PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
- pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana seseorang guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap penglibatan guru dan murid.
- Pengajaran terus (direct teaching) ialah pengajaran secara bersemuka
- Pengajaran penemuan berpandu (guided discovery teaching) ialah pengajaran di mana seorang guru memberi panduan kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti pembelajaran.
- Pengajaran penemuan tulin (pure discovery teaching) ialah pengajaran di mana guru membenarkan murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas.
- Kaedah pengajaran – bagaimana guru mengatur sesuatu pengajaran dari segi aktiviti yang menepati kriteria sesuatu pendekatan pengajaran.
- Teknik pengajaran - bagaimana guru mengatur pengajaran dari segi teknik yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menepati kriteria sesuatu kaedah pengajaran. Prinsip-prinsip am pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dalam model MURE, yang melibatkan empat (4) unsur/peringkat pembelajaran dan pengajaran, iaitu;-
- motivasi (motivation-M),
- pemahaman (understanding-U),
- pengukuhan (reinforcement-R) dan
- peperiksaan (examination-E).
- Prinsip pembelajaran dan pengajaran yang lebih spesifik dijelaskan dalam model Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge – PCK), yang mengambil kira sukatan dan kandungan pelajaran serta latar belakang pelajar dan pedagogi.
MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MURE
- Motivasi
- Pemahaman- membaca dan membuat latihan
- Pengukuhan – membuat tugasan, latihan
- Peperiksaan - contoh atau soalan peperiksaan lepas
PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN
- Pengetahuan Mata Pelajaran- menentukan pengetahuan/kemahiran asas, menyediakan rancangan pengajaran, memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan memindahkan ilmu dengan tepat kepada murid.
- Pengetahuan Pedagogi - menjelaskan topic dan memahami topik
- Pengetahuan tentang Pelajar dan Sukatan Pelajaran menyediakan rancangan mengajar yang berkesan bagi sesuatu topik pengajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan Pengajaran Terus
- kelebihan
- kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat;
- objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah;
- pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan kemahiran asas;
- pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah;
- Kelemahan :
- pendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru;
- teknik pengajaran perlu distruktur dengan baik;
- kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal;
- guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik;
- ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran berfikir peringkat tinggi.
Kaedah Kuliah - membentang maklumat berstruktur yang telah disediakan lebih awal
- Kelebihan kaedah kuliah ialah:
- dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus dan logik;
- cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat murid;
- dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka;
- boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan
- memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas.
- Kelemahan kaedah kuliah ialah:
- pakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik;
- peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud jnteraksi;
- pembelajaran sukar dikesan; dan
- komunikasi biasanya satu hala sahaja.
Kaedah Penyoalan
- untuk membuka minda muridmurid dan menggalakkan mereka berfikir dan berinteraksi dengan kandungan pelajaran yang disampaikan guru.
Kaedah Bacaan/Resitasi Buku
- pembacaan buku teks atau buku lain yang dipilih oleh guru.
Kaedah Ulang Kaji dan Latih Tubi
- mengulang kaji pelajaran lepas dan membuat latihan yang banyak. Ciri- cirinya :
- latihan adalah untuk mengingatkan maklumat;
- mengukuhkan apa yang telah diajar dan menilai apa yang diperoleh pelajar;
- mengulang-ulang apa yang telah diajar;
- memberi respons yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan; dan
- menghasilkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran.
Kaedah Simulasi dan Main Peranan
- aktiviti dalam situasi yang hamper sama dengan situasi sebenar.
Pendekatan Pengajaran Penemuan Berpandu
- seseorang guru itu memberi panduan kepada murid-muridnya untuk mereka melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan.
- Kaedah Perbincangan dan Perbahasan
- Kaedah Sumbangsaran- memberi idea atau pendapat berkaitan sesuatu perkara yang dibincangkan bersama dalam kumpulan.
Kaedah Kolaboratif dan Koperartif
- Kaedah kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana muridmurid bekerjasama dalam kumpulan untuk meneroka/menjawab satu soalan penting.
- Kaedah Koperatif guru perlu menentukan pengetahuan dan/atau kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid-murid.
- empat (4) perkara diperlukan dlm kaedah koperatif, iaitu:
- Murid-murid perlu diberi tugas mencabar, tetapi yakin dapat melaksanakannya.
- Kumpulan hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberi sumbangan.
- Tugas yang diberi kepada kumpulan murid perlu diterangkan dengan jelas.
- Semua ahli kumpulan hendaklah menghormati antara satu sama lain.
- Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedah-kaedah lain, iaitu:
- Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama.
- Murid-murid belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa
- belas kasihan.
- Murid-murid menjadi lebih toleransi antara satu sama lain.
- kelemahan, kaedah koperatif iaitu:
- Sesetengah murid tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah ini.
- Murid-murid yang suka bersendirian (loners) sukar untuk menglibatkan diri dalam perbincangan.
- Murid-murid agresif cuba menguasai perbincangan.
- Murid-murid pandai cuba berlagak “bijak”.
Kaedah Eksperimen
- digunakan untuk menguji sesuatu hipotesis dengan membuat ujikaji, mengutip dan menganalisis data serta menyediakan laporan.
Kaedah Permainan
- untuk murid-murid memahami dan mengukuhkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang ingin disampaikan.
- Kaedah Inkuiri- menjalankan kajian untuk menemui sendiri konsep-konsep atau prinsip-prisip tertentu.
- Dyer (1979) mencadangkan empat (4) langkah bagi kaedah inkuiri, iaitu:
- Mengenal pasti bidang masalah.
- Membina hipotesis.
- Melaksanakan eksperimen empirikal.
- Mengutip dan menganalisis data.
- Kaedah Penyelesaian Masalah- memberi masalah kepada murid-murid dan meminta mereka menyelesaikannya.
- mengenal pasti masalah;
- memahami masalah;
- merancang penyelesaian;
- melaksana rancangan penyelesaian; dan
- menilai penyelesaian.
- Kaedah Kerja Lapangan - kerja kumuniti , memerhati orangorang bekerja.
- Kaedah Eksplorasi- secara penemuan
- Menyediakan kerja-kerja asas.
- Memberi masa yang mencukupi, kebebasan dan ruang.
- Membantu murid dalam apa cara jua.
- Meminimumkan masalah jika wujud.
- maklumat kelas (kelas, hari, tarikh, mata pelajaran);
- maklumat topik (topik, matlamat, hasil pembelajaran, nilai murni, pendekatan dan kaedah pengajaran);
- konsep bersama kandungan/bahan bantu mengajar/contoh/aktiviti/latihan, rumusan, dan kerja rumah);
- rujukan.
Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT
ReplyDeleteWell over 160k men and women are trying a simple and SECRET "water hack" to lose 1-2lbs each night in their sleep.
It is easy and works with anybody.
Here are the easy steps for this hack:
1) Take a clear glass and fill it up half the way
2) And then use this crazy HACK
so you'll become 1-2lbs thinner in the morning!