Tuesday, June 10, 2014

TOPIK 9: PENYALAHGUNAAN BAHAN


9.1. Penyalahgunaan Bahan

  • Penyalahgunaan  -  penggunaan  apa  jua  jenis  bahan  yang  bertentangan dengan  kepentingan  rawatan  dan  fungsinya.
  • Bahan  yang dimaksudkan  ialah  ubat,  racun,  dadah  dan  alkohol.



9.1.1  Definisi Ubat, Racun dan Dadah

UBAT
RACUN
DADAH
ubat berguna untuk myembuhkan dan merawat penyakittidak bersifat sedemikiantidak bersifat sedemikian
ubat memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan
yang minimum seperti pening kepala, panas badan dan mengantuk.
Kesan ini akan reda atau hilang apabila pengambilan ubat dihentikan.
mengancam nyawa kitaMemberikan kesan berbahaya yg berkekalan
kerana ia mengakibatkan ketagihan yg terlampau walaupun telah
dihentikan pgunaannya.
Setengah ubat berupaya
mpengaruhi otak dan minda
pengguna .
Kesemua racun memberi kesan mdalam
terhadap otak dan minda manusia.


Penggunaan racun pula tertakluk kpd
Akta Racun 1952
Bahan
psikoaktif :
Kesemua dadah memberi kesan mendalam
terhadap otak dan minda manusia.
penggunaannya tertakluk kpd Akta Dadah Berbahaya
1952, pindaan 1982
tidak
meninggalkan kesan ketagihan
Pgunaannya tidak mempunyai sekatan undang-undang
tidak
meninggalkan kesan ketagihan
Pgunaannya tidak mempunyai sekatan undang-undang
meninggalkan kesan ketagihan

Pgunaannya diharamkan .

9.1.3   Mengkategorikan Jenis-jenis Ubat, Racun dan Dadah

Ubat
  • dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati sakit.
Dibahagi kepada dua kumpulan:
a) Tanpa Preskripsi (OTC - Over the Counter)
  • Ubat yang boleh dibeli di  farmasi di serata negara atau di pasaraya tanpa sebarang halangan.
b) Berpreskripsi
  • Ubat yang dibenarkan dan dicadangkan oleh doktor.  - dihasilkan oleh  syarikat  farmaseutikal

Racun
  • bahan yang menyebabkan kecederaan, kesakitan, kemudaratan  atau  kematian  kepada  sesuatu organisma, 
  • biasanya  melalui tindakbalas  kimia  atau aktiviti  lain  pada  tahap  molekul,  sekiranya  mencapai tahap kuantiti yang tertentu.
  • Toksin: bermaksud “beracun”, iaitu racun yg dihasilkan melalui proses biologi.
  • Bisa: racun khusus kpd toksin yg disuntik atau disengat

Dadah
  • Sejenis  bahan  yang mendatangkan kemudaratan kepada  kesihatan  seseorang  dari  segi  fizikal,  rohani, emosi  serta tingkahlaku  pengguna  apabila  digunakan.
  • Kesan  jangka  panjang  dadah  ialah ketagihan.

9.2  DADAH

  • Ancaman  nombor  satu  manusia.
  • Penyalahgunaan dadah merupakan masalah sosial  yg paling  rumit krn ia timbulnya  pelbagai masalah  sosial  seperti  pelacuran, lepak, perjudian,  rogol,  penagihan, perompakan dan sebagainya

9.2.1.  Definisi Dadah

  • Prof  Madya  Dzulkifli  Abdul  Razak  (1995), dadah sejenis  bahan  yang  boleh  mendatangkan  kemudaratan kepada kesihatan  seseorang dari  segi  jasmani  (fizikal),  rohani (mental dan  emosi)  serta tingkahlaku  pengguna.
  • mengakibatkan  seseorang  itu  mengalami ketagihan sehingga masyarakat menggelarnya penagih.(Ruzita Mokhtar, 2004).
  • bahan kimia  psikoaktif  yang  mempunyai  kesan  paling  ketara ke  atas  sistem  saraf seperti menyebabkan  keadaan mabuk, khayal,  ketagih,  gangguan  tingkahlaku dan sebagainya

