Monday, June 2, 2014

PROMOSI HIDUP SIHAT

Promosi gaya hidup sihat merupakan satu aktiviti yang dilakukan untuk menggalakkan masyarakat terus bergiat aktif dalam kehidupan seharian dan mengamalkan cara hidup yang sihat.


Agensi Penggerak – Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri

Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri merupakan induk penting dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

Kaedah Promosi

Pelbagai kaedah promosi telah dijalankan bagi memastikan masyarakat terus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah dengan menaik taraf segala kemudahan dan prasarana sukan dan rekreasi seperti taman-taman rekreasi, padang, gelanggang dan alat-alat permainan di peringkat negeri, bahagian, daerah dan kampung. Di samping itu, kerajaan juga cuba mendapatkan bantuan lebih ramai pakar kesihatan untuk membuat kajian terhadap beberapa wabak penyakit yang dihadapi rakyat agar ia dapat dibendung lebih awal.

Langkah ini adalah penting untuk meyakinkan penduduk dan masyarakat setempat bahawa kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan aktiviti dan memandang berat isu kesihatan rakyat demi melahirkan masyarakat cergas dan sihat agar negara lebih maju. Dengan peruntukan tinggi yang diberikan kepada setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan, kerajaan berharap agar setiap kemudahan digunakan oleh masyarakat dengan sebaik-baiknya.

Di samping itu, kerajaan juga dalam Rancangan Malaysia ke-8 telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Belia dan Sukan dalam merencanakan pelbagai aktiviti kesihatan seperti mengadakan pelbagai karnival dalam mempromosikan kempen "Gaya Hidup Sihat". 

Di antaranya ialah Kempen Cara Hidup Sihat bertemakan "Sihat Sepanjang Hayat" yang dijalankan setiap tahun. Kempen ini memberi penekanan dan fokus terhadap amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk mempromosikan kesihatan mereka.

Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar merangkumi kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Keutamaan adalah diberikan kepada kumpulan kanak-kanak kerana pada peringkat ini mereka boleh dididik untuk mengamalkan corak gaya hidup sihat sehingga dewasa. Ini menjadi sasaran dan matlamat utama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kumpulan sasar yang lain seperti remaja, dewasa dan warga emas tidak di ketepikan juga kerana tahap kesihatan kumpulan ini juga perlu diubah supaya menjadi lebih sihat, berkualiti dan produktif. Ini kerana mereka adalah aset negara dalam membentuk modal insan yang utama untuk membangunkan negara kita pada masa kini dan juga masa hadapan.

Oleh itu sebagaimana dapat kita perhatikan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mensasarkan kepada kumpulan tertentu sahaja dalam usaha mereka untuk menerapkan corak gaya hidup sihat ini tetapi menetapkan matlamat merentasi generasi dari usia kanak-kanak sehingga ke warga emas.

Tips Gaya Hidup Sihat 


No comments:

Post a Comment