Tuesday, June 3, 2014

Status Pemakanan Mengikut Kumpulan (Remaja)

Remaja merupakan golongan yang paling aktif dan banyak melakukan aktiviti. Oleh itu, golongan ini memerlukan lebih banyak nutrien berbanding kumpulan lain.

Keperluan Kalori dan Nutrien

Kumpulan remaja memerlukan lebih banyak kalsium untuk membina tulang yang sihat. Remaja perempuan pada peringkat reproduktif, harus mengambil cukup makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, telur dan produk bijirin untuk memenuhi keperluan zat besi mereka. Jadual 3.2 dan 3.3 menunjukkan contoh keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh remaja lelaki dan remaja perempuan mengikut had umur (Hajah Zainab Hj. Tambi, 2007).

Jantina
Umur (Tahun)
KeperluanTenaga/Kalori
Remaja Lelaki

13 – 19
13 - 19
2600 – 2580
2300 - 2100
 Jadual 3.2: Keperluan Tenaga/Kalori untuk Sehari (Malaysia)


Umur/
Tahun
Protein
Kg
Kalsium
mg
Besi
Mg
Thiamin
mg
Riboflavin
mg
Niasin
mg
Asid Folik mg
Vit
B12
mg
Asid
Askorbik
mg
Remaja
Lelaki


Remaja
Perempuan
13-19


13-19
43-54


41-54
650-500


650-500
10-18


10-28
1.0


0.9
1.6-1.5


1.4-1.3
17.2-17.0

13.9-15.5
100-200

100-200
2.0


2.0
30


30
Jadual 3.3: Keperluan Harian bagi Garam Galian dan Vitamin (Malaysia)


Tabiat Pengambilan Makanan Sihat

Pemakanan sihat meliputi keperluan pemakanan harian anda dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia merangkumi cara membuat keputusan yang bijak tentang jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Anda boleh mencapai ini dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1995).

Kepelbagaian bermaksud mengambil diet dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan. Makanan seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras piramid makanan yang paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak piramid makanan. Amalan ini membantu menjamin keseimbangan dalam pemakanan kita. Untuk mengelak daripada makan terlampau banyak, kesederhanaan haruslah diutamakan. Piramid makanan memberi panduan akan jumlah hidangan yang harus dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.

Secara keseluruhannya, tabiat mengambil makanan yang sihat harus dipupuk di kalangan remaja masa kini. Ini kerana makanan yang sihat memberi banyak manfaat terhadap kesihatan mereka. Makanan yang sihat juga memberi tenaga yang lebih kepada remaja untuk melakukan aktiviti harian dan bergiat aktif terutama dalam bidang sukan. Tabiat ini harus dijadikan amalan setiap hari agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain makanan, remaja juga turut digalakkan meminum air secukupnya bagi mengelak dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan akibat daripada melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan. Tubuh anda akan kehilangan lebih kurang 1 ó hingga 2 ó liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap dari paru-paru (Persatuan Pemakanan Malaysia, 2000).

Masalah Pemakanan Remaja

Kebanyakan remaja sering berhadapan dengan masalah pemakanan. Ramai di antara mereka memilih cara diet yang tidak betul seperti tidak makan. Tujuannya hanya untuk kelihatan kurus dan memiliki berat badan yang unggul. Seperti yang telah dipelajari dalam topik sebelumnya, remaja perempuan banyak mengalami masalah pemakanan sehingga mereka terjebak dengan penyakit psikologikal seperti Bulimia Nervosa memuntah semula makanan yang dimakan) dan Aneroxia Nervosa (penyakit hilang selera makan).

Namun, ada juga di antara mereka memilih makanan segera seperti mi segera, ayam goreng, burger dan kentang goreng untuk menggantikannya dengan nasi. Akibatnya, ramai di antara remaja mengalami masalah kegemukan atau berlebihan berat badan.

No comments:

Post a Comment