Friday, December 5, 2014

TINJAUAN LITERATUR


MEMAHAMI BIDANG KAJIAN
  • Pemahaman yang mendalam tentang konsep-konsep Rmemahami teori-teori berkaitan bidang kajian
  • Dapatkan bahan-bahan berkaitan daripada tesis dalam bidang kajian, jurnal/ buku/ ensaiklopedia pendidikan, laporan kajian di Malaysia: EPRD/BPG/Institut Pengajian Tinggi, prosiding seminar, internet dll
  • Perpustakaan institut pengajian tinggi dan dapatkan bahanbahan yang berkaitan.
  • Menggunakan internet untuk mencari banyak maklumat tentang kajian pendidikan
  • Menyaring bahan-bahan ini yang berkait rapat dengan topik kajian.
  • Baca bahan-bahan yang disaring dan sediakan abstrak yang mengandungi nama pengarang, tahun kajian dijalankan, topik kajian, tempat kajian dijalankan, metodologi kajian, hasil kajian dan kesimpulannya.
  • Rekodkan juga sumber bahan/artikal
    • Peringatan! Tinjauan literatur memerlukan banyak teori dan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan. Ia perlu mengambil kira perkaitan antara teori-teori dan dapatan-dapatan kajian.
    • Kita perlu juga melihat persamaan dan pertentangan antara teori-teori dan dapatan daripada tinjaun literatur, dan perlu bertanya diri kita sendiri bagaimana kita menangani dan mengambil peluang daripada persamaan dan pertentangan ini.
  • Pemahaman tentang Teori Berkaitan - Apakah bentuk teori yang menjadi asas kepada kajian anda?
  • Pemahaman tentang Model Berkaitan - adakah model-model tersebut sesuai dengan topik kajian kita.
TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN
  • merujuk kepada kajian berkaitan untuk kita mengetahui dapatan-dapatan dan pengkaedahan kajian yang terkini.
  • kita perlu mengenal pasti kajian-kajian lepas yang sama/hampir sama dengan topik kajian yang akan kita lakukan.
  • menganalisis kajian-kajian lepas, perlu memberi perhatian kepada kronologi kajian-kajian yang bertujuan untuk menentukan tren kajian dalam bidang kajian.
TINJAUAN KAEDAH KAJIAN LEPAS 
  • Setelah memperoleh maklumat daripada kajian-kajian lepas, perlu diteliti skop kajian (yang mungkin sengaja dibataskan oleh pengkaji) dan kaedah kajian.
  • Reka bentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian yang melibatkan pemilihan sampel, pembahagian sampel kepada beberapa kumpulan yang sesuai serta kaedah dan teknik pengutipan data.
  • kajian tinjauan, sampel yang besar terdiri daripada antara 100 sehingga 1,000 subjek/responden kajian. kajian ekperimen pula adalah sukar untuk menjalankan kajian menggunakan sampel yang besar disebabkan.
  • kekangan-kekangan semasa melaksanakan eksperimen. 
  • Kajian etnografi dan kajian kes biasanya melibatkan sampel yang kecil sahaja, - memilih kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam kajian kita, berpandukan soalan-soalan kajian dan kaedah analisis data yang digunakan dalam kajian-kajian lepas. Ini dapat dijadikan justifikasi mengapa kita memilih kaedah analisis data tertentu untuk kajian kita.

No comments:

Post a Comment