Tuesday, June 10, 2014

TOPIK 10 PENDIDIKAN PENCEGAHAN HIV/AIDS

10.1.  PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KOMUNITI DALAM MENGHADAPI MASALAH HIV/AIDS

10.1.1  Peranan dan Tanggungjawab Komuniti

  • Sebagai satu masyarakat, kita tidak boleh meletakkan semua tanggungjawab dan beban untuk mencegah HIV/AIDS di atas bahu kerajaan sahaja. Ini kerana ia juga adalah tanggungjawab kita bersama. 
  • Penawar bagi virus HIV/AIDS masih belum dijumpai. Oleh itu, sesiapa yang dijangkiti virus ini boleh menemui maut. Kebanyakan daripada mereka mungkin berasaka n kehidupan mereka tidak berguna lagi. Tetapi tanggapan mereka ini adalah salah.
(a) Memberikan Sokongan dan Semangat
  • Kita boleh membantu mereka dengan memberi  mereka dorongan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan dengan membuat kebajikan. 
  • Kita tidak boleh meminggirkan mereka kerana mereka juga adalah manusia.
  • Mereka masih boleh menyumbangkan tenaga dan idea untuk mencegah wabak HIV/AIDS daripada menular. 
  • Mereka boleh memberi ceramah atau melakukan kerja-kerja kebajikan yang bersesuaian dengan mereka agar penyakit berbahaya ini tidak merebak.
(b) Membantu Mereka dari Segi Kewangan
  • Ada yang mungkin dipecat dari kerja mereka. 
  • Kos rawatan bagi penyakit ini adalah tinggi dan kebanyakan pesakit tidak mampu membayarnya. 
  • Majikan sepatutnya membantu dengan memberikan galakan kepada mereka.terus bekerja agar mereka blh menyarakan diri dan mencari rawatan.
  • Sebagai warga yang prihatin, anda boleh menderma sedikit wang kepada mereka. Ini adalah amalan baik yang disarankan oleh semua agama. 
  • Dengan ini, kita dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dan rasa dihargai.
(c) Tidak Meminggirkan Mereka
  • Jangan meminggirkan pesakit HIV/AIDS bukanlah satu jalan yang baik. Sebaliknya, kita harus menerima mereka dengan seadanya. 
  • Golongan ini tidak meminta penyakit itu tetapi kelekaan dunia dan kesilapan diri menyebabkan mereka dijangkiti AIDS. 
  • Ada di kalangan mereka yang dijangkiti HIV/AIDS akibat kecuaian orang lain, contohnya seorang isteri mendapat penyakit tersebut dari suaminya. 
  • Kita harus bersosial dengan mereka, bukan meminggirkan mereka.
(d) Memberi Pendidikan yang Betul dan Secukupnya
  • Pendidikan adalah cara yang terbaik untuk mencegah virus berbahaya ini dari menular. 
  • Mengadakan ceramah, bengkel, kaunseling, majalah dan sebagainya sebagai langkah kesedaran dan pencegahan virus HIV/AIDS. 
  • Mendidik anak-anak anda, keluarga dan rakan-rakan agar menjauhi aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada jangkitan HIV/AIDS seperti seks bebas atau menghisap dadah. Penyakit ini paling kerap diakibatkan oleh dua punca tersebut. 
  • Pendidikan di rumah seharusnya diterapkan agar penyakit ini berkurangan.
(e) Sentiasa Memantau Aktiviti Anak-anak
  • Pelbagai masalah berkaitan dengan golongan muda. Biasanya masalah ini berpunca dari keluarga itu sendiri. 
  • Ibu bapa harus memainkan peranan utama dalam mendidik dan memantau anak-anak daripada aktiviti-aktiviti yang tidak menyihatkan supaya mereka menjadi insan yang berguna. 
  • Ibu bapa harus meluangkan sedikit masa untuk anak-anak agar mereka rasa disayangi dan dihargai.
(f) Sentiasa Amalkan Gaya Hidup Sihat
  • Badan yang sihat dan cergas menjanjikan kehidupan yang sempurna. 
  • Apabila anda mengamalkan gaya hidup yang sihat, secara automatiknya anda dapat mengelak dari melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti seks bebas atau menagih dadah dan seterusnya dapat mengelak dari dijangkiti penyakit berbahaya ini.
  • Amalan gaya hidup yang sihat merangkumi semua aspek kesihatan dari segi pemakanan, senaman dan aktiviti harian.

