Wednesday, December 3, 2014

Tembikar

Definisi tembikar 
  • kesenian yang asli telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu.  
  • Ragam bentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu.  
  • Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar – mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. 
  • dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanya  kerana  setiap  negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.
  • Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.

Sejarah 

  • Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. 
  • Ini terbukti dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun, Ipoh, Perak, 
  • Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang. 
  • Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian. 
  • bentuk  periuk,  belanga  dan  kukusan  merupakan  yang  paling awal dicipta oleh tukang tempatan. 
  • barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya  yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budayan latar belakang si pembuat. 
  • labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labun dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara  tradisional. 
  • Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan Sayong dan Pulau Tiga  di Perak, Mambong di Kelantan dan di Serawak. 

Jenis-jenis tembikar
jenis-jenis tembikar: 

  • Geluk 
    • Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air.  Geluk mempunyai ragam hias dari motif-motif yang kecil dan ringkas. 
  • Buyung 
    • dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap. 
    • Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung nmempunyai bahagian leher dan badan. 
    • permukaan buyung dibiarkan licin tanpa dihias. Saiznya besar dan bahagian badan atau perut berbentuk bulat penuh. 
  • Jambangan 
    • berfungsi sebagai tempat meletak bunga. Saiznya boleh mencapai sehingga ketinggian  0.6  m -0.9 m. bahagian badannya seperti labu yang ditinggikan menjadi seperti tempayan atau buyung berkaki. 
  • Labu 
    • diilhamkan daripada buah labu. Bahagian pucuk berbentuk separti kubah masjid. Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan  air.  Corak  hiasan  labu  bersumberkan alam sekeliling 
    • dan berupa bentuk geometri. Labu ini hanya dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, Perak. 
  • Bekas Perasapan/Bekas Bara 
    • Dalam kepercayaan magis, bekas ini digunakan untuk membakar kemiyan. 
    • digunakan sehingga hari ini dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu 


Motif Ragam Hias 

  • aspek penting dalam tembikar tradisional. Motif yang digunakan terdiri  daripada unsur persekitaran tempatan berdasarkan motif geometri dan organik. Motif ragam hias berunsurkan geometri terdiri daripada garis, titik dan bentuk-bentuk yang berunsur garis (contohnya susunan garis panjang  yang  melilit pada seluruh permukaan tembikar dan bersilang antara satu garis dengan garis yang lain) selalunya dijadikan motif tembikar. 

Motif Geometri

  • Garisan bersilang - seli. – susun kisi-kisi 
  • Titik tahi alat – Garis keluh – Garis berkotak. 
  • Garis tulang ikan – Pucuk rebung – Bentuk potong wajik  
  • Bentuk segi tiga – Bentuk bujur – Balung kuku 
  • Rantai perak – Susur kelapa – Siku keluang 

Motif Gayaan Organik 

  • Sulur kakung – Bunga cengkih
  • Bunga pecah lapan – Bunga kedudut 
  • Bunga tanjung – Bunga lawang 
  • Kelopak – Sambas 
  • Tampuk manggis – Tapak pelanduk 
  • Belalang bercula 

Teknik membentuk 

  • Langkah 1: Picitan 
  • Langkah 2: Lingkaran 
  • Langkah 3: Kepingan 
  • Langkah 4: Lempar alin 

Proses membuat tembikar secara tradisional 
bahan-bahan yang digunakan. 

  • –Tanah liat 
  • Piring – Pisau buluh – Penepek berukir 
  • Sekam padi – Tanur pembakaran – Damar 
  • Dawai pemotong. – Jarum 

Berikut adalah proses menghasilkan tembikar: 

  • Penyediaan tanah liat 
  • Tanah liat diambil dari lokasi seperti tanah busu, tebing sungai dan sawah padi. 
  • diproses terlebih dahulu untuk mengasingkan benda asing/organik yang tidak  diperlukan seperti akar-akar kayu, daun, batu-batu kecil dan lain-lain. 
  • kemudiannya dijemur untuk dikeringkan. 
  • ditumbuk dengan lesung kaki hingga menjadi serbuk. 
  • Serbuk halus yang dihasilkan diayak dengan ayak tepung. 
  • kemudiannya dicampurkan dengan air daun pepulut (secukupnya – 25% air 1:4) dan diperam semalaman. 

Proses menguli tanah 

  • diuli agar sebati untuk menyingkirkan gelembung udara yang terperangkap 
  • 2 teknik menguli iaitu secara ‘spiral’ dan ‘bullhead’ 
  • Setelah diuli tanah liat dipotong dengan dawai untuk memastikan tiada gelembong udara dan bendasing. 

Proses membentuk 

  • Secara Picitan 
    • Membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan untuk membuat bahagian badan. 
    • Tembikar dibentuk dari bawah dan bergerak ke atas tahap demi tahap. 
    • Semasa membentuk, permukaan tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalam dan ditahan dengan tangan untuk menguatkan tembikar. 
    • Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. 
    • Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. 
    • Tapak atau kaki tembikar yang telah dibuat secara  berasingan dicantumkan  kepada  bahagian  badan tembikar yang telah siap dibuat semasa tanah liat tersebut dalam keadaan separuh kering. 
    • Sambung bahagian tengkuk dan muncung tembikar. 
    • Rata dan kemaskan bahagian muncung tembikar. 
    • Potong lebihan muncung tembikar untuk kemasan. 


