Tuesday, June 3, 2014

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Asemblaj

Topik 4 Asemblaj

PENGENALAN

Dari pelbagai idea, pengarca mencari penemuan-penemuan baru bagaimana menghasilkan arca boleh dilakukan dengan lebih kreatif dan berpotensi. Jika arca luakan dihasilkan melalui kerja mengurang dan meluak objek asal, arca dicetak untuk menghasilkan arca acuan,  arca digerak untuk membentuk arca mobail atau kinetik dan akhirnya timbul pula gagasan pengarca mencantumkan bahan-bahan buangan daripada pelbagai bahan konkrit dan membentuk satu kesatuan atau komposisi arca yang harmoni lalu membentuk arca asemblaj. Arca asemblaj mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an dan 60-an apabila Louise Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul “Sky Cathedral” pada tahun 1958 dan menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson ini lebih dikenali sebagai “Wall-scale-assemblage”. Karya Nevelson ini menggabungkan konsep kubis dari bahan terbuang seperti kaki kerusi, batang penyapu, pintu kabinet dan pelbagai bahan kutipan lain terutamanya dari pelbagai bahan kayu. Berikutnya barulah muncul arcawan Jean Tinguely menghasilkan karya “Homage to New York” tahun 1960. Di peringkat awalan, Robert Rauschenberg telah menghasilkan karya asemblaj dari kombinasi dua dimensi dan tiga dimensi. Bagi Marcel Duchamp pula arca asemblajnya yang bertajuk “Bicycle Wheel” Green Monumenta V karya Ramlan Abdullah,“Pemain Rebab 1”, karya Mad Anuar Ismail dan “Killing Tool” karya Raja Shariman Raja Azidin.

Asemblaj (assemblage) merupakan karya dua dimensi atau tiga dimensi yang terhasil daripada gabungan pelbagai bahan terpakai. Ia merupakan cabang daripada abstrak ekspressionisme.

4.1 CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ

Gambar 1 hingga 3 di atas merupakan contoh asemblaj yang terkenal dalam dunia arca.
Gambar 4.1 – Karya Louise Nevelson, “Sky Catheral”, 1958.
Gambar 4.2 – Karya Jean Tinguely, “Homage to New York”, 1960.
Gambar 4.3 – Karya Robert Rauschenberg, “Canyon”, 1959.


4.2 CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ

4.2.1 Alatan

4.2.2 Bahan/Media


Alat dan Media Asemblaj

Berpandukan gambar di atas:
  1. Set alat asas asemblaj
  2. Media asas untuk membuat asemblaj
  3. Pahat untuk kerja mengukir dan membuat tektura pada kayu
  4. Alat ragum dan pengapit
  5. Kikir dan alat mengukir pada loyang dan aluminium
  6. Pengapit meja.

4.2.3 Bagaimana Proses Asemblaj Dilakukan atau Dihasilkan?




4.2.4 Penyediaan Lakaran Idea

Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam menghasilkan arca asemblaj. Perancangan yang rapi dan tertib boleh mendatangkan faedah yang besar untuk peringkat penghasilan karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru itu, perancangan seperti yang dinyatakan di bawah ini akan menjadikan penghasilan arca asemblaj lebih bermakna.

4.2.5 Penjanaan Idea – (Thumbnail-Print)

Rajah 4.2: Thumbnail-print asemblaj

4.2.6 Pemilihan Lakaran Akhir untuk Penghasilan Karya Asemblaj daripada Sketsa 2

Rajah 4.3: Pemilihan idea untuk karya

4.2.7 Proses Membentuk Asemblaj

Setelah penyediaan lakaran idea  di atas selesai, proses berikut merupakan  urutan kerja membentuk asemblaj yang perlu dilakukan; 
  • Membuat model kecil atau prototaip (proto-type) – merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini di samping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pelbagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan.
  • Membuat kerangka atau struktur – kerangka sesuatu asemblaj mungkin berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastik. Kerangka atau struktur adalah tulang temulang asemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan. Ia penting untuk kawalan bentuk di samping  menjadikan asemblaj lebih kukuh dan seimbang.
  • Membuat asemblaj yang sebenar – Bahagian urutan kerja ini amat penting. Kerangka akan ditutup dengan kepingan logam atau bahan pilihan yang dirancang atau ditokok tambah binaannya sehingga asemblaj berada pada saiz yang sebenar.
  • Kemasan dan persembahan – Untuk mendapatkan hasilan yang baik, proses kemasan boleh dilakukan dengan melarik bahagian-bahan asemblaj  yang masih kasar, menambahkan tekstura pada bentuk, menghalus, menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya sehingga peragaan arca tampak menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tokok tambah hiasan seperti skru yang dikimpal, baji-baji kayu yang membentuk tekstura, syelek, varnis, cat dan sebagainya akan menjadikan asemblaj lebih hebat dan menarik.

4.3 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

4.3.1 Ekspresi Diri

Asemblaj dikatakan cantik dan menarik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan. Ia menyerupai seperti arca dan karya seni yang lain yang menampilkan ciri-ciri estetika. Secara ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi asemblaj.
  1. Menepati Tema dan  Tajuk
    Sering kali tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh pengarca. Ia mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton,  tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.
  2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan
    Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai dari penggunaan bahan atau media. Sebabnya amat jelas, asemblaj wujud secara gabungan dan cantuman. Selagi bahan yang dipilih serasi dan boleh disepadukan, ia terus menerus mewakili penggunaan bahan subjek yang mewah dan pelbagai.
  3. Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat
    Dari rintisan sejarah asemblaj, penggunaan alat dan bahan terdiri daripada  kombinasi yang padat dan kukuh. Banyak bongkah-bongkah keluli, kepingan logam, rod besi dan bongkah kayu yang kuat dan kukuh diaplikasikan dalam penghasilan asemblaj. Kemudian, asemblaj disepadukan dengan kimpalan, skru, bol dan nat serta tanggam antara objek secara kukuh dan terancang.
  4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik
    Asemblaj mengadun pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik. Ciri bentuk dan sifat bahan yang pelbagai mengujudkan satu ritma atau rentak yang menarik. Ini disebabkan keistimewaan objek yang berbeza-beza.
  5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan
    Semua objek seni digubah berdasarkan asas seni reka. Di dalamnya terkandung unsur seni, prinsip seni dan struktur seni. Apabila asas seni reka ini diaplikasi dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.
  6. Asli, Unik dan Berketerampilan
    Ciplakan atau plagiat merupakan suatu fenomena yang tidak seharusnya berlaku. Ia dianggap suatu kelemahan, kepicikan dan kejahilan terhadap si pengkarya. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian (originality), ciplakan adalah satu kelemahan apatah lagi jika tujuannya untuk  komersial. Asemblaj yang asli diambil kira melalui penyataan  “hanya satu” atau tiada di tempat lain yang seperti ini”. Bagi tujuan keaslian reka cipta di dalam dunia perdagangan, hak cipta terpelihara disahkan sebagai satu penguatkuasaan agar plagiat tidak berlaku.

4.3.2 Kemahiran Mengaplikasi Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran mengaplikasi alat, bahan dan teknik sering kali merujuk kepada lima perkara yang berikut:
  1. Kesesuaian Tajuk, Tema dan Teknik yang Dikaitkan dengan Pemilihan Alat dan Bahan
    • Pemilihan tajuk menentukan alatan yang berkaitan untuk menghasilkan asemblaj yang dirancang.
    • Pemilihan alatan ada kaitan dengan pemilihan bahan binaan asemblaj.
    • Tema menentukan kombinasi alat dan bahan serta bagaimana konsep gabungan (assemble) ke atas objek pilihan di susun atur.
    • Teknik juga mempengaruhi terhadap pemilihan alat dan bahan.

  2. Membuat “Thumbnail-print”  Bertujuan untuk Membuat Pilihan yang Terbaik
    • Thumbnail-print dianggap suatu kemestian untuk mendapatkan hasil karya yang mapan dan menarik.
    • Setiap thumbnail-print ditentukan oleh  tajuk dan tema serta hal subjek.
    • Sketsa thumbnail-print asemblaj mengambil kira asas seni reka seperti unsur seni, prinsip seni dan struktur seni.
    • Sketsa thumbnail-print asemblaj juga mengambil kira sebagai asas penghasilan model sebelum karya pada saiz yang sebenar diimplementasikan.
    • Thumbnail-print menjadi sebagai rumus alat, bahan dan teknik yang akan dikaryakan.
    • Sketsa membantu untuk pengesanan dalam konteks peragaan atau tempat pameran sama ada “in-door” atau “out-door”

  3. Kaedah Mengguna Alat Perlu Betul dan Mengikut Peraturan

    • Kemahiran penggunaan alat dianggap sangat penting kerana berkaitan dengan keberkesanan hasil, tema dan tajuk.
    • Alatan yang bersesuaian dan mencukupi penting agar proses penghasilan berjalan dengan lancar dan terancang.
    • Alatan digunakan pada tempat yang sesuai seperti bengkel, studio seni dan ruang kerja yang bersesuaian.
    • Alatan diurus dan ditadbir selia dengan baik dan kemas.
  4. Kemasan dan Peragaan

    • Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Bagi asemblaj, aksesoris ini tidak begitu relevan kerana hiasan yang sedemikian mungkin penting untuk karya membentuk yang lain.
    • Tapak asemblaj perlu mantap, stabil dan kukuh. Asemblaj tiga dimensi banyak diperagakan di ruang luar bangunan, di taman-taman bunga, taman perumahan dan di beranda-beranda pejabat.
    • Tekstura yang ditokok tambah pada asemblaj mungkin menjadikan arca ini lebih menarik dan anggun.
    • Kepelbagaian dalam pemasangan bahan perlu mengambil kira rentak, pergerakan, kontra, keseimbangan, kadar banding dan kesatuan imej atau objek.
    • Teliti semula tema dan tajuk asemblaj. Kaji dan nilaikan ketepatan mengikut persekitaran dan isu yang ingin dibangkitkan.

4.3.3 Ekspresikan Diri Anda

Hasilkan sketsa asemblaj berdasarkan tema-tema yang diberi:
  • Buku dan alat tulis

RUMUSAN

  • Asemblaj adalah arca yang termasuk dalam aliran “abstrak-ekperssionisme”.
  • Asemblaj dinukilkan secara dua dimensi , tiga dimensi atau kedua-duanya sekali.
  • Dibentuk melalui gabungan pelbagai bahan terutamanya bahan terbuang yang bersifat pejal dan tahan lama.
  • Konsep asemblaj terjadi daripada gabungan, bina semula dan reka bentuk semula bahan konkrit yang pelbagai melalui proses artistik dan estetik.
  • Objek digabung melalui teknik kimpalan, skru, bol dan nat, gam, tanggam dan ikatan.
  • Komposisi objek membentuk cerita, konotasi makna dan rentetan peristiwa. Ini bermakna semakin besar gabungan objek yang dibina, semakin besar makna dan cerita.
  • Di Malaysia asemblaj mula mendapat perhatian secara lebih mendalam selepas 1990-an.
  • Asemblaj memerlukan ruang, kesepaduan bentuk dan paksi simetri yang stabil. Biarpun begitu, asemblaj boleh digabungkan dengan arca kinetik dan mobail.


No comments:

Post a Comment