Monday, June 2, 2014

Fungsi Nutrien

Pemakanan melibatkan enam jenis nutrien iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam adan air. Secara dasarnya, terdapat tiga fungsi utama nutrien iaitu:

a)     Membekalkan Tenaga
Di Malaysia 50-60% tenaga penduduk didapati daripada nasi (Fatimah Arshad, 1991). Namun begitu, terdapat makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, barli, ubi seperti keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga ialah gula pasir, sirap, jem dan madu.

b)     Mengawal Proses Tubuh Badan
Garam dan air berperanan mengawal proses tubuh badan. Vitamin juga membantu mengawal proses tubuh badan walupun tidak sebanyak garam dan air. Antara proses tubuh badan ialah mengawal suhu badan serta tekanan darah dan menghasilkan tenaga.

c)     Membaiki dan Membina Pertumbuhan Tisu-tisu Tubuh Badan
Makanan yang membina badan adalah protein. Ia membina sel-sel atau jaringan tisu dalam tubuh badan kita. Sumber protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Selain itu, kekurangan protein boleh juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.


No comments:

Post a Comment