Diceritakan orang bahawa, pada zaman dahulu kononnya ada sepohon pokok
kayu ara yang besar dan luar biasa keadaannya tumbuh dekat dengan sebuah
danau yang dalam. Danau itu letaknya dekat dengan tempat yang sekarang
ini bernama Kampung Tampias di daerah Lubuk Sugut, Sandakan. Pokok kayu
ara yang disebutkan tadi, keseluruhannya berwarna merah, termasuk
daunnya. Dalam bahasa orang-orang Dusun atau Kadazan pokok kayu ara itu
disebutnya 'Nunuk Ragang'. 'Nunuk' bererti pokok kayu ara dan 'ragang'
bererti merah.
Diceritakan juga bahawa pada masa itu tempat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa.
Diceritakan juga bahawa pada masa itu tempat tersebut belum lagi didiami oleh manusia. Pada umumnya, kawasan di mana terdapatnya Nunuk Ragang itu dipenuhi oleh hutan belantara yang hanya didiami oleh binatang-binatang buas dan liar sahaja. Pada masa itu terdapat seekor ayam jantan yang sangat besar, kira-kira sebesar seekor kerbau tinggal di situ. Ayam jantan tersebut dipercayai mempunyai kesaktian yang luar biasa.
Pada suatu hari ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari
makanan. Dengan tidak mena-mena terkeluarlah seorang anak muda yang
kacak dari bawah tanah yang dikaisnya itu. Ayam jantan tersebut terus
juga mengais-ngais dan mencakar tanah. Tidak lama kemudian keluar pula
seorang gadis yang sangat jelita. Kedua-dua orang manusia itu diambil
dan dipelihara oleh ayam jantan tersebut. Selang beberapa lama, maka
kedua manusia itu pun dikahwinkan. Hasil perkahwinan itu lahirlah
beberapa orang putera dan puteri. Keturunan mereka ini akhirnya beranak
pinak dan berkembang biak pula, lalu mendiami kawasan yang pada mulanya
tiada berorang itu. Lama kelamaan tempat itu menjadi semakin ramai
penghuninya.Keturunan kedua manusia yang ditemui daripada knisan tanah
oleh ayarn jantan itu disebut sebagai 'Orang-orang Nunuk Ragang' yang
'dipercayai' nenek moyang dan keturunan orang-orang Dusun atau Kadazan
sekarang ini.
Lelaki yang pertama muncul dari bawah tanah itu dilantik oleh ayam
jantan sebagai penghulu di tempat itu. Dia memerintah dengan adil atas
bantuan ayam jantan tersebut. Ayam jantan itu tinggal di pokok kayu ara
merah tadi. Bersama-sama pokok kayu ara merah tersebut ayam jantan itu
menjadi pelindung kepada manusia yang tinggal di situ. Tempat itu juga
akhirnya dinamakan Nunuk Ragang mengambil sempena nama pokok kayu ara
merah yang istimewa itu.
Nunak Ragang dari hari ke hari kian bertambah maju dan penduduknya
semakin ramai. Di sekitarnya terdapat beberapa batang anak sungai dan
ini menjadikannya suatu kawasan pertanian yang subur dan lumayan. Sejak
itu, hiduplah pendudukpenduduk Nunuk Ragang dalam suasana aman dan damai
buat beberapa lama
Menurut ceritanya, pada suatu masa Nunak Ragang telah 'diserang' dan
diganggu oleh 'Ragang Tie' (tahi merah). Ragang Tie ini tidak dapat
digambarkan keadaannya yang sebenar. Ia kelihatan seperti air yang
mengalir apabila dilihat dari jauh dan kadang-kadang orang yang
melihatnya seolah-olah seperti manusia sifatnya. Anehnya Ragang Tie itu
telah membawa wabak penyakit kepada sesiapa yang tersentuh dan
menyentuhnya, bahkan ia sering membawa maut. Di samping itu, Ragang Tie
juga memusnahkan hasil-hasil tanaman dan membunuh binatang-binatang
ternakan yang terkena padanya.
Oleh yang demikian, ramailah penduduk di situ yang menderita sakit dan
mati; binatang ternakan dan tanaman pun turut musnah terkena wabak itu.
Hal ini menjadikan orang-orang Nunuk Ragang berasa amat sedih dan
bimbang. Akhirnya, ramai di antara mereka meninggalkan tempat itu dan
berpindah ke kawasan lain yang lebih selamat untak didiami. Dengan itu,
berpecah dan 'bersepahlah' mereka ke serata daerah dan kawasan seperti
yang terdapat pada masa ini.
Pada suatu masa yang lain, tibalah musim menanam padi bagi penduduk
Nunak Ragang. Pada suatu hari, sedang orang-orang kampung itu sibuk
menugal padi di huma mereka terdengar suara manusia lain memanggil dan
datangnya dari bawah tanah pula. Orang-orang Nunak Ragang berasa hairan
bercampur takut, lalu mereka mengadukan kejadian itu pada penghulu
mereka. Akhirnya mereka mengadakan mesyuarat dan mencapai kata sepakat,
lalu mereka mengorek tanah dari mana terdengarnya suara memanggil itu.
Apabila dikorek, maka terbukalah sebuah lubang bawah tanah yang besar.
Di dalamnya penuh sesak dengan manusia yang kelihatannya bengis-bengis
belaka.
Orang-orang Nunuk Ragang menjadi bertambah takut lebih-lebih lagi
apabila mendengar suara percakapan manusia bawah tanah itu sangat kuat
dan kasar. Kemudian ketua manusia bawah tanah pun berkata dengan suara
yang amat kuat macam halilintar, katanya, "Terima kasih tuan-tuan
......kerana melepaskan kami dan tempat ini sungguh baik rasanya untuk
kami kerana kami sudah lama berkurung di bawah tanah. Sekarang kami mahu
tinggal di sini pula. Kamu mestilah pergi dari sini kalau tidak kami
akan musnahkan kamu semua!........."
Mendengar amaran manusia dari bawah tanah itu, maka orang Nunuk Ragang
pun lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Peristiwa ini
juga menyebabkan orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asal
mereka, lalu mendiami daerah-daerah lain di Sabah. Dua peristiwa di atas
adalah daripada dua cerita yang berlainan yang menyatakan sebab
orang-orang Nunuk Ragang berpindah dari tempat asalnya.
Kumpulan manusia dari bawah tanah itu pun mendiami kawasan yang telah
ditinggalkan oleh orang Nunuk Ragang. Namun begitu, manusia bawah tanah
masih percaya bahawa ayam sakti dan penghulu orang Nunuk Ragang masih
ada. Mereka akan membalas dendam terhadap mereka bila-bila rnasa, jadi
manusia bawah tanah terus berazam untuk menghapuskan kedua-duanya yang
dianggap sebagai musuh mereka. Orangorang Nunuk Ragang bersama penghulu
dan ayam jantan saktinya sentiasa diburu oleh manusia bawah tanah itu.
Setelah beberapa lama manusia bawah tanah masih juga tidak berjaya
menghapuskan penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Akhirnya
manusia bawah tanah itu pun tinggal menetap di sekitar kawasan tersebut
yang sekarang ini dikenali sebagai orang Tampias, mereka tcrdapat di
kawasan-kawasan perkampungan di daerah Labuk Sugut, Sandakan.
Diceritakan orang juga bahawa orang-orang Tampias itu hingga ke hari ini
tidak begitu berbaik-baik dengan orang-orang Dusun/Kadazan yang berasal
daripada orang-orang Nunuk Ragang.
Manusia bawah tanah itu menurut ceritanya adalah manusia biasa tetapi
telah disumpah oleh dewa tanah kerana terlalu banyak membnat kerosakan
di muka bumi lalu mereka dihantar mendiami kawasan lubang yang besar di
bawah tanah. Di sanalah mereka hidup dan beranakpinak beberapa lama
sehingga mereka dikeluarkan oleh orang Nunuk Ragang.
Perasaan marah dan dendam manusia bawah tanah tidak habis-habis terhadap
penghulu dan ayam jantan sakti orang Nunuk Ragang. Perkara ini
membuatkan ayam jantan sakti menerbangkan penghulu tersebut janh ke
suatu kawasan pergunungan yang sekarang ini dikenali sebagai Ranau.
Dengan kuasa sakti ayam jantan tersebut, ia meratakan tanah yang
berlumpur itu dengan kaki dan kepakuya, menguis-nguiskannya sehingga
tempat itu menjadi rata untak didiami. Oleh kerana kawasan itu berlumpur
dan mengambil sempena keadaan asalnya, maka tempat itu pun dinamakan
'Ranau' yang bermaksud 'lumpur' dalam bahasa Dusun/Kadazan.
Setelah tanah di situ diratakan, maka orangorang yang mengikut penghulu
berpindah itu pun terus membuka tempat kediaman di situ. Mereka
menumpukan kegiatan dengan bercucak tanam dan memelihara binatang
ternakan seperti ayam, itik dan babi.
Adapun manusia bawah tanah tadi masih terus berasa tidak senang dan
khuatir kalau-kalau orang-orang Nunuk Ragang datang menuntut bela dan
menyerang mereka. Lalu orang dari bawah tanah menyiasat dan akhirnya
mereka mendapat tahu bahawa orang-orang Nunuk Ragang berada di Ranau.
Maka, mereka pun bergerak pula ke sana untuk membinasakan orang-orang
Nunuk Ragang ini. Kedatangan manusia bawah tanah ini telah dapat dikesan
oleh ayam jantan sakti, lalu sebelum sempat mereka tiba ke Ranau, ayam
jantan sakti telah pun menerbangkan penghulu Nunuk Ragang ke suatu
tempat lain bersama pengikutnya dan tempat itu kemudiannya dikenali
sebagai Tambunan.
Di tempat baru itu seperti juga sebelumnya ayan jantan sakti tadi
membantu penghulunya dengan menguis-nguis dan meratakan tanah untuk
dijadikan kawasan tempat tinggal orang-orang Nunuk Ragang. Hal ini
diketahui juga akhirnya oleh manusia dari bawah tanah dan mereka menjadi
semakin marah terhadap orang Nunak Ragang, lebih-lebih lagi terhadap
ayam jantan sakti itu dan mereka terus berazam untak menghapuskannya.
Seperti kebiasaan perangai ayam jantan setiap pagi ia akan berkokok,
begitu juga ayam jantan sakti ini. Bunyi kokokannya pula amat kuat
hingga terdengar ke Ranau dan tempat-tempat lain yang agak jauh dari
tempatnya berkokok itu. Menurut ceritanya, bunyi kokokan ayam jantan
inilah yang membolehkan manusia dari bawah tanah itu menjejak kedudukan
ayam tersebut dan penghulu Nunuk Ragang. Lalu kampulan manusia dari
bawah tanah itu bergerak pula ke Tambunan. Seperti dahulu juga ayam
jantan sakti itu telah mengetahui kedatangan mereka lebih awal dan terus
menerbangkan penghulu itu ke satu tempat lain bernama Apin-apin. Di
situ mereka membuka pula tempat kediaman yang baru.
Oleh kerana manusia dari bawah tanah tadi hanya mendendami penghulu
Nunak Ragang dan ayam jantan saktinya sahaja, maka hanya sebahagian
sahaja manusia bawah tanah yang ikut memburunya. Sementara yang lainnya
terus tinggal menetap di tempat-tempat yang telah dibuka oleh ayam
jantan dan orang-orang Nunak Ragang itu.
Disebabkan penghulu Nunuk Ragang tidak lama mendiami Tambunan kemudian
terpaksa berpindah ke Apin-apin, maka dia melantik seorang penolongnya
yang bernama 'Gombunan' sebagai ketua orang-orang Nunak Ragang yang
menetap di situ. Maka nama Tambunan adalah mengambil sempena nama ketua
mereka yang dilantik oleh penghulu tadi. Lagipun tempat baru (Tambunan)
itu belum mendapat namanya lagi pada ketika itu.
Di Apin-apin, seperti tempat-tempat lain yang dibukanya sebelum itu,
penghulu Nunuk Ragang dan ayam jantan saktinya tidak dapat tinggal lama
kerana manusia dari bawah tanah terus mengesannya. Seperti biasa, ayam
jantan sakti tadi menerbangkan pula penghulu Nunak Ragang ke suatu
tempat lain yang lebih jauh di kawasan pedalaman yang kemudiannya
disebut sebagai Keningau. Seperti selalunya ayam jantan itu meratakan
kawasan tersebut untak dibuat tempat kediaman. Di tempat tersebut ketika
itu banyak terdapat pokok 'kayu manis', maka tempat itu lalu dinamakan
'Keningau' dalam bahasa Dusun/ Kadazan yang bererti 'kayu manis'.
Tidak berapa lama di Keningau ayam jantan sakti itu pun jatuh sakit dan
terus menemui ajalnya kerana sudah tua lalu ditanamkan di suatu tempat
di situ. Selang tidak berapa lama kemudian, penghulu Nunak Ragang pula
menghembuskan nafas juga kerana penyakit tua. Dengan kematian kedua-dua
makhluk yang sentiasa diburu oleh manusia dari bawah tanah itu, maka
mereka pun berhentilah memburu dan memusuhi orang-orang Nunuk Ragang.
Kematian ayam jantan sakti dan penghulu orang-orang Nunuk Ragang itu
menyebabkan orang-orangnya merasakan sesuatu yang berharga telah hilang
daripada mereka. Ini merupakan satu kehilangan yang amat besar bnat
mereka. Sesungguhnya ayam jantan sakti amat banyak jasanya kepada
orang-orang Dusun/Kadazan dalam membuka beberapa kawasan tempat kediaman
mereka. Jika diperhatikan, (malah hingga ke hari ini) kebanyakan tempat
yang didiami oleh orangorang Dusun/Kadazan adalah di kawasan bukit dan
pergunungan yang seakan-akan telah diratakan. Orang-orang Dusun/Kadazan
mempercayai akan kisah ini.
Pokok Nunuk Ragang yang ditinggalkan oleh orangorang Dusun/Kadazan
berdekatan dengan danau itu dikatakan telah ditebang dan dimusnahkan
oleh manusia dari bawah tanah yang dipercayai sekarang ini sebagai nenek
moyang orang Tampias di Sabah.
Rujukan: Taha Abdul Kadir. Cerita Tradisi Sabah. Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia : Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd. 1985. m/s 1-9.
No comments:
Post a Comment