Wednesday, December 3, 2014

Anyaman

Definisi Anyaman 
  • Satu proses menjalin, menjaring-jaringkan menyilangkan helaian bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku pakis ribu-ribu dengan menggunakan teknik menyilang-nyelikan helaian antara satu sama lain untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
  • Lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan lain-lain lagi yang dikeringkan.
Seni Anyaman
  • seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu 
  • Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain.  - topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. 
  • menjalinkan jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. 
Sejarah dan Perkembangan
  • seni tradisi dipercayai muncul dan berkembang dan tidak mempunyai pengaruh dari luar.  Perkembangan anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tikar. 
  • anyaman pada masa neolitik kebanyakannya adalah menghasilkan tali, dinding rumah dan keperluan  hidup seperti bakul. 
  • akar dan rotan adalah bahan asas yang terawal digunakan untuk menghasilkan anyaman. 
  • dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama.  
  • Hasil seni anyaman sekarang ini tidak lagi terhad pada bentuk tradisional sahaja. 
  • organisasi dan perbadanan yang mengusahakan industri  ini dengan skala yang besar seperti, cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Krat Tangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraf tangan Felda dan lain-lain lagi. 
Jenis Anyaman
  • Mengkuang, Daun  mengkuang, Tikar, tudung saji, bekaspakaian dan lain-lain. 
  • Pandan Daun, pandan duri, Tikar sembahyang, hiasan dinding, 
  • Buluh, Jenis-jenis buluh yang Sesuai, Bakul, bekas pakaian, beg dan lain-lain
  • Rotan  –  Rotan  yang  telah  diproses  –  Bakul,  bekas  pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain. 
  • Lidi – Lidi kelapa – Lekar, bekas buah, bekan telur 
  • Ribu-ribu  –  Paku  pakis ribu-ribu  Tempat tembakau,  bekas sirih terbus, bakul, bekas serba guna dan lain-lain 
Alatan yang digunakan dalam menghasilkan anyaman 
  • Parang – Peyisip – Pisau – Palurus
  • Jangka – Daun mengkuang/pandan
Proses Penyediaan Mengkuang/Pandan 
(i) Menetak Daun
  • Mengkuang atau pandan ditetakkan setelah daun matang. Daun diambil dengan secara menetak di bahagian pangkal daun tersebut.
(ii) Melayur
  • Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningan. Proses ini dilakukan bagi tujuan melambutkan daun dan tahan lebih lama. Proses menjangka akan menjadi lebih mudah apabila daun tersebut menjadi lembut. 
(iii) Menjangka
  • Daun dijangka dengan menggunakan alat penjangka. Tujuan menjangka ialah untuk mendapat  beberapa lembaran yang lebih kecil dan seragam. Bagi pandan berduri seperti mengkuang, proses ini turut dapat membuang duri di tepi. 
(iv) Menitik
  • Proses menitik mengkuang dilakukan oleh dua orang. Seorang menitik dan seorang lagi memintal. Ia dimulakan dari bahagian pangkal hingga ke bahagian hujung. Anggaran helaian mengkuang semasa menitik ialah kirakira secekak. 
Teknik dan Proses Menganyam
teknik dan proses menganyam:
  1. Lagang
    • dikenali sebagai proses menaja 
    • Lagang ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman 
    • Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. 
    • Setiap bilah daun berbentuk seperti huruf  ’V’ di  tengahnya, iaitu tempat anyaman bermula. 
  2. Menganyam
    • Anyaman tengah: 
      • Dilakukan di tengah atau badan sesuatu anyaman 
      • Daun diselang seli secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah. 
    • Mengepai: Proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terburai. 
    • Anyaman sudut: 
      • Disebut juga sebagai anyaman bucu. 
      • Hanya dilakukan pada anyaman berbantuk arca atau tiga dimensi 
  3. Pepeh atau lepih
    • dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman. 
    • Boleh dianyam secara berasingan, kemudian dijahit pada barang yang dikehendaki. 
  4. Sisip
    • Proses mengelakkan anyaman daripada terburai.
    • Alat peyisip (biasanya diperbuat daripada buluh) digunakan.
    • Hujung lebihan daun direncongkan untuk memudahkan kerja sisipan.
  5. Kerat
    • Pisau kecil yang tajam digunakan dalam proses ini.
    • Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong supaya hasil kelihatan lebihm kemas dan menarik.
      Teknik Membuat Bakul Rotan
      Bahan Utama
      Rotan merupakan bahan utama untuk membuat bakul. Terdapat pelbagai jenis rotan yang boleh digunakan untuk  dijadikan  bakul. Di antaranya ialah rotan sega. Terdapat juga rotan yang lain yang telah dibentuk seperti rotan isi atau dikenali sebagai  rotan  pulor,rotan  kulit  dan  rotan ikat tanpa kulit. Bilah-bilah rotan ini akan diwarnakan mengikut corak corak bakul yang dikehendaki. Jalinan warna digabungkan akan menghasilkan bentuk bakul yang begitu menarik. Bahan dan peralatan perlu disediakan sebelum kerja-kerja pembuatan bakul dimulakan. Di antara bahan yang digunakan adalah seperti berikut:
      • Rotan pulor 2  mm  –  digunakan untuk membentuk jalinan dipermukaan bakul
      • Rotan pulor 3 mm – digunakan untuk dijadikan asas tiang atau rangka bakul
      • Rotan sega  –  digunakan untuk pembentukan bingkai dan tangkai.
      Alatan yang digunakan:
      • Gunting besi
      • Ragum atau playar memotong
      • Penyucuk ais (penyisip rotan)
      • Penyembur air (melembutkan rotan)
      • ‘Blow torch’ (mengemaskan permukaan hasilk anyaman)
      • Pita pengukur (mengukur saiz anyaman)
      • Penukul dan paku kecil
      • Pelarut (meluruskan rotan)
      • Pisau raut
      • Paku
      • Lilin
      Proses Menganyam bakul
      1. tiga peringkat kerja yang mesti dilakukan di dalam proses pembuatan bakul, iaitu:
        • Tapak bakul
        • Badan bakul
        • Bingkai/Tangkai bakul.
      2. Rotan direndam
        • Rotan direndam terlebih dahulu di lama air untuk melembutkannya sebelum proses menganyam bakul bermula.
      3. Cara-cara Menganyam Bakul
        • cara-cara menganyam bakul:
          • Tapak Bakul
            • bermula dengan potongan-potongan rotan berukiran 3 mm dan panjangnya dianggaran 3 kali daripada ketinggian ukiran bakul.
            • Rotan berukiran 2 mm pula akan dibentuk dua dan dimasukkan ke salah satu bicu asas tapak tersebut.
            • Kedua-dua jalinan  ini dibentuk sebanyak 3 kali lilitan. Setelah itu tiang-tiang rotan dipecahkan sama rata menjadi 10 tiang rangka yang berkembar dua. Ini diikuti  jalinan turun-naik seperti mana yang telah dibuat sebelum ini, sehingga mencukupi  ukuran tapak yang diperlukan.
            • Tiang-tiang rangka tapak diperkemaskan dengan jalinan pintal sebanyak 2 lilitan. Kemudian tiap-tiap rangka dinaikkan 90% untuk dijadikan bahan.
      Badan Bakul
      • Jalinan badan bakul dibentuk dengan menggunakan anyaman 2 serentak berpintal iaitu menngunakan 2 rotan untuk  dijalinkan sekali.
      • pembentukannya perlu dikawal untuk mendapatkan 90%  lurur tiang rangka.
      • Setelah mencapai ketinggian ukuran bakul, ianya dimatikan hujungnya dengan menyelitkan di antara satu sama lain.
      Bingkai Bakul
      • Rotan sega yang dibelah dua digunakan untuk mendapat bingkai yang  kukuh. Panjangnya bergantung kepada  lilitan  garis  pusat bakul yang dikehendaki. Kedua-dua bilah rotan sega dicantumkan dengan paku kecil.
      • Setelah siap dipaku ianya dililit dengan rotan isi (2mm) sehingga menutup bingkai bakul.
      • Bagi  tangkainya pula rotan yang telah dibentuk dan ukur, hujungnya diraut hingga nipis.
      • Tangkai tersebut kemudiannya dililit dengan rotan isi seperti mana yang dilakukan kepada bingkai tadi.
      • Lilitan tersebut dimatikan di sebelah hujungnya.
      • Bakul rotan yang telah siap akan dibuang bulu-bulu yang terdapat pada rotannya. api digunakan untuk membuangnya.
      Aktiviti  Latihan  Pembelajaran  Membuat  Anyaman  Kelarai Bercorak: Menggunakan Kertas
      1. Bahan yang digunakan:
        • Kertas Pelbagai Warna Pisau– Pembaris– Gunting Gam 
      2. langkah-langkah aktiviti
        • Langkah 1:
          • Guru  menunjukkan dan berbincang tentang reka corak yang terdapat dalam anyaman.
        • Langkah 2:
          • Guru  mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran reka corak anyaman kepada pelajar.
        • Langkah 3:
          • Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara bagaimana sesuatu corak dihasilkan di kertas.
        • Langkah 4:
          • Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
        • Langkah 5:
          • Pelajar menganyam satu kelarai mengikut lakaran.
      3. cara-cara membuat kelarai:
        • Kertas berwarna dipotong/digunting untuk menghasilkan jaluran-jaluranm garisan mengikut ukuran yang tertentu sebagai tapak anyaman.
        • Beberapa kertas warna juga dipotong  mengikut ukuran yang tertentu untuk dijadikan jalur-jalur garisan sebagai bahan dianyam di atas tapak anyaman.
        • Kertas warna itu dianyam selang seli, atas bawah, satu persatu denganm menggabungkan  pelbagai warna supaya kelihatan menarik mengikut.
        • Anyamlah sehingga ia memenuhi atau padatkan pada ruang tapak anyaman tersebut.
      4. Persembahan hasil Kerja
        • Penilaian berdasarkan
          • idea reka cipta
          • kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
          • kemasan
        • Apresiasi
          • Perbincangan dan memperkatakan tentang hasil kerja sendiri danorang lain.
      5. Aktiviti cadangan
        1. lawatan ke kilang anyaman atau tempat membuat anyaman
          • Tempat:  kilang atau tempat membuat anyaman yang berhampiran.
        2. Kegiatan: memerhati, mengambil gambar dan membuat catitan
          • bagaimana anyaman dihasilkan.
          • berapa jenis anyaman dihasilkan.
          • proses bagaimana anyaman rotan dihasilkan diperingkat permulaan hingga akhir.
          • kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari anyaman.
          • pemasaran barangan anyaman.
      Aktiviti pembelajaran tambahan
      1. Latihan
        • Buat koleksi gambar pelbagai jenis seni anyaman. Teliti setiap contoh dari segi corak, kesan warna dan bahan yang gunakan.
      2. Latihan
        • Kumpulkan gambar atau lakaran motif-motif yang terdapat pada anyaman.

      No comments:

      Post a Comment