PENGENALAN
Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai dan mula popular sekitar abad ke sembilan belas. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Kontemporari ini objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama.
10.1 CONTOH-CONTOH ASEMBLAJ
10.1.1 Alatan
10.1.2 Alatan Membuat Diorama
10.1.3 Bahan Menghasil Diorama
|
|
|
|
10.1.4 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama
Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan, tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka. Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama:- Menentukan Subjek dan Tema
- Alam Semulajadi dan Persekitaran
- Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Pelukis
- Aliran dan Tema Sejagat
- Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian
- Alam Semulajadi dan Persekitaran
- Menentukan Alat dan Media
Setelah subjek dan tema di atas di pilih, perancangan pemilihan alat dan bahan menjadi kriteria yang penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan melalui pemilihan objek yang ;real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada kadaran atau nisbah gambar latar secara idealistik.Subjek dan Tema Tajuk Diorama Alat dan Bahan Alam semulajadi dan
persekitaranHidupan di dasar laut Karangan laut, gam UHU, Tulang ikan,dawai, tangsi, kad tebal, pasir laut, batu-batu laut. Perasaan dalaman,
khayalan dan imaginasi
pelukisKehidupan di sebuah
planet asingPlastersin, polesterin, pasir, gam, model kapal angkasa, cat emulsi. Aliran dan tema sejagat Sabung ayam di kampung
sayaModel ayam jantan, Model manusia, platersin, tanah,pasir, cat emulsi, gam UHU, biji kacang. Keperluan dan
pengalaman hidup
harianMemancing ikan di
sebuah tasik yang permaiModel orang memancing, kaca, plastersin, plesterin, gam, pasir, batu-batu kecil, kad bod. - Membuat Thumbnail-print (Membuat Lakaran-lakaran Kecil)
Apakah pentingnya thumbnail-print?- Gagasan-gasasan dan pengideaan melalui konsep trial and error
- Sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilkan.
- Sketsa yang mantap dan hebat untuk dijadikan diorama.
- Memilih Salah Satu Lakaran yang Terbaik
Sketsa 2 dipilih untuk pengembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama. Kriteria pemilihan ini dipilih kerana berkaitan dengan penampilan asas seni reka yang mantap dan berketrampilan. Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria penting dalam pemilihan lakaran tersebut. - Memperinci Lakaran
Setelah memilih lakaran yang terbaik, fikirkanlah untuk memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika dari diorama yang akan dihasilkan nanti. - Membuat Karya/Diorama
Buat kerangka dalam dan luar. Fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut diambil pertimbangan;- Bahan dan alatan,
- Kos pembinaan/buatan
- Masa yang diperlukan.
- Kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.
10.1.5 Proses Membentuk Diorama
Setelah penyediaan lakaran idea selesai proses berikut merupakan urutan penghasilan diorama.10.2 PERSEMBAHAN HASIL KERJA
10.2.1 Ekspresi Diri
Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan strukur rekaan seni. Ia diolah dengan mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik. Seterusnya hasilan ini mengambil kira kepada beberapa ciri yang berikut:- Bentuk Diorama Menepati Tema dan Tajuk
- Tema disampai dan dikongsi dengan tepat.
- Lazimnya isu-isu semasa dan isu dalam pembelajaran pembelajaran menjadi pilihan tema.
- Namun begitu, ekspresi dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian daripada cetusan tema dan tajuk.
- Diorama menampilkan tema dan tajuk secara realism.
- Bahan Binaan Diorama Sesuai dengan Tujuan Hasilan
- Ketahanan dan kesesuaian diorama yang akan dihasilkan.
- Mudah diaplikasi, selari dengan tema dan tajuk.
- Menarik, sedondon dan saling lengkap melengkapi.
- Pastikan ia Kuat, Kukuh dan Selamat
- Soal kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan.
- Diorama perlu mempunyai jangka hayat yang panjang.
- Diorama juga perlu kukuh kerana pemerhati akan membuat pengamatan dan penilaian dengan teliti.
- Pemerhati ada kemungkinan berasak-asak melihat diorama tersebut.
- Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan Baik, Membentuk Suatu Komposisi Gubahan yang Artistik
- Menyusun atur komposisi bahan penting untuk artistik bahan dan estetika diorama.
- Adunan rentak, pergerakan dan kontra dan kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jelas, untuk penampilan karya yang simple tetapi menarik.
- Tambahan pula kelainan alat dan bahan mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza mengikut kesesuaiannya.
- Mengaplikasi Prinsip-prinsip Rekaan seperti Rentak, Pergerakan, Kontra, Warna, Imbangan, Harmoni dan Kesatuan yang Menarik
Rajah 10.8: Aplikasi prinsip rekaan diorama - Asli, Unik dan Berketrampilan
- Melalui proses kreativiti yang tinggi.
- Jauhi plagiarism dan hasilan klise.
- Suatu penampilan yang baru
- Inovasi atau improvisiasi yang positif
- Pemerhatian, penelitian dan pro-aktif
- Cuba jaya yang tidak kenal erti putus asa.
- Penampilan reka bentuk baru dan bersifat futuristik.
10.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut:10.2.3 Apresiasi Diorama
Apresiasi diorama dilakukan berpandukan empat perkara berikut:RUMUSAN
- Diorama mula mendapat perhatian umum dalam dunia seni pada abad ke sembilan belas.
- Konsep diorama dikaitkan dengan catan yang besifat dua dimensi dan figura yang bersifat tiga dimensi.
- Diorama banyak mengesahkan mengenai sejarah, sains, alam sekitar dan sastera rakyat.
- Diorama menggabungkan objek-objek yang berbagai: dibentuk, dimodel, dicetak dan bahan semulajadi yang diperagakan semula. Sifat objek telah melalui proses adaptasi ruang dan bentuk serta konsep ambient.
- Komponen objek diorama dibuat secara pateri atau kimpalan, gam plastik, skrew, jahitan dan ikatan.
- Kemasan diorama boleh dilakukan dengan menyapukan bahan penyudah seperti syelek, varnish, cat kilat atau emulsi.
- Peragaan diorama di tempat tertutup. Untuk mengelakkan daripada gangguan sipemerhati terhadap objek-objek yang dipamer, cermin diaplikasikan di bahagian hadapan untuk menghindar daripada kerosakkan diorama.
minta izin share nota yer..semoga dipermudahkan urusan tuan....
ReplyDeletegood
ReplyDeleteGood
DeleteGOOD
ReplyDeleteHi
ReplyDelete