10.1.2  Agensi Pencegahan dan Kawalan HIV/AIDS

(a) ADK: (Agensi Dadah Kebangasaan)
  • Agensi yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia
    berperanan mencegah penagihan, merawat dan memulihkan penagih serta mencegah penagihan semula.
(b) PEMADAM: (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia)
Antara objektif persatuan ini ditubuhkan adalah untuk:
  • Bekerjasama   dengan   kerajaan   dalam menghapuskan pengeluaran dan perniagaan    dadah    yang    menyalahi    undang-undang  dan penyalahgunaan dadah.
  • Menjalankan penyelidikan dan menghapuskan  penyalahgunaan dadah.
  • Memulihkan penagih-penagih dadah.
  • Menyedarkan masyarakat akan penyalahgunaan  dadah  dan menggalakkan masyarakat untuk mencegahnya.
  • Melancarkan  kegiatan  dan  kerjasama  dengan persatuan-persatuan dan badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama.
(c) Pusat Serenti
  • Pusat pemulihan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia   untuk   memulihkan  penagih   dadah   sama   ada   yang   baru mula menagih    atau    penagih    yang berulang.
  • Rawatan detoksifikasi dan rawatan pemulihan  daripada  ketagihan
    kaunseling dan motivasi turut diberikan untuk memberi kesedaran tentang bahaya dadah
(d) Polis dan Kastam
  • Dua badan yang sentiasa menjalankan aktiviti pencegahan dadah.
    mengawasi perairan negara dan mengawal pintu masuk ke negara supaya tidak dicerobohi oleh penyeludup-penyeludup dadah.
(e) Agensi Swasta
  • Pengasih dan MB Rehabilitation banyak bantu memulihkan penagih dadah dan mencegah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat
(f) PROSTAR    (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja Malaysia)
  • Organisasi bukan kerajaan dengan rangkaian bertindak sebagai pemberi maklumat, membimbing serta mendidik remaja mengenai  HIV/AIDS dan gejala sosial.

10.1.3  Penjagaan dan Sokongan

  • Golongan muda merupakan golongan yang paling ramai terjebak dalam kancah masalah ini. 
  • Pusat Serenti dan Pengasih mengalu-alukan  kedatangan  penagih-penagih untuk diberikan pemulihan yg sewajarnya.
  • Beri sokongan dan galakan kepada  para penagih untuk memperbaiki diri mereka berusaha untuk memulihkan diri mereka.
    salah satu usaha penting untuk menangani masalah HIV/AIDS dari terus menular.
  • Penjagaan rapi dibuat oleh kedua-dua badan ini untuk memastikan bahawa setiap penagih menjalani semua aktiviti yang ditetapkan agar mereka tidak dapat lari dari pusat itu.
Contoh aktiviti-aktiviti
  • Ceramah  agama,  ceramah  motivasi, berkebun,  bergotong-royong,  bengkel  kemahiran  membuat  perabot  (bagi  lelaki)  dan kursus  membuat  baju  atau  masakan  (bagi wanita) dan  lain-lain lagi.
    memberikan khidmat kaunseling dan motivasi
Objektifnya
  • Menghindarkan para penagih daripada mengingati dadah membantu mereka mengisi masa dengan kegiatan yang berfaedah.
Hari AIDS Sedunia
  • Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 1 Disember setiap tahun sebagai “Hari AIDS Sedunia”
  • bertujuan menggalakkan sokongan masyarakat dan pembangunan program untuk mencegah jangkitan HIV 
  • memberi kesedaran dan pendidikan mengenai isu-isu berkaitan dengan HIV/AIDS

10.2   MELINDUNGI DIRI DARIPADA HIV/AIDS

(a) Cara Pencegahan :
  • Hindari seks di luar perkahwinan.
  • Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar  belakangnya.
  • Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
  • Gunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.
  • Jangan melakukan hubungan seks sejenis.
  • Jangan  berkongsi  peralatan  peribadi  seperti  pisau  cukur,  berus gigi  dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah.
  • Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.
  • Jangan menagih dadah.
  • Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.
  • Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.
  • Bagi wanita yang dijangkiti, elakkan dari mengandung.
  • Sebagai langkah asas, berikan didikan ugama dan moral kepada anak-anak untuk membentuk tingkah laku yang positif dan mengelakkan yang berisiko tinggi.
(b) Langkah keselamatan untuk Pesakit HIV Positif /AIDS :
  • Simpan nombor-nombor telefon yang penting.
  • Pastikan rumah anda adalah selamat.
  • Pastikan  peralatan  peribadi  yang  penting  boleh  didapati dengan mudah seperti sarung tangan pakai-buang, tuala wanita dan
    lampin.
  • Jangan menderma darah.
  • Amalkan pemakanan yang sihat.
  • Lindungi diri anda dari sebarang penyakit, contohnya elakkan dari berada  berdekatan  dengan  orang  yang  sakit,  pakai perlindungan muka (topeng) sewaktu melawat orang sakit dan elakkan  dari mendapat luka.
  • Gunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk  melindungi pasangan anda daripada dijangkiti AIDS.
  • Hentikan menagih dadah jika anda seorang penagih. Jangan menyuntik dadah atau berkongsi jarum dengan penagih dadah yang
    lain.
  • Jika anda seorang wanita, elakkan dari hamil kerana virus ini boleh dipindahkan kepada bayi yang dikandung.
Elemen-elemen dalam Rantai Jangkitan HIV/AIDS
  • AIDS bermaksud Acquired Immune-Deficiency Syndrome iaitu Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit. 
  • AIDS merupakan peringkat terakhir daripada spectrum jangkitan
  • HIV di mana sistem daya ketahanan badan yang melawan kuman-kuman jangkitan telah dilumpuhkan oleh virus HIV.
  • Akibatnya, badan tidak berupaya melawan -serangan kuman dan virus lain. Pesakit juga mudah mendapat penyakit barah contohnya barah kulit.
Terma-terma Penting dalam AIDS:
  • Acquired
Bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu kepada individu lain dan bukan diperoleh dari keturunan.
  • Immune deficiency
keupayaan semula jadi badan
melindungi diri dari penyakit-penyakit dan jangkitan sangat
lemah.
Badan tidak berupaya lagi melindungi diri dari jangkitan dan pelbagai jenis penyakit dan barah.
  • Syndrome
tanda-tanda dan gejala-gejala yang berpunca dari keadaan satu kombinasi tertentu sebagai gambaran klinikal sesuatu penyakit.
Sindrom AIDS
  • Penyakit HIV akan bertukar menjadi AIDS apabila sistem pertahanan badan terjejas teruk dan pelbagai komplikasi mula timbul. 
  • Kebanyakan keadaan yang membentuk AIDS adalah akibat jangkitan yang bersifat opportunistic (iaitu merujuk kepada jangkitan mikro organisma yang biasanya tidak menyebabkan penyakit pada orang sihat) seperti:
    • Jangkitan paru-paru yang dicirikan oleh batuk, sesak nafas dan sakit dada (contohnya pneumonia dan tuberkulosis pulmonari atau miliari akut).
    • Cirit-birit yang teruk dan berterusan.
    • Jangkitan pada otak atau kanser yang dicirikan oleh kekeliruan, demam, sawan, kehilangan penglihatan, sakit kepala yang teruk dan loya.
    • Berat badan menyusut dengan teruk.
    • CMV (Cytomegalovirus), sejenis jangkitan yang biasanya menyerang mata.
    • Kandida - sejenis jangkitan fungus yang menyebabkan seriawan (lapisan keputihan nipis dalam mulut) atau jangkitan dalam tekak atau faraj.
    • amat cenderung mendapat pelbagai jenis kanser seperti Sarkoma Kaposi, sejenis kanser kulit yang dicirikan oleh bintil atau tompok-tompok ungu/merah jambu yang timbul pada kulit; atau kanser sistem pertahanan badan yang dikenali sebagai limfoma.
Komplikasi
Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah:
  • Pneumocystis carinii pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru) memusnahkan paru-paru pesakit AIDS , membawa maut.
  • Cytomegalovirus retinitis - penyakit mata yang serius dan boleh menyebabkan buta.
  • Sarkoma Kaposi- kanser yang menyebabkan ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.
  • AIDS wasting syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara, cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari.
Adakah Terdapat Penawar untuk AIDS?
  • Sehingga kini belum ditemui sebarang vaksin untuk melawan HIV atau sebarang ubat yang boleh menyembuhkan AIDS. 
  • Hanya ada ubat yang boleh memperlahankan perebakan HIV di dalam badan dan kerosakan sistem pertahanan badan.
  • Terdapat jenis ubat-ubatan lain yang boleh mencegah atau merawat sesetengah jenis jangkitan opportunistic. 
  • Risiko penularan HIV daripada wanita hamil kepada janinnya dapat dikurangkan dengan banyak sekiranya ubat tertentu diberi kepada ibu semasa hamil, semasa kelahiran dan bersalin dan juga diberi kepada bayi semasa 6 minggu pertama hayatnya. 
  • Sarkoma Kaposi atau kanser yang lain pula boleh dirawat dengan radiasi dan kemoterapi.

10.2.2.  Kitaran Biologikal HIV/AIDS




10.2.3   Kenal pasti Masalah dan Tindakan yang Bersesuaian

Cara  AIDS  menjangkiti seseorang:
  • kongsi alat suntikan,
  • seks rambang,
  • transmisi darah
  • ibu mengandung kpd fetus
Berkongsi Alatan Suntikan
  • Perkongsian   picagari   dan   jarum   di kalangan  pengguna  dadah
  • Amalan   ini melibatkan dua atau lebih pengguna dadah   berturutan menggunakan jarum dan/atau picagari yang sama untuk menyuntik satu dos dadah cecair
  • Dipengaruhi kuat oleh latar belakang pengamal, norma dan ritual kelompok, kesukaran mendapat alatan suntikan yang bersih 
  • Virus   dipindah   melalui   bendalir- bendalir tubuh seperti:
    • Darah;
    • Cecair seminal/air mani (dan juga air mazi);
    • Rembesan faraj; dan
    • Susu badan.
Perebakan
  • melalui darah, semen (air mani) dan rembesan  faraj  mereka  yang  telah dijangkiti AIDS
  • terdedah kepada jangkitan AIDS adalah seperti berikut:
    • Melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan dari kedua-dua jantina.
    • Melakukan hubungan seks dengan pelacur.
    • Berkongsi jarum dan picagari di kalangan penagih dadah.
(c ) Transmisi/Jangkitan Virus AIDS
merebak dari individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut:
  • Melakukan hubungan seks dengan individu yang telah dijangkiti tanpa sebarang perlindungan seperti kondom.
  • Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke dalam sistem peredaran darah orang lain.
  • Daripada ibu yang dijangkit kepada janin yang dikandung.
  • Daripada organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya seperti melalui pemindahan organ).
AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti:
  • Berpegangan tangan.
  • Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak.
  • Berjabat tangan.
  • Bekerja bersama.
  • Bermain.
  • Ciuman ringan.
Anda tidak boleh dijangkiti AIDS dengan:
  • Berkongsi  makanan,  menggunakan  kemudahan  awam  seperti kolam mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk. 
  • Menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali
    sahaja.
  • Proses pemindahan darah kerana pada masa  sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh  tubuh  mereka  yang  dijangkiti  sebagai tindak  balas  terhadap jangkitan virus HIV.
  • Menggunakan  pinggan,  sudu  dan  gelas  yang  digunakan  oleh pesakit AIDS kerana virus HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus HIV.
  • Seseorang itu dianggap sebagai pembawa AIDS apabila ujian darahnya didapati positif terhadap antibodi AIDS walaupun dia belum menunjukkan sebarang gejala AIDS.
(d) Rawatan Farmakologi
  • Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom yang dialami oleh pesakit. 
  • Dadah-dadah berikut digunakan:
    • Dadah Antiretrovirus: Dadah antiretrovirus menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV. 
