Friday, December 5, 2014

KAJIAN KUALITATIF

PENGENALAN

  • Kajian kualitatif ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna untuk memahami fenomena sosial dengan mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, seperti pandangan dan keanehan seseorang, akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang.
  • Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori.
  • Rekabentuk kajian ditentukan pada peringkat peringkat awal kajian dijalankan, yang menggantikan kajian rintis dalam kajian kuantitatif.
  • Menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara terfokus dan mendalam serta membuat analisis secara penghuraian dan interpretasi naratif.

REKABENTUK DAN ALAT KAJIAN KUALITATIF

Rekabentuk Kajian Kualitatif

Merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu,  yang berkait dengan idea dan persoalan kajian. 
Secara ringkas, keputusan yang dibuat tentang kajian tersebut mesti memenuhi elemen berikut:
  1. Jangka masa kajian;
  2. Jenis data yang hendak dikutip;
  3. Alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;
  4. Di mana kajian tersebut hendak dijalankan;
  5. Kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;
  6. Strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;
  7. Jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan
  8. Bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.
Contoh topik kajian/pernyataan-pernyataan:

a.

Contoh A: Ciri-ciri Tabiat Pemonteng

  1. Objektif kajian
    • Mengenalpasti ciri-ciri tabiat pemonteng semasa berada di dalam kelas.
  2. Persoalan kajian
    • Apakah ciri-ciri yang boleh dikenalpasti daripada pemonteng apabila berada di dalam kelas?
  3. Definisi operasional
    • Ciri-ciri tingkah laku di dalam kelas boleh disifatkan sebagai tingkah laku yang dapat dilihat (overt), yakni tingkah laku luaran pelajar yang boleh dilperhatikan. Tingkah laku ini boleh dikategorikan sebagai tingkah laku pro-pembelajaran, tingkah laku pembelajaran neutral dan tingkah laku anti-pembelajaran.
  4. Tingkah laku pro-pembelajaran
    • Memberi perhatian ketika guru mengajar, mengambil nota, menjawab soalan dan membuat kerja rumah dengan senang hati.
  5. Tingkah laku pembelajaran neutral
    • Separuh mendengar, tidak mengambil nota, tidak menjawab soalan dan tidak menunjukan minat membuat kerja rumah.
  6. Tingkah laku anti-pembelajaran
    • Tidak langsung mendengar (memusat perhatian terhadap perkara lain), tidak berasa senang apabila diminta menjawab soalan dan tidak juga mahu menerima kerja rumah.

b.

 

Contoh B: Orientasi Kepercayaan Pelajar tentang Sebab Penagihan Dadah



  1. Objektif kajian
    • Mengenal pasti orientasi kepercayaan pelajar tentang bagaimana mereka terlibat dengan dadah.
  2. Persoalan kajian
    • Apakah orientasi kepercayaan pelajar  yang terlibat dengan dadah?
  3. Definisi pengoperasian
    • Orientasi kepercayaan adalah perasaan yang dilahirkan oleh pelajar dan memikirkan tentang sebab utama mereka mempunyai tabiat tersebut. Orientasi kepercayaan wujud secara luaran atau dalaman. Orientasi luaran dikaitkan dengan  faktor luaran seperti rakan, ibu bapa, guru dan penagih itu sendiri. Orientasi dalaman dikaitkan dengan faktor yang datang dari dalam penagih itu sendiri seperti kesunyian, tidak bermaya dan kegagalan mengawal diri sendiri.
Setelah definisi operasional disediakan, anda perlu membuat keputusan penting selepas itu. Anda perlu putuskan tentang bentuk kajian yang hendak dilakukan. Apakah bentuk kajian yang akan anda gunakan untuk kajian anda?

Pemilihan Bentuk Kajian

Kita mempunyai beberapa pilihan dalam memilih bentuk kajian kualitatif. Bentuk yang diputuskan tertakluk pada jenis idea kajian dan persoalan kajian yang kita ingin kaji (sila rujuk contoh yang diberi dalam “Pernyataan Kajian” dan “Persoalan Kajian”.

Beberapa contoh pilihan bentuk kajian kualitatif dalam kajian pendidikan disenaraikan di bawah:

a.

Bentuk Kajian Lapangan

Data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji.

b.

 

Bentuk Kajian Kes

Kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Satu kes adalah satu unit asas analisis. Data kes mengandungi semua informasi, termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada mana-mana ambilan mengenai kes tersebut.

Teknik utama yang digunakan dalam kajian kes ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen. Huraian tentang teknik-teknik ini dapat dilihat di bawah  topik  “Kaedah Mengutip Data”. Kajian kes memberi peluang  pada pembaca  berada di dalam sesuatu situasi, iaitu liku-liku hidup seseorang, liku-liku hidup  sesuatu kumpulan manusia atau perjalanan sesuatu program.

c.

 

Bentuk Kumpulan Terfokus

Proses pengutipan data melalui temubual yang dibentuk khas  untuk kumpulan kecil. Perlu berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar serta memahami ciri-ciri sosio-budaya pelbagai kumpulan. Kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat, pengalaman and sikap. Kumpulan terfokus ini boleh wujud secara terpimpin atau tidak terpimpin.

d.

 

Bentuk Kajian Tindakan

Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini  melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Ia memberi pengkaji satu ruang untuk bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifk.

e.

 

Bentuk Analisis Dokumen

Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian.

f.

 

Bentuk Pelbagai Pendekatan

Pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Pengutipan data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah pengutipan data.

Membina Alat Kajian Kualitatif

Bagi kajian kualitatif, anda sendiri perlu membina alat-alat kajian menurut definisi operasional perkara-perkara yang anda ingin kaji. Kaedah membina alat-alat kajian mengikut bentuknya dijelaskan dalam bahagian berikut:
  • Penilaian Dokumen - Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang, rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. 
  • Peringkat analisis data – Pra masuk ( Jenis, lokasi, aksebiliti, j/masa dokumen ) , Rekoding ( Jenis kod, proses rekod isi ), Memproses ( pengurangan data, pamir data , verifikasi data ), Interpretatasi ( dapatan utama / sekunder, Minterpretasi penemuan )

Jadual 6.1: Senarai Semak Penganalisisan Dokumen
PeringkatKriteriaSemakan/
Pandangan
Pra masuk
  1. Jenis dokumen yang diperlukan:
    • rekod kaunseling
    • rekod anekdotal
  2. Lokasi dokumen
    • sekolah
    • pusat kaunseling  dadah
  3. Aksesibiliti
    • Komunikasi  khusus
    • Kebenaran untuk akses
    • Siapa yang  di akses?
    • Bagaimana hendak mengakses?
    • Bila hendak diakses?
  4. Jangka masa
    • Masa menuggu
    • Fotokopi
Rekoding
  1. Isi Koding
    • Jenis kod yang hendak digunakan
    • Membangun kertas koding yang sesuai
    • Memproses rekod isi
Memproses
  1. Pengurangan Data
    • Bagaimana hendak mentranskripsi data?
  2. Mempamer Data
    • Format yang digunakan
  3.    Verifikasi Data
    • Triangulasi Data
Interpretatasi
  1. Dapatan
    • Dapatan utama
    • Dapatan sekunder
  • Alat Pemerhatian – Ciri-ciri 
    • Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan. 
    • Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi. 
    • Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian. 
    • Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian 
    • Menyediakan sesuatu yang patut dibuat. 
Jadual 6.2: Contoh Pemerhatian Separuh-Berstruktur
Nama Pemerhati:                       
Tempat Pemerhatian:
Masa/Jangka Waktu Pemerhatian:
Responden #:
ItemNota Pemerhatian
Perhati tabiat mereka sebelum masuk kelas.
Perhati tabiat mereka ketika guru masuk kelas.
Perhati apa mereka buat ketika guru sedang mengajar.
Perhati reaksi mereka apabila diminta menjawab.
Perhati reaksi mereka apabila diberi kerja rumah.
Perhati  tabiat mereka apabila guru hendak meninggalkan kelas.
  • Alat Menemuduga- Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu. 
    • Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik. 
    • Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan. 
    • Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard. 
Jadual 6.3: Contoh Alat Temuduga Separuh Struktur
Nama Yang Ditemuduga:                     
Tempat Temuduga
Masa Temuduga:
Responden #:
ItemRespon
Pada fikiran anda apakah sebab anda menjadi penagih dadah?
Apakah sebab anda menjadi seorang penagih?

Kebolehpercayaan dan Kesahan

Isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi: 
  • alat yang digunakan dalam kajian;
  • proses mengutip data; dan
  • kaedah analisis data.
Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanya  berorientasikan proses.

Diskusi mengenainya boleh difokuskan dalam hal-hal berikut:
  1. Kebolehpercayaan dan kesahan alat; dan
  2. Triangulasi.
Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer. 

Jenis triangulasi :

  • Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama.
  • Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.
  • Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama.
  • Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.

PENGUTIPAN DATA

Dalam kajian kualitatif, proses mengutip data adalah sama sahaja dengan kajian kuantitatif. Perbincangan kita tentang pengutipan data dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu:
  1. Persampelan dalam kajian kualitatif; dan
  2. Kaedah  mengumpul  data.

Persampelan dalam Kajian Kualitatif

  • Strategi Persampelan
    • dalam kajian kuanlitatif strategi persampelan bukanberkebarangkalian digunakan (non-probability sampling). Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalian : 
      • persampelan mudah; subjek kajian yang mudah diperoleh
      • persampelan bertujuan; pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi.
      • persampelan snowball; mengenal pasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian.
      • persampelan kuota (quata sampling): pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan.

Kaedah Pengutipan Data

  • data yang didapati daripada dokumen; ( dimana, siapa , bila ) , Tubuh sistem organisasi data.
  • data yang didapati daripada temubual; satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung 
  • data yang didapati daripada pemerhatian. 
  1. Data Daripada Dokumen

    Langkah Pengutipan Data
    1. Sediakan kriteria persampelan dokumen berdasarkan persoalan kajian. sebelum penganalisisan data sebenar. Dokumen yang manakah yang ingin akses? Bolehkan ia diakses? Di mana dokumen ini diperoleh? Siapa orangnya yang hendak dihubungi? Bila perlu dihubungi?  Berapa lama doumen perlu diteliti?
    2. Tubuhkan sistem organisasi data yang lebih praktikal. 
  2. Data Pemerhatian

    Pemerhatian tingkah laku subjek kajian secara langsung. Memerhati tabiat dan dokumenkan atribut subjek.

    Data pemerhatian membantu:
    1. Memahami konteks;
    2. Mendapat pengalaman terus; dan
    3. Melihat benda yang mungkin terlepas daripada pandangan.


  3. Data Temubual
  4. Satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung.

Proses Menganalisis Data

  • Tahap pra-analisis; Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis. 
  • Tahap kemasan data; data ditranskrip-sikan dalam ”word processing” atau dalam format analisis tekstual 
  • menggunakan komputer. 
  • Tahap pamiran data ; Data dipamirkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. 
  • Tahap verifikasi data; Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat 
  • Tahap dapatan (termasuk interpretasi). Penyemakan dan interpretasi dapatan. 
Setiap satu daripada lima (5) tahap ini boleh diterjemahkan kepada beberapa item yang akan DIgunakan sebagai senarai rujukan (sila lihat Jadual 6.7).
Jadual 6.7: Analisis Data untuk Rujukan
LangkahItemTanda
ITahap Pra-analisis 
Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut urutan tertentu. Data direkod  seperti yang dikehendaki. Sediakan dua fotokopi semua nota termasuk yang asal. Mengkod dan mengkod semula respons terbuka dan data yang didokumenkan. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder. Mula mengambil nota tema dan bentuk yang wujud. Pastikan data mudah diakses.
IITahap Kemasan Data
Pada tahap kemasan data (data reduction), data ditranskrip-sikan dalam “word processing” atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer. Data yang telah ditranskripsikan dipermudahkan dan bersifat terfokus.
IIITahap Pameran Data
Data dipamerkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang perlu dibuat. 
IVTahap Verifikasi Data 
Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik yang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.
VTahap Dapatan 
Penyemakan dan interpretasi dapatan.



Interpretasi Data

  • Data Dokumen 
    • (i) Data dikutip dan diubah menjadi teks. 
    • (ii) Teks dilabel dan dikategorikan. 
    • (iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan Menjelma. 
    • (iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk frasa yang sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau perbezaannya. 
    • (v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas. 
  • Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan 
    • Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan. 
    • Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? 
      • Isi kandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak natural atau mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan latent pula mempunyai makna dalaman bagi sesuatu mesej. 
    • Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkansemuanya dalam sesuatu label atau tema.
  • (c) Data Temubual - digunakan untuk menganalisis orientasi 
  • (d) Data Pemerhatian 
    • Kebolehpercayaan – Ketekalan data yang diperoleh sekiranya pengutipan data dibuat semula. 
    • Kesahan – Sejauh mana data yang dikutip menggambarkan apa yang kita ingin tahu. 
    • Pemerhatian – Satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung. 
    • Temubual – Satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung. 
    • Triangulasi – Proses yang digunakan untuk tujuan pengesahan maklumat untuk kajian kualitatif.

6 comments:

  1. sangat bermanfaat. terima kasih dan semoga tuan diberkatiNya

    ReplyDelete
  2. tq 4 sharing. Izinkan saya menggunakan nota ini sebagai rujukan dlm menyiapkan tesis saya.

    ReplyDelete
  3. Sangat bermanfaat. Mohon izin menggunakan.

    ReplyDelete
  4. VERY CLEAR EXPLAINATION.USEFUL N RINGKAS PADAT SENANG FAHAM

    ReplyDelete