Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat.
Makanan seimbang digambarkan dengan piramid makanan yang dicadangkan
oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA, 1993). Cadangan tersebut
meliputi enam kumpulan makanan sebagai makanan seimbang.
Piramid makanan |
Jenis-jenis dan Kumpulan Makanan
Di dalam piramid makanan terdapat empat aras makanan. Setiap aras ada fungsi-fungsinya tersendiri.
a) Aras 1 (Bijirin, Hasil Bijirin,
Nasi dan Ubi)
Di aras
ini terdapat kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang
merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin,
mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada
kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini
adalah nasi, bubur, mi, bihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai,
biskut dan pelbagai jenis ubi
seperti ubi keledek, keladi dan kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirin
mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta dan
roti atau biskut mil penuh.
b) Aras 2 (Sayur-sayuran dan
Buah-buahan)
Sayur-sayuran
dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan
vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah- buahan dan sayur-sayuran dengan
banyak dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.
c)
Aras 3 (Daging, Ayam, Ikan dan
Kekacang)
Daging,
ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya
dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah
lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala
tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ia rendah lemak dan kaya
dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu
dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.
Hasil Tenusu
Hasil
tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju
dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya
dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.
d) Aras 4 (Lemak, Minyak dan Gula)
Makanan
yang kaya dengan lemak, minyak dan gula terletak di Aras 4 Piramid. Ini
menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu
dimakan.
Kepentingan Mengambil Makanan Pelbagai Jenis Berasaskan Piramid
Makanan memberikan kita tenaga dan zat-zat lain yang diperlukan untuk
pertumbuhan, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Tubuh
memerlukan pelbagai jenis zat seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin,
mineral dan serat dari makanan.
Tidak ada satu makanan pun yang dapat membekalkan kesemua zat yang
diperlukan. Cara yang terbaik ialah memakan pelbagai jenis makanan. Makanlah
sedikit daripada setiap kumpulan makanan.
Tidak ada makanan yang harus dipantangkan kecuali atas sebab-sebab
perubatan. Pilihlah makanan harian daripada gabungan makanan berasaskan
piramid makanan. Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga
(kalori) dan nutrien yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara
yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrien anda seharian.
Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang menggabungkan
kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan dan pelbagaikan jenis
makanan yang diambil dari setiap kumpulan makanan.
Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras
piramid yang paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak piramid.
Ini membantu menjamin keseimbangan dalam pemakanan anda.
Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada memakan
terlampau banyak dari sejenis kumpulan makanan. Panduan piramid makanan
menyarankan jumlah (atau hidangan) yang boleh dimakan dari setiap kumpulan
makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.
ASSALAMUALAIKUM..MOHON DIJADIKAN NOTA RUJUKAN YE CIKGU.TERIMA KASIH
ReplyDeletesebutkan pilihan sos dalam piramid makanan
ReplyDelete