Tuesday, June 10, 2014

TOPIK 8: KONFLIK DAN STRES

TOPIK 8:   KONFLIK DAN STRES

8.1  DEFINISI KONFLIK DAN STRES

Konflik  dan  stres  sangat  berkait  rapat  antara  satu  sama  lain.

Stres berpunca daripada konflik.
Konflik
Stres
proses  sosial  yang melibatkan dua atau  lebih  pihak, di mana salah satu  pihak berusaha menyingkirkan pihak yang lain.                    dilihat  sebagai  desakan  atau tekanan  yang  dihadapi  oleh individu  berikutan  peristiwa  yang berlaku  padanya 


Antara faktor penyebab konflik ialah:
(a) Perbezaan pendapat atau pendirian;
(b) Perbezaan kefahaman, kebudayaan atau peribadi;
(c) Perbezaan kepentingan.

Apabila sesuatu konflik itu tidak diselesaikan dengan cara yang positif atau baik, ia akan terjerumus ke dalam gejala stres.

Ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan, mental dan juga pergaduhan.

Berdepan dengan sesuatu konflik anda secara  bertenang, berfikiran terbuka dan bertolak ansur.

Tiga Peringkat Badan semasa mengalamai Stres:
Peringkat Stres
Keadaan  Badan
semasa Stres
1. Alarm Phasebila  mengalami  stres,  output  tenaga turun  untuk  seketika.  Ini berlaku bila stres ini merangsang otak anda.
2. Adaptation Phaseoutput  tenaga  meningkat  daripada tahap  normal;  lalu  anda dirangsang untuk berdepan dengan situasi stres ini.
3. Exhaustion PhaseAkhirnya  tenaga anda habis
digunakan  lalu kapasiti anda untuk berfungsi seperti biasa, terjejas.


8.2 Jenis-jenis Stres

Stres  terbahagi  kepada  dua  jenis
Uestress
Distress
stres  yang  menghasilkan  kesan positif  dan  kegembiraan (perkahwinan,  naik  pangkat, mendapat  ahli  keluarga  baru  dan berpindah rumah.)                    stres  yang  mengakibatkan  kesan negatif kepada mangsa  seperti  kematian, kemalangan  jalan  raya, berpenyakit dan beberapa musibah lain.


8.3  Punca-punca Stres

Cara  termudah mengatasi stres  ialah dengan mengenalpasti puncanya.
(a)    Punca Stres di Rumah
  • Kematian ahli keluarga, saudara atau kawan.
  • Kecederaan atau penyakit yang dihadapi oleh orang yang kita sayang.
  • Perkahwinan kita, anak atau adik beradik.
  • Perceraian.
  • Kehamilan atau kelahiran anak.
  • Kelakuan anak-anak.
  • Prestasi pembelajaran anak yang merosot.
  • Anak yang hiperaktif.
  • Gangguan seksual.
  • Pertengkaran dengan pasangan, keluarga atau kawan-kawan.
  • Masalah kewangan.
  • Kes kecurian.
  • Pindah rumah.
  • Pertukaran tempat, kawasan atau negara.
(b) Punca Stres di Tempat Kerja
  • Memenuhi permintaan pekerjaan.
  • Perhubungan dengan rakan sekerja.
  • Mengawal orang bawahan.
  • Melatih orang bawahan atau mengambil kerja mereka.
  • Tekanan kerja yang banyak.
  • Mengejar tarikh hantar tugasan.
  • Mengeluarkan penyelidikan terbaru jika anda bekerja di bahagian penyelidikan.
  • Kerja lebih masa pada waktu cuti.
  • Dibuang atau digantung kerja.
  • Pergaduhan dengan majikan atau rakan sekerja.
  • Penukaran kerja.
  • Bekerja melebihi kemampuan.
  • Gangguan di tempat kerja.
  • Gangguan seksual.
(c)    Punca-punca Lain yang Boleh Menyebabkan Stres
  • Ketakutan yang kadang-kadang berpanjangan.
  • Ancaman dari segi fizikal, sosial, kewangan dan lain-lain ancaman.
  • Ketidakpastian.
  • Tidak cukup tidur.
  • Apabila seseorang salah mentafsir tentang diri anda


8.4  CARA-CARA MENGAWAL KONFLIK DAN STRES

  • Boleh melemahkan sistem imun dalam badan kita di mana peningkatan hormon adrenalin boleh menjejaskan fungsi leukosit.
  • Menyebabkan gangguan  kognitif  seperti  melemahkan  daya ingatan  dan  tumpuan.
  • Mengalami  kekacauan  emosi  seperti  resah-gelisah dan mempamerkan tingkah laku yang keterlaluan.

8.4.1.  Penepatan Keperluan

  • berfikiran  terbuka dan positif  apabila mengalami  stres.
  • Menetapkan keperluan yang penting dahulu.
  • beri keutamaan kepada  tugas-tugas yang penting untuk mengelak stres akibat tidak menyiapkan kerja yang penting.
  • buatlah satu jadual.utk mengelakkan dpd terlupa membuat tugasan yg penting. 

8.4.2. Pengurusan Masa

  • mengurus mengikut kepentingan sesuatu kerja  mengikut  kepentingan  dan keperluan.
  • meyenaraikan kerja berdasarkan pengkelasan: “ perlu dilaksanakan segera” sehingga “pelaksanaan tidak segera”.
  • pengkelasan dan pengagihan tugas (rutin seharian) berdasarkan kepentingan.
  • pengurusan masa amatlah penting kerna bantu mengawal  stress dengan  cara yang  terbaik.
  • hargailah masa  dengan melakukan  aktiviti-aktiviti  dengan efektif.

8.4.3  Teknik Relaksasi

  • Teknik ini boleh  dilakukan pada bila-bila masa  tanpa mengira  tempat.
  • Teknik Relaksasi dapat  mengatur  balik  peredaran  darah  di  dalam  tubuh  badan dan  merasa lebih segar, seterusnya mengurangkan stress.
  • Renggangkan otot-otot tubuh dengan tumpuan pada tangan, lengan, muka, kepala, leher, bahu, dada, lambung dan punggung bawah dan akhirnya ke daerah kaki.
  • Relaksasi berhubung kait dengan senaman, maka ia bantu  anda  mengawal  stres  tetapi  juga  dapat meningkatkan kesihatan dari  segi  fizikal dan psikologi.


8.5  MEMINIMUMKAN RISIKO STRES

  • Stres berpunca dari konflik, kepenatan (burnout), tekanan di tempat kerja dan masalah-masalah lain.
  • Anda harus membuat pemilihan yang tepat apabila menghadapi masalah.
  • Elakkan daripada membuat keputusan yang terburu-buru atau melulu.
  • Fikir dahulu sebelum bertindak kerana anda mempunyai pilihan.
Cara-cara untuk mengatasi konflik dan stres: 
(a)  mengurangkan kepenatan;
(b)  menghindari rokok, dadah dan alkohol; dan
(c)    menghadiri sesi kaunseling.


8.5.1 Keletihan - Mental, Emosi dan Fizikal (Burnout)

  • Burnout biasanya dikaitkan dengan stres.
  • Burnout didefinisikan sebagai keletihan mental,  emosi  dan  fizikal  yang melampau  yang  disebabkan  oleh  kehendak  pencapaian  objektif yang  bertentangan  dengan  realiti.
  • dihadapi oleh  individu yang kerja  terlalu keras,  lama dan bersungguh-sungguh dalam apa sahaja yang mereka lakukan.
Elak  dari  burnout
  • harus  sentiasa  bersedia menghadapinya.
  • bijak menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.
  • bekerja  janganlah  terlalu memaksa diri sehingga  ia boleh menyebabkan  tekanan  melakukannya dengan bijak, tenang dan mengikut kemampuan diri anda.


8.5.2.  Menghindari Rokok, Dadah dan Alkohol

  • Aamalan  hidup  yang  sihat  menerusi senaman dan amalan pemakanan yang seimbang bantu mengurangkan stres.
  • Merokok  merupakan  penyebab  utama  kanser  paru-paru.
  • 75%  daripada  asap  rokok  yang dihembuskan  oleh  perokok akan  disedut  oleh  orang  yang  tidak  merokok   (perokok  pasif), manakala  mereka  yang  menghisap  rokok (perokok aktif) akan menyedut 25% daripada asap rokok yang dihisapnya.
  • Aalkohol  juga  boleh menyebabkan  anda  mendapat  kanser,  strok, sakit  jantung,  darah  tinggi.
  • Dadah  dan  alkohol  boleh membuat  seseorang  itu  berkhayal.

8.5.3  Sesi Kaunseling
  • Sesi kaunseling selalunya akan memberi kesan positif yang besar kepada mereka yang  bermasalah.
  • Kkaunselor  hanya  boleh  menunjukkan  jalan  keluar  atau memberi pilihan kepada masalah anda  tetapi yang menentukannya  ialah diri anda sendiri. Oleh itu, anda mestilah berfikiran terbuka dan positif semasa sesi kaunseling.

4 comments: