Thursday, December 4, 2014

Perhiasan Diri


LATAR BELAKANG PERHIASAN DIRI
  • Faktor kepercayaan dan kebubayaan menentukan cara penghiasan diri bagi sesuatu kumpulan manusia.
  • Apabila manusia bertamadun, rekaan pelbagai alat perhiasan diri mula dicipta dengan menngunakan pelbagai bahan yang berharga seperti emas, perak dan batu permata.
  • Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang, Kedah, membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah menggunakan alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M) lagi. Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian, penghasilan barangan kemas pada zaman dahulu adalah di bawah naungan istana.
  • hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di kepala.
Hiasan kepala
  • Cucuk sanggul
    • wanita Melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang dan membuat sanggul.
    • Cucuk sanggul diperbuat daripada buluh, tembaga, perak, suasa dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang menambahkan seri kepada si pemakai.
    • cucuk sanggul dihias dengan batu-batu permata beranika warna. 
    • Wanita nyonya dan ceti di Melaka menggunakan beberapa cucuk sanggul yang menyerupai ekor merak yang kembang.
Sikat atau sisir rambut
  • alat untuk mengemas dan merapikan rambut. 
  • sebagai hiasan kepala yang telah disematkan pada sanggul dalam kedudukan tertentu.
  • daripada bahan seperti kayu, tanduk, buluh, tulang, gading dan kulit. Bahagian atas mata sisir dihiasi dengan ukiran yang menarik.
Penutup Kepala
  • Memakai penutup kepala ialah satu kelaziman bagi orang Melayu zaman dahulu sama ada lelaki dan perempuan.
  • Tenggolak golongan bangsawan dan pengantin lelaki biasanya dihiasi dengan barang kemas yang diperbuat daripada emas bermotifkan flora dan fauna dalam berbagai bentuk.
  • Mahkota pula, digunakan dalam adat istiadat di raja atau dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada logam biasa atau emas bertahtakan intan permata.
Hiasan telinga
  • –tiga jenis hiasan telinga tradisional Melayu, iaitu anting-anting (subang jurai), kerabu dan sunting malar.
  • Anting-anting diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan halus.
  • dipakai oleh pengantin perempuan dan wanita untuk ke majlis tertentu. Bentuk anting-anting selalunya berjurai dan labuh. Kerabu ialah subang yang melekat pada telinga yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti geometric, flora dan diikat dengan sebutir batu permata atau mutiara. Sunting malar pula merupakan satu hiasan yang digantung di telinga dan berjurai ke bawah. Biasanya wanita yang memakai sunting malar akan menyanggul rambut agar kelihatan lebih berseri.
Hiasan Leher
(a) Rantai
  • –terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai pendek dan rantai labuh.
  • diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang bermotifkan awan larat atau flora. Kadang kala ia diikat dengan intan atau berlian.
(b) Loket
  • Loket hanya dipakai bersama rantai. Loket selalunya bermotifkan flora dan fauna dan dibentuk dalam pelbagai rupa seperti geometrik dan organik. Ada juga loket yang diikat dengan batu permata atau mutiara sebagai hiasan.
(c) Dokoh
  • terkenal di kalangan penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia bermotifkan alam semulajadi seperti bentuk daun dan dicantumkan bertingkat-tingkat pada seutus rantai. Selalunya dokoh mempunyai tiga tingkat.
(d) Kalung
  • dipakai oleh pengantin. Ia diperbuat daripada emas atau perak.
  • Bentuknya berjalur dan bertingkat-tingkat hasil daripada sususan rantai halus. Terdapat dua jenis kalung iaitu kalung panjang dan kalung pendek dan selalunya leper. Kalung juga dikenali sebagai aguk.
Hiasan Tangan dan Leher
  • benda yang disarung pada bahagian anggota badan khususnya pada jari, pergelangan tangan dan kaki seperti:-
    • cincin,gelang tangan, dan kaki.
  • Cincin dipakai di bahagian jari dan biasanya di jari manis.
  • memakai lebih daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa seperti bertatahkan permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri dan keunikannya. Gelang tangan sangat disukai oleh wanita dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbuat daripada emas atau perak.
  • Ada gelang yang berukuran timbul bermotifkan flora dan bentuk geometri. Terdapat juga gelang yang dihiasi dengan permata mengikut citarasa pemakainya. Ada gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga yang padu. Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan dan dipakai di pergalangan tangan.
  • Bentuknya leper dan kadangkala diikat dengan batu permata.
  • Gelang kaki biasanya dipakai oleh pasangan pengantin dan keturunan di raja.
  • Bentuk dan pembuatannya adalah serupa dengan gelang tangan dan selalunya dipakai sepasang. Terdapat pelbagai ukiran yang dijadikan hiasan pada gelang kaki.
Hiasan Pinggang
  • Hiasan ini terdiri daripada tali pinggang dan pending. Tali pinggang direka dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk menjadikan seseorang penakainya lebih bergaya dan menarik dengan memakai pending sebagai kepala tali pinggang. Tali pinggang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga. Pending pula biasanya dihiasi dengan motif-motif flora dan fauna yang amat halus dan menarik buatannya.
Hiasan Pada Pakaian
  • Kerongsang dipakai sebagai kancing dan juga sebagai penghias baju, terutamanya baju kebaya labuh.
  • Terdapat berbagai-bagai jenis kerongsang yang diperbuat daripada emas atau perak dan diukir atau dihiasi batu permata. Butang baju pula berfungsi seperti kerongsang tetapi ianya dipakai pada baju kurung lelaki sahaja. Butang baju Melayu diperbuat daripada emas, perak dan suasa. Ada di antara butang baju yang dihiasi dengan batu permata.
Aktiviti Latihan Pembelajaran membuat Ragam Bentuk
  1. Kalung berhias:
    • Menggunakan manik atau lain-lain bahan buangan
  2. Bahan
    • Manik pelbagai warna dan lain-lain bahan buangan
    • tali pancing
    • kancing penyangkut
    • Langkah 1:
      • Guru menunjukkan dan berbincang tentang ragam bentuk yang terdapat dalam hiasan rantai.
    • Langkah 2:
      • Guru mengarahkan pelajar untuk membuat lakaran ragam bentuk kalung kepada pelajar.
    • Langkah 3:
      • Guru menunjukkan perkembangan peringkat demi peringkat cara sesuatu ragam bentuk dihasilkan di kertas.
    • Langkah 4:
      • Pelajar melakarkan beberapa rekaan corak yang baru dia atas kertas lakaran. Guru membimbing pelajar.
    • Langkah 5:
      • Pelajar membuat ragam bentuk kalung mengikut lakaran.

Proses membuat

  1. Tali pancing diisi dan dipenuhi satu persatu dengan manik pelbagai warna mengikut reka cipta masing-masing.
  2. –Menyambung dan mengikat rantian manik tersebut kepada bahagian rantai asas mengikut gubahan masing-masing.
  3. Setelah kalung itu disiapkan, kancing pengangkut diikatkan pada penghujung kedua-dua bahagian rantai tersebut.

Persembahan hasil kerja

  1. Penilaian berdasarkan 
    • idea reka cipta
    • kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik
    • kemasan

Apresiasi

  • Perbincangan dan meperkatakan tentang hasil karya individu dan orang lain.

Aktiviti cadangan

  1. Membuat satu lawatan ke kilang atau tempat membuat hiasan diri.
    • Tempat : kilang atau tempat membuat ukiran yang berhampiran, seperti:-
      • kedai emas
    • Kegiatan: memerhati, mengambil gambar dan membuat catatan.
      • bagaimana perhiasan diri dihasilkan
      • proses bagaimana perhiasan diri dihasilkan di peringkat permulaan hingga akhir
      • kepelbagaian barangan yang dihasilkan dari hiasan diri
      • pemasaran barangan hiasan diri.

5 comments: