Monday, November 24, 2014

KRAF SEBAGAI HASIL SENI DAN UTILITI


  • Disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun seperti daun  nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas.
  • Memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasi bahan di persekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat daripada buluh adalah seperti bekas air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain lagi.
  • Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupakan bentuk geometri.
  • disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan.
  • Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur-jalur garisan yang kemudiannya dianyam untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut.
  • Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu  teknik dalam penghasilan tikar.
  • Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi  tertentu. Selain untuk membuat tikar ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi dan sebagainya. 
  • Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan secara meluas di keperluan Melayu pada masa dahulu. 
  • Keris alah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dan masyarakat dan kebudayaan tradisional Melayu.
TUJUAN  
Kepentingan mempelajari kraf tradisional: 
  • – menanam sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu dikekalkan. 
  • – menyedarkan pelajar kraf tradisional perlu dipelajari. 
  • – menyedarkan pelajar kraf tradisonal mempunyai nilai estetika.
  • – merasa bangga dengan warisan tradisi Negara. 

KEPENTINGAN  
–Mempelajari teknik membuat produk: 
  • Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam menghasilkan kraf yang berkaitan.
    • Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan  atau mengkuang untuk menghasilkan objek. 
  • Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional: 
    • objek. Contoh motif tapak harimau dalam kraf anyaman. 

No comments:

Post a Comment