  • Secara Lingkaran 
    • Tekan dan ratakan bentukan kepingan untuk dijadikan tapak. 
    • Membuat lingkaran tanah liat dengan kedua belah tangan di atas permukaan datar seperti meja. 
    • Guris bahagian tepi tapak dan bahagian lingkaran dengan jarum, sapu dengan lumpur tanah liat (slip) menggunakan berus. 
    • Cantumkan lingkaran dan tekan pada bahagian tapak. 
    • Ulang proses ini sehingga mendapat bentuk yang dikehendaki. 
    • Ratakan bahagian sambungan pilihan dengan berus atau alatan memodel. 


  • Secara Kepingan 
    • Membuat templet daripada kadbod mengikut skala sebagai panduan. 
    • Buat kepingan tanah liat dengan penggelek setebal 2 kepingan kayu yang diletakkan di kiri kanan tanah liat. 
    • Letakkan templet di atas kepingan tanah liat dan potong. 
    • Potong bahagian tepi kepingan secara menyerong 45 darjah. 
    • Guris bahagian-bahagian tepi yang akan disambung dengan menggunakan jarum.
    • Sapu/celup bahagian-bahagian hujung yang akan disambung dengan Lumpur tanah liat (slip). 
    • Sambungkan bahagian-bahagian kepingan yang telah disediakan sehingga menjadi bentuk yang dikehendaki. 
    • Tekan bahagian sambungan di sebelah dalam supaya rata, kemudian  tambahkan  lingkaran  kecil  pada bahagian  sambungan tersebut dan ratakan. 
    • Ratakan seluruh permukaan dengan menggunakan span basah. 

Proses Hiasan 
Ragamhias dibuat dengan menggunakan penepek berukir, sewaktu permukaan masih dalam keadaan lembut. 

  • Proses melicinkan 
    • Kemudian dilicinkan dengan batu sungai tembikar yang telah siap dibiarkan kering sebelum dibakar. 
  • Proses pembakaran 
    • Teknik tanur.
      • tembikar yang telah kering dimasuk dan disusunkan dalam tanur untuk pembakaran. 
      • Pembakaran dilakukan sekurang-kurangnya 8 – 12 jam. 
    • Teknik penggunaan para.
      • Tetakkan tembikar di atas para dengan mengkhalakan mulutnya ke atas api untuk disalai selama lebih kurang 6 hingga 8 jam. 
    • Teknik diangkan pada unggun api. 
      • Diangkan tembikar pada unggung api sehingga benar-benar kering dan keras. 
  • Proses mewarna 
    • Apabila tembikar itu telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia dikeluarkan daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi selama 10 minit sehingga menjadi hitam seakan-akan 
    • sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar untuk menghindarkan ketelapan. 

Aktiviti Latihan Pembelajaran 
Membuat labu atau pasu bunga: Menggunakan tanah liat

  • Bahan untuk membuat tembikar 
    • Tanah liat 
    • Pinggan – Pisau buluh– Bekas air – Air 
    • Teknik picitan. 


    • Langkah 1:
      • Guru menunjukkan dan berbincang tentang beberapa bentuk tembikar. 
    • Langkah 2:
      • Guru  mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran bentuk tembikar kepada pelajar. 
    • Langkah 3:
      • Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana melakar bentuk tembikar. 
    • Langkah 4:
      • Pelajar melakarkan beberapa rekaan bentuk tembikar yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar. 
    • Langkah 5:
      • Pelajar membentuk tembikar mengikut lakaran. 
  • Proses pembentukan tanah liat (menguli) 
    • Langkah 1:
      • Seketul tanah liat diuli. Menguli secara ‘spiral’ atau ‘bullhead’. 
    • Langkah 2:
      • Potong tanah liat tersebut untuk memastikan tiada gelembong udara dan berdesing. 
    • Langkah 3:
      • Kepingan tanah ditekan-tekan dengan jari untuk mengetahui dan menghilangkan butiran-butiran yangkeras pada tanah liat. 
    • Langkah 4:
      • Ambil tanah liat dan pegang dengan tangan kiri, tangan kanan mengambil sebahagian tanah liat tadi dan lagakan hingga bersatu. 
    • Langkah 5:
      • Tanah ditekan lagi dan dihempap di atas meja secara berulang supaya menjadi lembut dan liut. 


Proses membentuk tembikar 

  • Langkah 1:
    • Memulakan proses membentuk dengan membuat lengkaran dan diletakkan di dalam pinggan  untuk membuat bahagian badan. 
  • Langkah 2
    • Tembikar dibentuk dari bawah dan  bergerak ke  atas tahap demi tahap secara picitan dan ditahan dengan tangan yang satu lagi untuk menguatkan tembikar.
  • Langkah 3:
    • Biarkan ia separuh kering sebelum membuat corak atau mengemaskannya. 
  • Langkah 4:
    • Pisau buluh atau plastik bag digunakan untuk melicinkan pembukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. 
  • Langkah 5
    • Biarkan ia kering sepenuhnya. 

Persembahan hasil kerja

  • Penilaian berdasarkan – idea reka cipta 
    • kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik 
    • kemasan 
  • Apresiasi 
    • Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri dan orang lain. 
Aktiviti cadangan 
Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat  membuat  tembikar
  • Tempat:  kilang tembikar atau tempat membuat tembikar yang berhampiran 
  • Kegiatan: memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan
    • bagaimana tembikar dihasilkan 
    • berapa teknik tembikar dihasilkan 
    • proses bagaimana tembikar dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir 
    • kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari kraf tembikar 
    • –pemasaran barangan tembikar. 

Aktiviti pembelajaran tambahan 

  • Latihan - Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni tembikar. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan  bahan  yang gunakan. 
  • Latihan  -  Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada tembikar. 

2 comments: