Tuesday, June 3, 2014

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Mobail

Topik 6 Mobail

PENGENALAN

Ketika pengarca mencari satu konsep baru dan tersendiri, muncullah idea untuk mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah menampilkan dalam peragaan arca  yang seterusnya diterima sebagai karya seni. Arca sedemikian dinamakan sebagai mobail. Arca mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat. Arca mobail yang sifatnya boleh bergerak digelar juga sebagai mobail kinetik. Ia diperkenalkan pada awal tahun 1930-an. Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi perangsang kepada seniman untuk mereka bentuk yang yang lebih menarik dan canggih. Suatu kehebatan Calder dalam penghasilan mobail ini ialah elemen geometri yang diadaptasi berasaskan kepingan logam industri dan disusun secara sekuen untuk menghasilkan suatu urutan yang terancang dan teraputik. Apabila dunia inginkan perubahan, mobail disepadukan dengan mesin dan jentera yang boleh bergerak melalui kawalan secara manual atau automatik dan terhasillah mobail kinetik. Mobail kinetik yang diberi tajuk Flamingo (1974), Myxomatose (1953) dan Pisson Volant mengadaptasikan bunyi dedaunan, beburung yang berterbangan dan serangga yang berdesir. Idea wau yang berdengung di udara, unggas berterbangan, ombak yang berdeburan menjadi sebahagian ciri mobail kinetik yang menjadi perhatian pengarca.

Rajah 6.1: Mobail karya Alexander Calder, Trap and Fish Tail, 1939

Rajah 6.2: Alexander Calder Myxomatose (1953)
Rajah 6.3: Alexander Calder: Poisson Volant, 1957

6.1 ALAT DAN MEDIA

6.1.1 Alatan


Rajah 6.4: Penggunaan alatan untuk menghasilkan mobail

6.1.2 Alatan Untuk Menghasilkan Mobail

Gerudi dan mata gerudi, scrapper, gergaji jig, sarung tangan kulit, playar pemotong dan playar pengepit, thinner, gam gajah.
Ganden besi, spanar hidup kecil dan besar, ganden logam, tukul kepala dempak dan lonjong, rod besi, playar pengapit, ragum meja dan pengalas untuk kerja mengetuk.
Pelbagai jenis pahat: pahat mata bulat, pahat mata rata, pahat mata lengkung, pahat ukir, pahat penebuk.
Pelbagai jenis pahat: pahat mata bulat, pahat mata rata, pahat mata lengkung, pahat ukir, pahat penebuk.

6.1.3 Media Mobail

Rajah 6.5: Penggunaan bahan untuk menghasilkan mobail


Rajah 6.6: Mobail berasaskan sumi

Rajah 6.7: Mobail berasaskan pelbagai bahan

6.1.4 Media untuk Menghasilkan Mobail

Kepingan logam mengikut jenis dan bungkah keluli serta ketulan besi yang boleh dijadikan sebagai asas untuk pembentukan mobail.
Kepingan perspek dan kepingan  plastik yang menjadi pilihan utama pengarca mobail kerana sifatnya yang ringan dan tahan lasak. Ia digabungkan dengan media lain termasuk penggunaan cat untuk mendapatkan penampilan yang bermakna dan mapan.
Pelbagai kertas untuk dijadikan mobail. Kertas tebal seperti maounting board, straw board, hard-board, kertas conqueror, box-board yang boleh dimplimentasikan di bahagian ruang dalam bangunan.

6.1.5 Bagaimana Proses Mobail Dihasilkan?

Rajah 6.8: Bahan yang digunakan untuk membentuk mobail

6.1.6 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Mobail

Mobail direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi  perhatian utama di dalam penghasilan mobail;
  • Menentukan subjek dan tema – Subjek dan tema ini mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa, kritikan, sindiran, saranan dan nukilan pengarca.
  • Menentukan alat dan media – Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan mobail.
  • Membuat tumbnail-print(membuat lakaran-lakaran kecil). Apakah pentingnya thumbnail-print? Sebelum sesuatu mobail dihasilkan, kita seharusnya melobi gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan seharusnya dihasilkan atau diperbanyakkan dapatannya. Daripada sejumlah besar sketsa ini tentunya ada yang mantap dan hebat yang tentunya pilihan yang sedemikian inilah yang dipilih.
  • Memilih salah satu lakaran yang terbaik – Pilih lakaran atau sketsa yang baik. Ciri baik dalam kriteria pemilihan ini berkaitan dengan  penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada mobail yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut.
  • Memperinci lakaran – Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari mobail yang akan dihasilkan nanti.
  • Membuat karya/mobail – Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Kesemuanya diselaraskan dengan bahan dan alatan, kos pembinaan dan masa yang diperlukan.

6.1.7 Proses Membentuk Mobail

Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan mobail.


Rajah 6.9: Proses membentuk mobail

6.2 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

6.2.1 Ekspresi Diri

Persembahan hasil kerja  yang baik  dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan strukur seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Seterusnya hasilan ini mengambil kira kepada beberapa ciri yang berikut:
  1. Bentuk Mobail Menepati Tema dan Tajuk 
    Tema adalah gambaran mesej yang ingin disampai dan dikongsi oleh pengarca kepada pemerhati. Lazimnya isu-isu semasa menjadi pilihan tema pengarca kerana keselarian isu dan minat pemerhati mengikut faktor semasa. Namun begitu, latar belakang minat pengarca juga boleh menjadi pilihan kerana ekspresi dalaman pengarca yang ingin dikongsi kepada umum. Misalnya, persoalan kepincangan masyarakat, isu agama dan gelagat politik semasa.

  2. Bahan Binaan Mobail Sesuai dengan Tujuan Hasilan
    Pilihan bahan penting kerana sifat bahan menentukan ketahanan dan kesesuaian mobail yang akan dihasilkan. Seringkali bahan binaan yang tahan lasak dan kuat digunakan untuk mobail di luar. Sebaliknya, bahan-bahan yang kurang lasak di dalam bangunan dan di tempat yang bertutup. Ringkasnya bahan binaan ini boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu mobail diluar danmobail di dalam bangunan atau tempat yang tertutup.


    Rajah 6.10: Klasifikasi bahan mobail


  3. Pastikan ia Kuat, Kukuh dan Selamat
    Soal kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan. Mobail perlu mempunyai jangka hayat yang panjang. Mobail juga perlu kukuh kerana peragaan diluar seringkali diancam oleh proses pengluluhawaan dan bencana alam. Tidak ada ertinya sesuatu mobail yang diperagakan sekadar dalam tempoh waktu yang pendek kerana tidak lasak dan tidak kuat. Tidak cukup dengan kukuh semata-mata, tetapi juga selamat terhadap pemerhati dan pengunjung. Pemerhati ada kemungkinan menyentuh dan mengusik  mobail tersebut.

  4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik, Membentuk Suatu Komposisi Gubahan yang Artistik
    Menyusun atur komposisi bahan penting untuk artistik bahan dan mobail. Adunan rentak, pergerakan dan kontra bahan diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jelas, untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik. Tambahan pula kelainan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza dan kesesuaiannya.

  5. Mengaplikasi Prinsip-prinsip Rekaan seperti Rentak, Pergerakan, Kontra, Warna, Imbangan, Harmoni dan Kesatuan yang Menarik


    Rajah 6.11: Aplikasi prinsip rekaan mobail


  6. Asli, Unik dan Berketrampilan
    Keaslian, keunikan dan ketrampilan boleh dihasilkan melalui proses kreativiti yang tinggi. Jauhi plagiarism dan hasilan klise. Ia boleh dilakukan dengan melakukan tindakan-tindakan yang berikut:

    • Suatu penampilan yang baru – penemuan melalui percubaan
    • Inovasi atau improvisiasi yang positif
    • Pemerhatian, penelitian dan rumusan pro-aktif
    • Cuba jaya yang tidak kenal erti putus asa.
    • Ramalan kepada  reka bentuk baru dan bersifat futuristik.

6.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut:


Rajah 6.12: Kemahiran-kemahiran dalam mengaplikasi alat dan bahan mobail


Rajah 6.13

6.2.3 Apresiasi Mobail


Rajah 6.14: Mobail daripada pelbagai bahan


Rajah 6.15: Apresiasi mobail


Rajah 6.16

RUMUSAN

  • Mobail dipelopori oleh Alexander Calder (1898- 1976) iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika Syarikat.
  • Konsep mobail dikaitkan dengan objek apungan di udara tetapi mempunyai konsep simetri yang menarik.
  • Simetri mobail boleh bersifat tulen atau tidak tulen.
  • Alat dan bahan mempengaruhi bentuk mobail. Bagaimanapun apungan yang baik berkaitan dengan bahan yang ringan, tipis dan tahan lama.
  • Cantuman komponen mobail dibuat secara pateri/ kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan tanggam.
  • Kemasan mobail boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.
  • Peragaan mobail boleh dilakukan di tempat terbuka seperti di padang, tanah lapang, puncak gunung, puncak bangunan dan puncak pokok. Manakala peragaan di tempat tertutup mungkin dilakukan di dalam bangunan, dalam dewan, antara bangunan dan bilik darjah.


No comments:

Post a Comment