Sunday, December 7, 2014

PENULISAN LAPORAN KAJIAN


GAYA PENULISAN LAPORAN KAJIAN
  • Ambil Berat tentang Struktur Ayat Anda 
  • Tumpukan kepada Kata Kerja Aktif dan Hidup 
  • (Gunakan Bahasa Inggeris Piawai 
  • Kurangkan Ayat Berklausa Adjektif, Adverba atau Frasa 
  • Ambil Perhatian Panjang-pendek Perenggan 
  • Gunakan Transisi antara Perenggan 

  • Jauhkan “Cliché” (perkataan sama diulang) 
  • Terus kepada Isi yang Hendak Disampaikan 
Bahasa Komunikasi Kajian
  • jelas, baik dan jangan menggunakan slanga 
Terminologi dan Nahu yang Sesuai
  • setiap perenggan mesti melebihi dua ayat dan tidak pula melebihi satu muka surat. Gariskan perkataan bahasa asing dan nama-nama saintifik. 
  • Guna bahasa Inggeris yang baik! Jauhi daripada melakukan kesilapan seperti di bawah:
    1. Masukkan tanda “apostrophe” (tanda punya) bagi perkataan “kepunyaan” (possessive) seperti “… the man's hat”.
    2. Masukkan   “masa” (tense) dalam  laporan (past, present  atau future)
    3. Kata nama dan kata kerja mesti serasi, contohnya: “They go…”, bukan “they goes”.
    4. Semak kamus jika kurang pasti ejaan (Masukkan tanda titik sebelah perkataan  setiap kali  anda menyemak perkataan!)
Petikan dan Rujukan 
  • Semua petikan langsung PERLU dimasukkan ke dalam tanda petikan, termasuk ayat serta frasa dan perenggan pendek.
  • menyalin sesuatu peta, carta atau gambar;- perlu menyatakan dengan jelas dari mana anda memperoleh bahan tersebut.
  • pastikan setiap gambar atau carta mempunyai topik yang jelas atau petikan (caption) yang dapat menjelaskan gambar atau carta tersebut.
  • Bagi hasil bertulis nyatakan:
    • Nama akhir penulis, nama pertama, topik artikel (dalam petikan), bandaraya, penerbit, tahun, halaman. 
  • Bagi kertas journal nyatakan: 
    • Nama penulis, tahun diterbitkan, topik kertas journal, topik journal, nombor naskah journal, serta nombor depan dan nombor belakang halam kertas journal. 
  • Bagi buku nyatakan: 
    • Nama penulis, tahun diterbitkan, topik dan nombor edisi the title sekiranya ada, nama penerbit di mana ia diterbitkan, dan muka surat yang dirujuk. 
  • Bagi rujukan daripada internet nyatakan: 
    • Nama penulis bagi halaman web, tarikh halaman web, topik halaman web dan URL yang lengkap. 
MENYEMAK KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN 
  1. a. Masalah Kajian 
    • Pernyataan masalah kajian perlu rIngkas dan dapat menunjukkan variabel kajian. 
    • perlu menyatakan dengan tegas mengapa masalah tersebut penting untuk dikaji. 
    • menerangkan skop dan perincian masalah tersebut 
  2. b) Tinjauan Literatur 
    • Tinjauan literatur memberikan konteks permasalahan kajian yang boleh menentukan kepentingan kajian dan seterusnya membayangkan bahawa penulis mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang ini. 
    • pertama, kita tidak dapat mengutip selengkapnya data yang diperlukan, yang menyebabkan beberapa soalan kajian tidak dapat dijawab. 
    • Kedua, kita mungkin berjaya mengutip data tambahan, yang membenarkan kita menjawab beberapa soalan kajian baru. 
    • - Masalah yang biasa dlm tinjauan literature 
      • kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang dipaparkan;
      • mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks;
      • memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis rujukan;
      • memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan, tanpa fokus/tema tertentu;
      • tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang sesuai untuk kajian;
      • tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang dipaparkan; dan
      • gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam bidang kajian.
  3. Kaedah Kajian
    • meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian yang digunakan, tatacara pengumpulan data kajian, dan tatacara penganalisisan data kajian.
  4. Rujukan dan Lampiran
    • Contoh rujukan buku:
      • Ember, Carol R. & Melvin Ember, (1990). "What is Anthropology" Dlm: Anthropology, edisi ke- 6. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.
    • Contoh rujukan video:
      • "NOVA: The People of the Forest," KHET_TV, Honolulu, Hawaii, 1-23-91, 7- 8:00 pm.
BAB 4: HASIL KAJIAN
  • Hasil kajian ialah hasil analisis data yang digunakan oleh pengkaji untuk menyediakan profil responden dan menjawab soalansoalan kajian.
  • Hasil kajian dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu;
    • Profil responden- subjek-subjek yang terlibat secara langsung dalam kajian (latar belakang responden kajian, seperti jantina, umur, pendidikan, pencapaian, status sosio-ekonomi.)
    • Dapatan kajian. Penulisan dapatan kajian adalah amat kritikal, iaitu anda perlu meyakinkan pembaca bahawa dapatan kajian anda adalah benar, iaitu ia disokong dengan jelas oleh hasil analisis data, kaedah analisis data dan sampel kajian yang digunakan.
      • Penggunaan jadual adalah lebih berkesan untuk merumus hasil analisis data kajian, tetapi kandungannya perlu dilabel dengan lengkap dan organisasinya mestilah baik.
      • Rumusan - rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini dan menyatakan apa yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya.
BAB 5: PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI 
  • Pengenalan - memaklumkan kepada pembaca tentang kandungan bab secara keseluruhan. 
  • Ringkasan Kajian - mengimbau kembali kajian yang telah jalankan. Kandungan penting ringkasan kajian ialah objektif kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, pengutipan data, dan kaedah analisis data. 
  • Perbincangan Dapatan Kajian - membentangkan bagaimana dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian lepas, teori atau model yang berkaitan. 
  • Kesimpulan Dapatan Kajian - menyenaraikan dapatan-dapatan kajian dalam urutan yang sesuai, 
  • Implikasi Dapatan Kajian - membincangkan apakah implikasi dapatan kajian terhadap amalan pendidikan, termasuk proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Cadangan Kajian Lanjutan - menyenaraikan cadangan beberapa kajian lanjutan untuk memantapkan lagi dapatan kajian dalam bidang yang dikaji. 
  • Rumusan - memberikan rumusan ringkas tentang apa yang telah dibentangkan dalam bab ini. 
MAKLUMAT BERKAITAN
  • Halaman Topik 
    • Halaman pertama tesis mengandungi topik, nama pelajar, nama ijazah, jabatan, fakulti, universiti, alamat universiti dan tahun tesis disiapkan. Topik tesis perlu bersifat informatif, spesifik dan pendek (lazimnya, 13-perkataan maksimum) dan hendaklah mencangkupi bidang kajian, variabel kajian dan tempat kajian. 
  • Pengakuan
    • Halaman kedua tesis mengandungi pengakuan pelajar, iaitu kenyataan bahawa tesis yang dihantar adalah hasil karya pelajar sendiri, kecuali nukilan-nukilan dan rumusan-rumusan yang setiap satunya dijelaskan sumbernya 
  • (c) Abstrak - ringkasan kajian yang dijalankan dan juga dapatan-dapatannya 
  • (d) Penghargaan 
  • (e) Jadual Kandungan 
  • (f) Senarai Jadual 
  • (g) Senarai Rajah 
  • (h) Senarai Singkatan 
  • (i) Rujukan 
  • (j) Lampiran

No comments:

Post a Comment