Friday, December 5, 2014

MASALAH KAJIAN


Kita menjalankan kajian dengan tujuan tertentu. Antara tujuan kajian adalah:
  • menyelesaikan masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera;
  • membawa perubahan kepada amalan pendidikan yang wujud pada masa ini; dan
  • menghasilkan penemuan baru, ilmu baru atau produk yang berguna dalam pendidikan.
Latar Belakang Masalah Kajian
  • Apakah masalah atau isu?
  • Siapakah yang menyatakan itu suatu isu?
  • Apakah data yang boleh membuktikan ia adalah suatu isu?
MEMAHAMI BIDANG KAJIAN 
memahami beberapa variabel kajian, konsep-konsep yang berkaitan, teori dan model, kerangka konsepsual dan teoretikal serta pernyataan masalah kajian.

Kerangka Teori/Konsepsual Kajian
    • kesediaan guru memahami pakej dan kemahiran-kemahiran berkaitan;
    • kemudahan yang disediakan;
    • latihan pengajaran dan pembelajaran;
    • pertolongan pentadbiran;
    • penilaian; serta
    • konstrain dan cara mengatasinya
  • Pernyataan masalah yang baik tentang masalah kajian dapat memberi gambaran menyeluruh, dengan tumpuan kepada variabel dan hala tuju kajian.
  • TUJUAN KAJIAN sesuatu rancangan disediakan untuk memenuhi sesuatu tujuan, yang kemudiannya diterjemahkan kepada objektif yang lebih spesifik.
  • Objektif kajian adalah pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum sesuatu kajian dijalankan.
  • Soalan kajian ialah soalan yang dibina berpandukan kepada objektif kajian, yang mana jawapan kepada soalan ini akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian.
  • Ciri-ciri hipotesis adalah seperti berikut:
    • Suatu pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalan kajian. 
    • Suatu jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variabel atau kesan antara satu variabel terhadap variabel lain. 
    • Hipotesis boleh diuji secara statistik. Berikut dijelaskan perbezaan antara hipotesis kajian dan hipotesis statistik.
    • Hipotesis kajian adalah pernyataan tentang keputusan yang dijangka, sebaliknya, hipotesis statistik adalah pernyataan tentang andaian bahawa tiada hubungan antara variabel-variabel yang dikaji.
    • Hipotesis kajian takberarah bermaksud jangkaan kita tentang perbezaan atau hubungan antara variabel yang dikaji adalah tidak memihak kepada mana-mana arah.
  • Hipotesis kajian berarah pula bermaksud jangkaan kita tentang perbezaan atau hubungan antara variabel adalah memihak kepada arah tertentu, misalnya lebih tinggi, lebih rendah dll.
  • Variabel – Faktor yang berubah dalam kualiti, kuantiti atau saiz yang mengikut responden atau situasi tertentu.
  • Hipotesis kajian – Satu pernyataan yang berkait dengan spekulasi tentang sesuatu perkara. 
  • Kerangka konsepsual – Kerangka yang menerangkan tentang hubungan antara variabel dalam kajian dan kesan hubungan tersebut. 
  • Kerangka teori – Kerangka yang dapat menerangkan sesuatu fenomena dengan mengaitkan variabel-variabel yang terdapat dalam sesuatu kajian.
  • Teori – Perkaitan antara variabel yang dapat menjelaskan sesuatu fenomena.

1 comment:

  1. Izinkan saya jadikan rujukan utk lebih memahami pernyataan masalah dlm proses menyiapkan tesis saya. Tq

    ReplyDelete