Tuesday, June 3, 2014

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Origami

Topik 3 Origami

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa sehelai kertas jika dilipat boleh menghasilkan binaan dan bentuk? Seni melipat kertas ini dipanggil origami. Ia mungkin bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. Seni origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan orang Jepun. Ia kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih atau kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.


3.1 SEJARAH ORIGAMI

Merupakan kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula diperkenalkan pada abad pertama di China iaitu Ts’ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Pada abad keenam, cara pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan juga ke Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini dengan penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Origami menjadi satu kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. Di Sepanyol, orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji tessallation dan bentuk geometri pada kertas. Bentuk haiwan tidak digalakkan oleh kerana Islam melarang pembuatan patung-patung. Daripada orang Arab Moor, orang Arab mengetahui cara-cara pembuatan kertas dan juga origami.

3.2 ORIGAMI DI BARAT
Di Barat, origami mula dikenali pada tahun 1920 apabila “kertas ajaib” oleh Will Blyte dan Harry Houdini membentuk lipatan kertas untuk buku-buku di pasaran. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti “beria dengan melipat” oleh W.D. Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada tahun 1928. Pada tahun 1930 ramai ahli silap mata mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku“Membuat Permainan Kertas” di London pada tahun 1937.


3.3 JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI

  1. Haiwan
    Sebahagian besar origami dibentuk dari jenis ini. Bentuk yang popular terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah dan burung. Bentuk lain yang tidak kurang pentingnya terdiri daripada dinosaur, serangga dan singa laut daripada dinosaur, serangga dan singa laut.


    Rajah 3.2: Origami jenis haiwan


  2. Barang Permainan
    Bentuk origami jenis ini yang terkenal terdiri daripada sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature).


    Rajah 3.3: Origami permainan


  3. Tumbuh-tumbuhan
    Origami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip.



  4. Perhiasan
    Origami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

3.4 ALAT DAN MEDIA

3.4.1 Kertas Origami

Kertas segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh didapati dengan mudah di kedai menjual alatan seni visual. Selalunya kertas seperti ini berwarna pada satu bahagian sahaja manakala bahagian belakangnya pula berwarna putih. Saiz kertas yang sesuai untuk origami ialah 15 sentimeter. Dari saiz tersebut bentuk kecil atau besar boleh dihasilkan mengikut bentuk yang dikehendaki.

Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna. Selain itu origami yang telah siap juga boleh diwarnakan pada peringkat akhir. Media lain yang sering digunakan terdiri daripada fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Alatan yang digunakan terdiri daripada gunting, pisau, gam dan pembaris keluli.

Prosedur untuk Pemilihan Kertas
  1. Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat tetapi kejayaan melipat ialah menyesuaikan kertas yang betul untuk corak yang sesuai.
  2. Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan.
  3. Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat bergua bagi sesetengah projek.
  4. Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami.
  5. Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber:
    • Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis
    • Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik
  6. Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti “Easter Egg Basket”, gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas “water colour” yang sebenar.
  7. Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan.
  8. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.


Rajah 3.6: Jenis-jenis kertas untuk origami

3.4.2 Gunting

Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus.

3.4.3 Pisau Kraf

Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki. Sebelum mula memotong kertas, pastikan kad yang tipis diletakkan di dalam kertas supaya pisau yang digunakan tidak merosakkan permukaan kertas.

3.5 PROSES DAN TEKNIK PEMBUATAN

Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas. Kertas yang sering digunakan terdiri daripada empat segi tepat atau empat segi memanjang.


Rajah 3.7: Melipat kertas segi empat mudah dan cepat

Rajah 3.8: Tips-tips untuk melipat kertas

3.6 SIMBOL DAN KAEDAH

Origami melibatkan pemahaman yang berbeza mengenai simbol dan lipatan. Kesemua urutan di dalam penghasilan origami akan menggunakan pelbagai jenis simbol dan lipatan. Makna-makna simbol mungkin amat menonjol tetapi sesetengah lipatan agak unik dan memerlukan penerangan sebelum dihasilkan. Simbol dan kaedah yang ditampilkan dalam penerangan ini diharapkan dapat membantu kepada anda untuk menghasilkan origami mudah.



Contoh Origami 1

Contoh Origami 2

Contoh Origami 3

RUMUSAN

  • Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang berasaskan kertas, plastik dan kain.
  • Untuk menghasilkan origami yang baik, tip-tip dalam melipat dan membentuk kertas perlu diikuti dan diperhalusi.
  • Kelainan kualiti kertas, warna kertas dan cara melipat kertas mempengaruhi terhadap hasil origami.
  • Peragakan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan. Origami yang berasaskan kain lebih sesuai untuk penampilan di meja makan dan barangan hantaran perkahwinan manakala origami kertas lebih kepada hiasan.


No comments:

Post a Comment