- Diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang baluti kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu terutamanya sebagai aktiviti rekreasi.
- merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas, gentian atau kain yang berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju diterbangkan dengan bantuan angin.
- Wau yang terdapat dalam palbagai-bagai bentuk dan nama dikenali juga dengan nama layang-layang di johor, Negeri sembilan dan Selangor.
- lebih sinonim di negeri-negeri di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti di Selangor, Melaka dan Johor berbanding dengan negeri di pantai timur. Ini terbukti berdasarkan catatan tun Sri lanang, di mana menurut beliau, Raja Ahmad bermain layang-layang bersama-sama dengan pemuda-pemuda serta kerabat di raja.
- terbahagi kepada empat:
- Layang-layang laga
- Layang-layang anak
- Layang-layang hiasan
- Layang-layang atau wau
- Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
- Menurut Wayne Hosking dalam “kites of Malaysia” perkataan wau berasal daripada Belanda iaitu berasal daripada perkataan “Wouw”.
- merujuk kepada sejenis burung besar yang biasa dijumpai di Asia tenggara. Pandangan ini bercanggah dengan pendapat orang tua-tua di Kedah. Menurut mereka perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang dipanggil sebagai wau. Fakta terbaharu yang dijumpai, menyatakan bahawa perkataan wau wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busar yang terdapat pada wau. Apabila wau dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur itu menghasilakan bunya ‘wau’, ’wau’, ’wau’ secara irama.
Ciri-ciri utama wau
- mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.
- Wau bulan Wau Jala Budi Wau Kucing
- Wau daun atau barat
Jenis-jenis wau |
kegunaan wau:
- ditayangkan di udara.
- dipertandingkan keindahan hiasannya.
- untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancung.
- dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk, corak serta warna yang begitu mengagumkan. Wau hiasan mempunyai pasaran yang baik di dalam dan juga di luar negeri, serta telah menjadi satu identity istimewa negara. Wau dengan pelbagai saiz dan corak sering diletakkan sebagai hiasan di dinding ruang tetamu, restoran, firma, hotel, pejabat, rumah dan tempat-tempat lain.
- Corak wau tradisional biasanya digubah halus dan padat dengan awan larat yang motifkan tumbuh-tumbuhan.
- Corak berulang pada birai (tepi) bingkai wau juga disusun rapat.
- Bagi melahirkan corak yang jelas, keseluruhan corak diukir (Tebuk). Tidak sekali-kali dilukis dengan menggunakan berus dan semburan warna.
- Setelah diukir, barulah ditampal pada kertas warna.
- Beberapa lapisan warna digunakan dalam wau.
- Bunga matahari
- Daun ketumbit
- Ketamguri.
- Pucuk rebung
- Itik pulang petang
- Badak mudik
Alatan dan bahan yang digunakan:
Alat
- Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting
- Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertas minyak atau kertas warna, gam dan benang.
- Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.
- Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.
- Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.
- Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.
- Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awan larat.
- Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.
- Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertas warna.
- Tampal kertas tersebut untuk dihiasai pada rangka wau.
- Menggunakan kertas
- Bahan:
- Kertas pelbagai warna • Kadbod • Pisau
- Pembaris • Gunting • Gam
- Langkah 1:
- Guru menunjukkan dan berbincang tentang rekacorak yang terdapat dalam wau.
- Langkah 2:
- Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran rekacorak wau kepada pelajar.
- Langkah 3:
- Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana untuk membuat lakaran rekacorak wau hiasan.
- Langkah 4:
- Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
- Langkah 5:
- Pelajar menghasilkan satu rekacorak wau hiasan.
- Membuat wau hiasan
- Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendak kita.
- Lipat 2 helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.
- Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis rekacorak wau tersebut.
- Potong bahagian sobek rekacorak yang telah dilukis.
- Bahagian yang telah dilukis itu harus ditampal pada kertas warna.
- Tampal kertas yang dihiasi pada kadbod.
- Penilaian berdasarkan
- idea reka cipta
- kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
- kemasan
- Apresiasi
- Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain.
- Aktiviti cadangan
- Membuat satu lawatan ke kilang wau atau tempat membuat wau
- Tempat: kilang atau tempat membuat wau yang berhampiran
- Kegiatan: memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan
- bagaimana wau dihasilkan
- proses bagaimana wau dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir
- kepelbagaian rupa bentuk yang dihasilkan dari wau
- pemasaran barangan wau.
No comments:
Post a Comment