Tuesday, June 3, 2014

MAKANAN SEIMBANG

Definisi Makanan Seimbang

Makanan seimbang bererti makan jumlah hidangan yang disyorkan daripada setiap kumpulan makanan pada kebanyakan hari. Kepelbagaian dalam setiap kumpulan makanan (contoh, makan buah-buahan yang berlainan daripada kumpulan buah-buahan berbanding hanya makan epal) memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan, kerana tiada satu makanan yang membekalkan semua nutrien.

Kepentingan Makanan Seimbang

Contoh makanan seimbang
Pemakanan yang seimbang dan sihat memerlukan pemilihan seimbang daripada kumpulan makanan seperti sumber tenaga (karbohidrat, protein dan lemak) dan lain-lain nutrien. Makan daripada pelbagai jenis makanan juga akan membantu anda mengelakkan makan terlalu banyak. Amalan memakan terlalu banyak adalah tidak baik untuk kesihatan. Kesederhanaan bererti makan sedikit daripada setiap satu, tetapi tidak berlebihan. Tidak ada makanan yang bagus atau tidak bagus, yang ada hanya diet bagus atau teruk. Semua jenis makanan adalah diet yang sihat jika anda makan secara sederhana. Selain itu juga, pemilihan makanan yang sesuai untuk jangka masa panjang boleh menjamin diet yang sihat.
  1. Membantu tumbesaran.
  2. Membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa.
  3. Membantu mengurang risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, sebahagian kanser, penyakit kencing manis, strok dan osteoporosis (reput tulang).
  4. Mengurang faktor risiko utama untuk penyakit kronik, kegemukan, tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol dalam darah.

Menu Harian yang Seimbang

Menu harian yang seimbang harus berpandukan piramid makanan. Kita mestilah memilih makanan yang seimbang untuk keperluan harian dan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit. Terdapat beberapa prinsip-prinsip asas pemakanan harian.

(a)  Prinsip 1 - Menikmati Pelbagai Jenis Makanan
Seharusnya makanan tidak patut dikelaskan sebagai makanan baik atau makanan tidak baik. Namun, apa yang penting di dalam pemakanan kita ialah penggunaan makanan yang baik. Ini dikatakan tercapai jika ia memenuhi tujuan pemakanan kita. Tujuan ini berbeza bagi setiap individu. Contohnya jika individu adalah seorang ahli sukan, maka cara pemakanannya berbeza kerana memerlukan tenaga yang lebih. Oleh itu pemakanan bergantung kepada keperluan semasa untuk tempoh tertentu. Sesungguhnya makanan pelbagai diertikan sebagai makan secara sederhana iaitu makan untuk memenuhi keperluan sebenar tubuh badan kita. Piramid makanan ialah model penggunaan makanan yang baik.

(b) Prinsip 2 - Mengurangkan Makanan yang Berlemak
Lemak bukan sahaja membekalkan sumber tenaga tetapi pada masa yang sama memberi rasa kepada makanan kita. Ia membekalkan asid lemak yang diperlukan dan vitamin yang larut dalam lemak. Kedua-dua nutrien ini adalah penting untuk kesihatan dan kecergasan kita. Walau bagaimanapun, anda harus ingat pengambilan lemak yang tinggi akan menyebabkan masalah kesihatan. Sebenarnya lemak bukan merupakan pembekal bahan bakar yang baik untuk senaman otot tetapi lemak merupakan sumber bahan bakar untuk fungsi seharian tubuh badan.

(c)  Prinsip 3 - Meningkatkan Pengambilan Karbohidrat
Seperti yang anda ketahui, karbohidrat  merupakan sumber utama pembekal tenaga kepada badan. Peranannya di dalam tubuh badan kita ialah membekalkan tenaga yang secukupnya untuk aktiviti harian dan bersukan. Sumber kritikal bahan bakar karbohidrat datang daripada simpanan di dalam glukosa darah dan glikogen yang disimpan di dalam hati dan otot. Namun begitu, simpanan tersebut hanya cukup untuk senaman 90 minit sahaja.

(d) Prinsip 4 - Menjaga Pengambilan Elektrolit
Garam ialah antara elektrolit yang penting kerana ia membantu mengawal tekanan darah dan sukatan serta membantu mengimbangi taburan cecair dan nutrien di dalam dan di luar sel. Apabila tahap garam jatuh dibawah tahap normal maka fungsi sel-sel akan terganggu. Kehilangan air melalui perpeluhan menyebabkan kehilangan elektrolit. Namun begitu kehilangan ini dapat disesuaikan oleh tubuh badan. Walau bagaimanapun, dalam situasi sukan penggantian elektrolit perlu dilakukan semasa dan selepas latihan atau pertandingan. Kita juga harus berhati-hati kerana garam terdapat di dalam pemakanan kita, jadi kawalan ini adalah perlu supaya tubuh badan kita tidak kelebihan garam. Masalah inilah merupakan kesulitan yang timbul di kalangan atlet.

(e)   Prinsip 5 - Menggantikan Air yang Hilang Seharian

Nutrien yang paling penting ialah air. Tanpa air manusia tidak boleh hidup. Kesan kekurangan air bukan sahaja mempengaruhi aktiviti harian atau sukan malah ia boleh menyebabkan kematian. Strategi pengambilan air perlu ada dan ia seterusnya meliputi minum air sebelum, semasa dan selepas latihan. Petunjuk kehilangan air adalah seperti air kencing yang perang. Oleh itu cara yang lebih tepat perlu dilaksanakan iaitu dengan mengambil berat badan sebelum dan selepas latihan/pertandingan. Dengan erti kata lain kehilangan 1 kg berat badan perlu diganti dengan 1 liter air.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian yang baik ini ☺️

    Teringat lagi.. di sekolah dulu pun ada belajar tentang pemakanan seimbang dalam subjek sains..hihi

    ReplyDelete
  3. Wah prinsip yang menarik untuk memulakan amalan pemakanan yang sihat

    ReplyDelete
  4. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete