Tuesday, June 3, 2014

Status Pemakanan Mengikut Kumpulan

KUMPULAN BAYI

Bayi merupakan kumpulan atau peringkat paling awal dalam sistem manusia. Bayi boleh diklasifikasikan seawal umur satu hingga 12 bulan (Tetty Henney Zulkifly, 1998).
Bayi

Keperluan Kalori dan Nutrien

Nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Lemak merupakan kumpulan makanan yang banyak menghasilkan kalori mengikut berat iaitu 9 kalori bagi setiap gram dan alkohol pula ditempat yang kedua dengan mengeluarkan sebanyak 7 kalori bagi setiap gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh itu, makanan yang mengandungi banyak lemak, tinggi kalorinya. Sebaliknya, makanan yang tinggi dengan kandungan air seperti sayur-sayuran, rendah kalorinya. 

Keperluan kalori bayi adalah sedikit berbanding kumpulan lain. Namun, bayi memerlukan nutrien yang mencukupi untuk kekal sihat. Walaupun begitu, kadar dan keperluan kalori dan nutrien untuk bayi adalah berbeza kerana bayi mempunyai sistem penghadaman yang kecil. Justeru, nutrien yang terbaik untuk bayi adalah susu.

Susu Ibu dan Susu Formula


(a)    Susu Ibu
Bayi memerlukan nutrien yang terbaik untuk berkembang dan membesar dengan sihat. Mazni Othman (2007) dalam kajiannya berpendapat, susu ibu merupakan nutrien yang terbaik untuk bayi. Menurutnya susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang diperlukan oleh setiap bayi. Ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, radang paru-paru dan selsema.

Susu awal ibu (immune milk) yang dihasilkan dalam beberapa hari setelah melahirkan bayi mengandungi kolostrum. Kolostrum tinggi dalam karbohidrat, protein, antibodi dan kurang dalam lemak.

Antara faedah lain yang terdapat dalam susu ibu adalah:
(i)                Mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
(ii)              Mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
(iii)            Mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
(iv)      Boleh diperoleh dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau  memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
(v)            Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi.
(vi)        Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibu, berbanding dengan cara penyusuan lain.

(a)    Susu Formula
Susu formula adalah susu lembu atau susu kacang soya yang diproses  umumnya dalam bentuk tepung dan cecair.

  1. Susu formula boleh disediakan oleh sesiapa - ibu, bapa atau pembantu.  
  2. Ia lebih fleksibel di mana ibu boleh melakukan kerja-kerja lain. 
  3. Tidak ada satu pun antibodi yang didapati di dalam susu ibu ada di dalam susu formula. Oleh itu, daya tahan sakit bayi yang disusu formula ini tidak kuat berbanding dengan bayi yang disusu badan.  
  4. Susu formula lebih mahal.  
  5. Selain itu, mungkin terdapat bakteria dalam susu formula jika tidak dibasuh dan disteril dengan baik. 
  6. Susu formula juga mungkin menyebabkan masalah angin dan sembelit. 

Jadual 3.1: Perbandingan antara Susu Ibu dan Susu Formula dari Segi Kandungan Zat

KANDUNGAN
SUSU IBU
SUSU FORMULA
PROTEIN
1.23 %
3.5 %
LAKTOSA
7.5 %
4.5 %
NATRIUM
X1
X4
LEMAK
3.5 %
4.0 %
KALORI
20 %
20 %

Makanan Tambahan

Selain susu ibu atau susu formula, bayi juga memerlukan makanan tambahan bagi memperkukuhkan lagi sistem imun ( immune system ) dan sistem tumbesaran mereka. Contoh makanan tambahan yang dicadangkan untuk kumpulan bayi adalah seperti bijirin halus yang telah dikacau dengan air.

No comments:

Post a Comment