kelembutan dan kelajuan.
- dinilai menggunakan ujian-ujian kecergasan
- berada pada tahap kecergasan yang tinggi, berupaya melakukan kesemua ujian kecergasan tersebut dengan mudah.
- perlu mengekalkan tahap kecergasan ini sepanjang hayat untuk memudahkan melakukan aktiviti harian tanpa menghadapi sebarang masalah fizikal.
5.3.3. Penyakit Hipokinetik
- Masyarakat sedentari yang malas bersenam dan kurang bergerak sering dikaitkan dengan penyakit hipokinetik.
- Menurut Wee (2001), istilah penyakit hipokinetik terbahagi kepada dua iaitu ‘hipo’ bererti kurang dari tahap normal dan ‘kinetik’ bermaksud aktif.
- Apabila dirangkumkan ia menjadi satu penyakit akibat daripada amalan hidup yang kurang aktif.
- Di antara jenis-jenis penyakit hipokinetik termasuklah sakit jantung (kardiovaskular), tekanan (stres), tekanan kolestrol yang tinggi, kegemukan (obesiti), tekanan darah tinggi (hipertensi), kencing manis (diabetes mellitus), sakit sendi dan sakit tulang belakang.
Hai ? sorry iklan sekejap
ReplyDeleteRamai yang tertanya bagaimana nak jadi usahawan ?
Bagaimana nak kurus ?
Bagaimana nak jadi photographer ?
Bagaimana nak buat bisnes ais krim ?
Bagaimana nak jaga kereta dengan elok ?
Dan
Bagaimana nak buat duit hanya duduk dirumah ?
Ramai yang tertanya tanya ?
Jadi jomlah klik link ni , saya pasti pertanyaan anda semua terjawab
Nak jadi usahawan
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11202
Nak jadi photographer terkenal ?
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11202
Nak buat bisnes ?
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11202
Nak kuruskan badan ?
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11202
Nak kerja hanya dalam rumah ?
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11202
Saya yakin anda akan berjaya jika anda berusaha dan semangat yang kuat
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=11202
Terima kasih
Very helpful.. Thank you..
Deleteapa iklan !!!!!!!!!!!!!!
Deletejadi,apa kesan-kesan kepada seseorang atlet sekiranya berhenti melakukan senaman dalam suatu tempoh.
ReplyDelete