Tuesday, December 2, 2014

Batik

Motif Batik "Pekalongan"

PENGENALAN 

  1.  Merupakan salah satu daripada kraf tradisional.
  2. Kraf tradisional yang unik dan terkenal di Asia atau Gugusan Kepulauan Melayu. Keindahan coraknya mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi.
  3. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna atau bercorak.
  4. batik bermaksud titik manakala dalam bahasa Jawa pula batik bermaksud setitik lilin.
  5. wujud 2000 tahun dahulu di Mesir dan Parsi. Mula digunakan di Jepun dan China dalam abad ke 7. Seni Batik cap juga telah lama wujud di Indonesia.
  6. Negeri Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis kepada sejarah perkembangan perusahaan batik tanah air. Ianya bermula di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1914 yang telah dipelajari di kepulauan Jawa.
  7. Kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak dari Kelantan.
  8. Kain yang digunakan untuk membuat batik dinamakan Kain Pereir atau Kain Pelangi iaitu kain sutera tiruan yang diimport dari Negara Siam.
  9. Haji Che Su bersama rakan rakannya telah mengusahakan perusahaan batik pelangi di tepi sungai iaitu di lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Perusahaan batik juga dikembangkan seterusnya ke Terengganu dan negeri-negeri lain di negara ini.

JENIS-JENIS BATIK 

  • Empat jenis teknik batik:
    • Batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudian digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak.
    • Batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker.
    • Batik tulis atau canting yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak.Batik pelangi (tanpa penggunaan lilin).  

MOTIF BATIK MALAYSIA 

  1. dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil  disebabkan  kepekaan  masyarakat  tradisional terhadap persekitaran. 
  2. Bagi mereka apa sahaja yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak.
  3. enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik: 
  • Unsur flora
    • Fungsi unsur flora adalah seperti berikut: 
      • Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun,  ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur.
      • – Untuk menghiasi badan batik sarung.
      • bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk lembut
      • helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga
      • bunga disusun berdahan tegak
      • Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik dan geometri akar-akar menjalar bunga air mata kekasih– bunga anggerik –bunga berbaling – bunga berbaling (variasi)
  • Unsur fauna 
    • Unsur-unsur fauna adalah seperti: 
      • Motif  rama-rama, kumbang, burung, ayam, rusa, bangau, ikan, kijang dan sebagainya.
      • burung burung merak– kumbang
  • Unsur geometri 
    • Fungsi motif unsur rupa geometri:
      • Untuk hiasan kaki kain atau gigi – susunan garis-garis halus, motif parang rosak, motif  banji  atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.
      • Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang, siput, kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.
      • Untuk menghiasi batik panjang – motif kawung dalam susunan tempat bentuk bujur sering digunakan.
      • Motif ceplok dengan susunan segi empat yang berisikan beberapa bentuk lain seperti bunga, unggas atau binatang dan garis berpalang digunakan bentuk ini bukan geometri tulen, ia merupakan campuran gaya organik dan geometri.
    • Contoh motif unsur geometri: keluk pinggir awan persegi, pilin berganda’, buntut siput, parang rosak, banji, ceplok, jalur, kawung, kisi-kiri dan swastika.
      • –jakur– kawung  –kisi-kisi – swastika
  • Unsur benda buatan manusia 
    • fungsi motif unsur buatan  manusia yang agak moden  ini biasanya digunakan untuk hiasan batik ela.
    • Contoh motif unsur benda buatan manusia:
      • abor • jaring ikan • kampong • wau
  • Unsur Motif isen
    • Isen ialah motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang kepala sesuatu pola corak.
    • Ada-ada, atap, sirapan, berangan, cacah gari, cantlel, cecek-cecek, cecek pitu, cecek sawut daun,  galangan, grinsing,  mata dara, penutup, poleng, sisik dan lain-lain lagi.
    • –mata dara –mlinjon –penutupan– poleng
  • Susunan Reka Corak Motif
    • Terdapat beberapa jenis susunan motif pada lain batik, iaitu
      • berdiri – berjalur– catur/dam– kisi-kisi melintang menyeluruh serong tompok-tompok (bertabur) –  ulang bersilang– ulang batu bata
    • Motif pucuk rebung sering diletakkan pada bahagian kepala kain. 
      • Susunan motif untuk bahagian badan kain lebih bebas, berbentuk bunga  berpohon atau bunga tunggal boleh disusun untuk menghasilkan corak. Motif parang rosak, pilin berganda atau banji sering digunakan untuk susunan menyerong.
    • Motif pinggir awan, keluk berlingkar, keluk berbunga dan lengkungan separuh bulat sering menyatukan bentuk dengan bahagian badan kain.
Jenis teknik penghasilan Batik
  • Teknik batik blok
      • Blok tembaga yang berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk menerap.
      • Pelbagai warna yang digunakan untuk membuat corak yang berlatarkan kain putih.
      • Biasanya tiga blok yang berbeza digunakan.
      • Setiap blok mempunyai sarang tertentu.
      • Sarang jenis ini meninggalkan garis serta titik yang halus dan kemas pada terapan lilin apabila dicelup dengan pewarna.
      • Corak dan motif yang lebih rumit dan sempurna juga dapat dihasilkan. 
    • Alatan 
      • Blok bunga atau sarang yang dibentuk khas dan dipateri mengikut rekaan corak
      • Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin dan pengadang
      • Kuali kawah untuk mencelup, merendam dan merebus kain
      • Meja menerap
        • dilapisi span, kain guni atau kelopak batang pisang yang telah diproses dan direndam dalam air garam selama 12 jam.
        • biasanya pokok pisang jenis kelat air, pisang Benggala atau pisang.
        • rasa digunakan.
          • Kain putih • Bahan pewarna • Debu soda 
    • Proses membuat batik blok 
      • Kain putih direbus untuk melembutkan dan menanggalkan kanji. Dijemur sehingga kering. 
      • Kain di bentang dengan rata di atas permukaan meja. 
      • Bahan campuran lilin damar dipanaskan dan permukaan blok dicelup ke dalam lilin cair itu. 
      • Lilin cair diterapkan pada permukaan kain mengikut susunan dan reka letak motif dengan teliti dan kemas. 
      • Kain yang telah siap diterap dengan lilin dicelup ke dalam bahan pewarna. 
      • Proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulang kali dengan blok dan pewarna yang berlainan untuk menghasilkan kain batik yang beraneka corak dan warna. 
      • Kain kemudian direbus dengan air yang dicampurkan dengan bahan debu soda. 
      • Kain dicuci dan dibilas sebelum dijemur sehingga kering. 
  • Teknik batik tulis 
    • Digemari kerana mempunyai ciri  mengikut kehendak semasa seperti warna eksklusif dan  motif yang bebas serta dapat disesuaikan dengan kehendak dan kegunaan mengikut peredaran zaman. 
    • mempunyai reka corak yang tersendiri.
    • Alatan
      • Kain putih atau kertas  
      • Canting • Campuran lilin (lilin paraffin, lilin lebah, dammar (rosin) lemak binatang/minyak masak) 
      • Berus lembut 
      • Serbuk pewarna jenis ‘reactive-dye’ 
      • Sodium silicate (Pemati warna) 
      • Soda ash 
      • Pemidang kayu 
    • Proses membuat batik tulis
      • Kain yang telah dibasuh (untuk  membuang  kanji) di kering dan diregang pada pemidang kayu. 
      • Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel (6D). 
      • Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana. Lilin (60%) + damar  (40%)  +  sedikit  minyak masak untuk melicinkan aliran lilin. 
      • Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut lakaran pensel di atas permukaan kain. 
      • Bahan pewarna disapu pada reka corak. 
      • Kain dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu atau direndam dengan sodium  silikit  dan  dibiarkan selama 8–12 jam di tempat terlindung cahaya untuk mematikan warna. 
      • Kain yang telah dimatikan warna, dibasuh dengan air ‘lalu’ sehingga hilang kesan sodium silikit tersebut. 
      • Kain seterusnya direbus dan di campur dengan sedikit ‘soda ash’ sehingga lilin tanggal. 
      • Kain dicuci dan dibilas di dalam air sehingga bersih sebelum dikeringkan. 
  • Teknik batik skrin
    • Telah dipelopori oleh sekumpulan pembuat batik di negeri Kelantan dan terus berkembang menjadi satu industri. 
    • Proses pembuatan menjimatkan masa, lebih ekonomi dan teknik yang digunakan lebih cepat daripada teknik membatik yang lain.
    • Alatan 
      • Skrin • Sekuji • Meja mengecap • Kelongsong stensil
      • Kain putih • Bahan pewarna • bahan lekar
    • Proses membuat batik skrin 
      • Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya pada kertas.
      • Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan bilangan pemidang yang akan digunakan.
      • Kelongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan untuk melukis corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak
      • Kain putih yang bersih diregang rata di atas meja.
      • Skrin diletakkan di atas permukaan kain dengan kemas dan rapi.
      • Bahan pewarna dituang pada bahagian hujung skrin.
      • Pewarna disapu dengan licin dan rata dengan cara menarik atau menolak sekuji.
      • Kain yang telah siap dicetak dijemur sehingga kering.
      • Proses pengewapan dilakukan pada kain supaya warnanya tidak  luntur.
      • Kain kemudiannya direndam dan dibersihkan di dalam air suam yang bercampur bio-soft untuk menanggalkan  lebihan  bahan pewarna di samping melembutkan kain dan dijemur.

No comments:

Post a Comment