    • Perencat Protease : HIV memerlukan sejenis enzim yang dikenali sebagai protease untuk proses replikasi. Perencat protease menghalang enzim ini dengan berkesan dan seterusnya menyekat replikasi daripada berlaku. 
    • Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside Transcriptase Inhibitors (NNRTI): NRTI adalah penghalang enzim Reverse Transkriptase, ia dapat melengahkan tindakan enzim HIV ini. 
    • Gabungan Dadah: Perencat protease, nukleosida dan bukan nukleosida diberikan secara gabungan untuk menghalang fungsi-fungsi HIV.
(e) Rawatan Bukan Farmakologi
  • Tujuan pengurusan adalah untuk memberikan khidmat perubatan yang terbaik kepada individu yang telah dijangkiti AIDS, bagi mengurangkan kadar kesengsaraan dan mengelakkan diskriminasi. 
  • Perkhidmatan yg disepadukan ke dalam perkhidmatan rawatan perubatan di hospital.
  • Rawatan termasuk kaunseling. Kauseling diberikan sebelum dan selepas pesakit dijui utk HIV.
  • Pesakit dirawati oleh pakar di hospital yg terdekat.
  • Pesakit diberi jagaan perubatan sepenuhnya.
    Kesemua individu yang dijangkit HIV perlu menghadiri rawatan lanjutan setiap 3 hingga 6 bulan. 
  • Kesemua pesakit HIV akan diberikan kaunseling perubatan yang intensif oleh doktor. 
  • Kesemua pesakit akan diberitahu tentang diagnosis serta dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai. 
  • Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS
    mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan perlindungan daripada komplikasi jangkitan berkaitan HIV.
(f) Tindakan Pencegahan
Langkah-langkah disarankan untuk orang awam:
  • Elakkan melakukan hubungan seks dengan mereka yang mempunyai latar belakang dan status kesihatan yang tidak diketahui dan diragui.
  • Elakkan dari melakukan hubungan seks dengan berbilang pasangan atau dengan mereka yang mempunyai banyak pasangan. Ini termasuklah pelacur lelaki dan wanita.
  • Elakkan diri dari melakukan hubungan seks dengan mereka yang disyaki pesakit ataupun pembawa AIDS. Jika hubungan seks tidak dapat dielakkan (seperti pasangan suami atau isteri yang dijangkiti AIDS), anda dinasihatkan supaya menggunakan kondom. Penggunaan kondom boleh menurunkan risiko untuk mendapat AIDS.
  • Elakkan dari menyuntik dadah.
  • Jangan berkongsi jarum dan picagari untuk menyuntik dadah.
  • Jangan berkongsi alatan peribadi seperti berus gigi, pisau cukur ataupun alatan lain yang boleh tercemar dengan darah.

10.3  KESAN  HIV / AIDS

  • Bilangan kes mereka yang dijangkiti HIV meningkat tahun demi tahun. 
  • Golongan remaja dan dewasa dalam lingkungan umur 20-39 tahun adalah golongan yang paling ramai dijangkiti HIV. 
  • Peningkatan yang ketara dalam bilangan kes HIV yang dikesan bermula pada awal tahun 1990an. 
  • Ini berikutan dengan peningkatan aktiviti saringan yang dijalankan di kalangan penagih dadah di pusat pemulihan dan tahanan serta juga di kemudahan kesihatan.

10.3.1 Kenal pasti Kesan HIV/AIDS

(a)  Tanda-tanda dan Gejala
Secara amnya, pesakit AIDS akan mengalami gejala-gejala seperti di bawah:
  • Penurunan berat badan sehingga 10% yang tidak diketahui puncanya.
  • Cirit-birit dan batuk yang kronik dan berterusan.
  • Demam  yang  berpanjangan. Demam  ini  berlaku  sama  ada secara  berkala ataupun berterusan.
  • Pembengkakan nodus limfa terutamanya di leher, ketiak dan kelengkang.
  • Jangkitan  herpes  zoster  yang  berulang-ulang. Herpes  zoster merupakan infeksi saraf oleh virus yang dicirikan oleh kehadiran lepuhan pada kulit.
  • Kandidiasis  di mulut  dan  tekak. Kandidiasis merupakan  sejenis penyakit yang disebabkan oleh sejenis kulat (fungus).
  • Infeksi herpes simpleks yang berulang-ulang. Herpes simpleks merupakan jangkitan virus pada kulit yang dilihat sebagai lepuhan di sekeliling mulut dan alat kelamin.
(b)  Ujian-ujian
  • Ujian darah (Ujian Antibodi HIV contohnya HIV ELISA, EIA, Aglutinasi Partikel).boleh dijalankan memastikan sama ada kuman HIV wujud dalam tubuh seseorang.
  • Ujian-ujian ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital kerajaan atau swasta. 
  • Apabila virus telah memasuki tubuh, satu sebatian yang dikenali sebagai antibodi akan terhasil. Antibodi inilah yang dikesan di dalam ujian-ujian darah yang dijalankan.
(c) Keputusan Ujian HIV
  • Ujian HIV dapat mengenal pasti kewujudan antibodi di dalam darah seawal 2 minggu selepas jangkitan tetapi tubuh mungkin mengambil masa selama 6 bulan untuk mengeluarkan antibodi secukupnya. Purata masa yang diambil ialah 25 hari.
  • Keputusan seropositif bagi ujian HIV ini membawa maksud antibodi HIV wujud di dalam saluran darah seseorang dan dia adalah HIV positif. 
  • Untuk mendapat penyakit AIDS ia mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.
  • Rawatan menggunakan dadah untuk melambatkan perkembangan AIDS boleh didapati tetapi pesakit tidak boleh sembuh sepenuhnya. 
  • Keputusan seronegatif biasanya menandakan bahawa anda tidak diijangkiti HIV. Walaubagaimanapun, anda perlu diuji semula dalam masa 6 bulan jika anda berisiko tinggiuntuk mendapat AIDS kerana ia mengambil masa begitu panjang untuk menghasilkan antibodi yang mencukupi. 
  • Sesiapa yang menerima keputusan HIV positif perlu mendapatkan kaunseling sebelum dan selepas ujian ini untuk memahami keputusan ujian, membincangkan kaedah pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.
(d) Bilakah Seseorang itu Disahkan sebagai Pesakit AIDS?
  • Seseorang itu disahkan sebagai pesakit AIDS apabila mereka memiliki ciri-ciri di bawah:
  • (i) Ujian darah mereka disahkan mengandungi antibodi AIDS.
  • (ii) Mereka telah mempamerkan tanda-tanda dan gejala-gejala AIDS
  • (iii) Mereka telah mendapat komplikasi dari AIDS

10.3.2  Isu-isu Berkaitan dengan HIV/AIDS

(a)  Kes-kes Jenayah Melibatkan Penagih Semakin Meningkat
  • Kes  jenayah  melibatkan  penagih (kes-kes kecurian, rompakan, peras ugut, rogol dan yang paling teruk ialah membunuh)
(b)  Penyalahgunaan Bahan
  • Sering disalahgunakan pada masa kini adalah dadah.
    perkongsian jarum dan alat suntikan antara penagih
(c)  Ramai Gadis Terlibat dalam Seks Secara Rambang
  • melakukan  seks  secara  bertukar-tukar pasangan.
    melakukan  seks  tanpa  menggunakan  kondom,
  • kemungkinan dijangkiti  HIV  ia akan berjangkit kepada  bayinya  juga.

No comments:

Post a Comment