Tuesday, June 3, 2014

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Model

Topik 7 Model
Sumber: http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html

PENGENALAN

Model dapat digambarkan dengan pandangan dua dimensi (2D) tetapi pada pandangan ini hanya beberapa bahagian sahaja yang dapat ditunjukkan tetapi dengan pandangan 3D setiap penjuru sesuatu objek dapat di lihat dan dapat diketahui jika terdapat error pada sesuatu bahagian tersebut. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut. Model kawasan merupakan suatu bentuk ilustrasi yang menunjukkan satu kawasan yang dibuat dalam bentuk 3D yang sederhana.

Model statik adalah model yang dibuat hanya untuk gambaran tetap yang tidak bolah berubah. Model Dinamik adalah model yang dibuat mengikut kesesuaian bentuk yang boleh diubah pergerakan mengikut kehendak.


7.1 DEFINISI

Pengertian model adalah diertikan sebagai pengembaran sesuatu sehingga kita menjadi lebih jelas memahaminya. Sebagai contoh gambaran tiga dimensi (3D) bagi sesuatu objek. Dengan melihat model tersebut kita menjadi lebih mudah untuk memahami bentuk keseluruhan objek tersebut.

7.1.1 Alat dan Media

  • Mountinbord
  • Polystrin
  • Gam serbaguna
  • Pisau
  • Gunting
  • Warna
  • Kertas warna
  • Span bunga
  • Simen harder
  • Kertas pasir
Teknik
  • Cantuman
  • Luakkan
  • Gam
  • Kimpalan
  • Acuan

7.2 APLIKASI ALAT, MEDIA DAN TEKNIK

7.2.1 Lakaran Idea

Merupakan proses awal bagi menentukan jenis model yang akan dihasilkan sebagaimana yang telah dipersetujui. Model yang akan dihasilkan bergantung kepada jenisnya seperti model rumah, kereta bangunan dan sebagainya.

7.2.2 Pemilihan Alat dan Bahan

Proses ini amat perlu di dalam proses membuat model, ini kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza bergantung jenis model yang akan dihasilkan (rujuk bahagian jenis-jenis bahan). Pemilihan dan menentukan bahan juga mempengaruhi ketahanan model tersebut.

7.2.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan

Langkah ini juga penting di dalam penyediaan sesebuah model. Setiap model yang dihasilkan menggunakan teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan berbeza-beza bergantung kepada jenis model yang akan dihasilkan.

7.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA ATAU PROSES PENGHASILAN MODEL










7.4 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

7.4.1 Ekspresif Diri

Sesuatu persembahan atau hasilan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  1. Model menepati tema dan tajuk.
  2. Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan boleh diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah.
  3. Model yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan keselamatan.
  4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat.
  5. Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.
  6. Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

7.4.2 Apresiasi

Dengan berpandukan model yang telah dihasilkan kita dapat membuat penilaian dan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah ini dalam proses penghasilan model:
  1. Tajuk dan tema yang sesuai serta menepati.
  2. Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membuat model.
  3. Proses stailisasi dan penambahbaikan agar bersesuaian dengan keadaan semasa.
  4. Pilihan reka bentuk, warna dan padanan imej mengikut tema dan kesesuaian semasa.
  5. Kesesuaian secara keseluruhan.


RUMUSAN

  • Proses membentuk dan membuat model merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian bentuk model tersebut. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pereka. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap bentuk model yang akan dipersembahkan. Penampilan model yang kontemporari akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan bentuk-bentuk model yang bersesuaian dengan keadaan semasa.



No comments:

Post a Comment