9.2.2.  Ciri- ciri Dadah

  • Mempunyai kesan yang paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya dilarang;
  • Diperolehi secara haram;
  • Mengakibatkan  pergantungan  fizikal  dan  psikologikal  dan peningkatan daya tahan terhadap dadah; dan
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial. 
  • Jenis-jenis Dadah (ms136) 
Kesan dan Akibat
Kesan Pengambilan Dadah Secara Suntikan
Kesan Pengambilan Dadah Melalui Mulut
  • Meningitis-penyakit jangkitan otak.
  • Tetanus- penyakit kancing gigi
    Endokarditis-penyakit jangkitan jantung
  • AIDS, HIV, Hepatitis B, C dan D
  • Bisul, kudis, kurap dan pelbagai penyakit kulit.
  • Kerosakan paru-paru dan hati
  • Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan tidak mencukupi)
  • Kerosakan buah pinggang
  • Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak bermaya)
  • Berat badan menurun dan berkemungkinan lumpuh
  • Keguguran pada wanita dan kemandulan pada lelaki

Kesan-kesan:

Kesan Fizikal
Pengaruh terhadap sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme dan otot-otot
Penagih dadah mjadi tidak terurus dan tidak normal
Tubuh akan menggigil akibat dpd penurunan kadar matabolisme dlm badan
mengalami sawan dan gangguan fungsi otak
Sukar dipulihkan jika ia berlaku secara berterusan dan berulang kali.
Kesan Sosial
Penagih akan hilang minat dan tidak mpedulikan tanggungjawabnya
Prestasi dan disiplin kerja  merosot
Tingkahlaku dan sikap berubah
Tidak menghiraukan kesihatan diri dan keluarga
diibaratkan hidup segan mati tak mahu
Kesan Mental dan Emosi
Kesan psikologi iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda
ini termasuklah mula berasa seronok, terangsang dan khayal (euforia).
Hilang kawalan diri dan pemikiran


9.3  ALKOHOL

9.3.1  Definisi


Dr  Abu  Bakar  Abdul Majeed  (1995),
istilah   alkohol   berasal   daripada   bahasa   Arab   iaitu   al-kuhol , yang  bermaksud ‘sesuatu   yang   tersembunyi’   atau   ‘antimoni   yang   dipecah-pecahkan  sehingga halus’  yang  digunakan  sebagai  celak.

9.3.2  Jenis-jenis Alkohol

  1. Methyl   alcohol   (methanol)   atau alkohol (kayu):
    tidak   digunakan   untuk   minuman   kerana   ia merupakan  racun  yang  kuat,
  2. Ethyl  alcohol atau alkohol biji-bijian:  digunakan  sebagai campuran di dalam minuman keras.


9.3.3.  Kesan Alkohol

  • Memabukkan,   alkohol   juga   boleh memudaratkan   kesihatan diri terutama  jika diambil dengan banyak dan berterusan.
  • Dr Abu Bakar Abdul Majeed  (1995) "alkohol   merupakan   bahan   kimia   yang   berupaya menekan aktiviti otak dan mengubah kewibawaan akal fikiran".
  • Ruqiah  Ganda  Putri  Panjaitan  (2003: kesan  alkohol   pada  lelaki  akan mengakibatkan  pengaruh  buruk), pada   testis   dan   hipotalamus,   iaitu menyebabkan pengurangan horman testosteron. 
  • Bagi wanita pula, alkohol dapat menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur dan pengecilan payudara serta alat  kelamin.
Kesan pada
Otak
  • Alkohol masuk ke otak melalui darah yang meresap kedalamnya, ia akan mengubah dan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya 
  • Merasa  kurang malu, fikiran bercelaru dan Pergerakannya menjadi tidak terkawal 
  • Peminum tidak sedarkan diri dan seterusnya mengakibatkan kematian.
Hati
  • alami kecederaan iaitu mendapat  luka.
    Sel  hati akan mati dan akhirnya menjadi  parut.
  • Parut akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi  dengan lebih sempurna.
  • Parut serius menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung.
  • Keadaan ini disebut  sirosis  hati  dan  boleh  membawa maut
Saraf
  • Kecenderungan mendapat pelbagai jenis penyakit
    seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan   sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri.
Janin
  • Kandungannya mengalami kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-sendi dan otot.


Masalah  sosial
  • Merosakkan  hubungan  persahabatan,  kehilangan  pekerjaan, hutang,  simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya.

2 comments: