„To keep the body in good health is a duty,.. otherwise we shall not be able to
keep our mind strong and clear.
~ Buddha
PENGENALAN
Gaya hidup sihat adalah satu corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara
kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat boleh dicapai dengan mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin dan juga mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Setiap individu daripada pelbagai kategori umur dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi dan mengamalkan pemakanan yang rendah lemak, gula dan garam. Menurut penyelidik-penyelidik di bidang sains sukan, corak gaya hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang menjadi punca kepada penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kini, masyarakat kita mula mengamalkan gaya hidup sihat ekoran daripada kesedaran bahawa penyakit kronik wujud daripada corak kehidupan yang tidak sihat.
Definisi dan Konsep Gaya Hidup Sihat
Secara umumnya, gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal tekanan atau stres, dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.
Manakala menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946) pula mentakrifkan perkataan sihat sebagai:
„Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Menurut kajian Lyons dan Langille (2001), konsep gaya hidup sihat
dikategorikan sebagai satu „kehidupan yang seimbang‰ di mana seseorang
membuat satu pilihan dengan bijak. Walau bagaimanapun, segala pilihan ini
dipengaruhi beberapa faktor. Mereka juga menerangkan bahawa gaya hidup
yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan,
pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu kehidupan.
Konsep dan Matlamat
Konsep dan matlamat gaya hidup sihat adalah universal. Matlamat utama gaya
hidup yang sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek
jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Untuk
jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan akan melahirkan
sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf
hidup sama ada tua atau muda, kaya atau miskin.
Komponen-komponen Gaya Hidup Sihat
Mental - Kebolehan untuk mengenal pasti realiti kehidupan serta
menangani masalah dengan bijak.
Sosial - Merujuk kepada kualiti sesuatu perhubungan sama ada di antara ahli keluarga, rakan, guru dan lain-lain.
Emosi - Mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang betul dan bukannya konstruktif.
Fizikal - Kemampuan tubuh melakukan sesuatu aktiviti serta menghindari diri daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Persekitaran - Memastikan persekitaran yang bersih untuk kesejahteraan bersama.
Sosial - Merujuk kepada kualiti sesuatu perhubungan sama ada di antara ahli keluarga, rakan, guru dan lain-lain.
Emosi - Mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang betul dan bukannya konstruktif.
Fizikal - Kemampuan tubuh melakukan sesuatu aktiviti serta menghindari diri daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Persekitaran - Memastikan persekitaran yang bersih untuk kesejahteraan bersama.
Spiritual - Memastikan keharmonian hubungan antara satu sama lain serta
mempunyai tujuan dan hala tuju. Di samping itu, nilai, moral
dan etika juga perlu dititikberatkan.
ew
ReplyDeletewww.thedalucia.com
ReplyDeletehttp://www.thedalucia.com
ReplyDeletesusu badam
ReplyDeletehoooooo
ReplyDeleteapa ni
ReplyDelete123456789987654347gfcvbn
ReplyDelete