KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT TERHADAP KESIHATAN INDIVIDU, AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN NEGARA
Kesihatan Individu
Individu yang cergas dan sihat merupakan salah satu daripada asas yang
penting untuk memastikan negara kekal maju dan membangun. Biasanya
apabila taraf hidup kita meningkat, cara hidup kita akan berubah dan
pemakanan juga berubah sehingga kita lupa kepada pentingnya menjaga
kesihatan diri.
Justeru itu, tidak hairanlah ramai individu masa kini berisiko menghidap
pelbagai jenis penyakit seperti hipertensi, kanser paru-paru, kencing manis dan
buah pinggang. Hipertensi adalah satu penyakit berbahaya kerana ia
membebankan jantung dan ini menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan
dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok.
Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik
degeneratif seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung
dan sakit jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, sakit buah
pinggang dan otak serta boleh membawa kepada kematian.
Di samping itu, seseorang individu yang tidak mengamalkan cara hidup sihat
berisiko mendapat obesiti (kegemukan) yang akan menjejaskan penampilan diri
seseorang (lihat Rajah 1.1). Akibat dari keadaan fizikal tersebut, ada sesetengah
individu yang sanggup memakan pelbagai jenis pil pelangsing yang berbahaya
sebagai jalan penyelesaian mudah sehingga sanggup memudaratkan kesihatan.
Agensi Kerajaan dan Swasta
Bagi agensi kerajaan dan swasta, amalan gaya hidup yang sihat amatlah penting
dan sangat dititikberatkan. Kakitangan kerajaan dan swasta adalah merupakan
nadi penggerak bagi sesuatu syarikat atau organisasi. Tanpa mereka, sesebuah
organisasi tidak dapat beroperasi dengan efektif lalu menjejaskan produktiviti.
Stres atau tekanan adalah satu penyakit psikologi yang selalu dialami oleh kakitangan kerajaan dan swasta. Stres boleh ditakrifkan sebagai tekanan yang berlaku ke atas diri seseorang berpunca daripada rangsangan luaran dan dalaman.
Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti beban kerja atau masalah dengan rakan sekerja. Seseorang yang mengalami stres tidak dapat mengawal perasaan dan emosi. Mereka biasanya tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti negatif seperti menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah untuk menghilangkan tekanan. Ada juga di antara mereka yang sanggup melakukan kegiatan jenayah seperti memukul orang, mengugut dan membunuh. Berikut adalah beberapa petikan daripada akhbar tempatan, Utusan Malaysia yang memaparkan gejala sosial yang melanda rakyat yang menghadapi tekanan.
Negara
Tanpa amalan gaya hidup yang sihat, negara akan kehilangan rakyat untuk
membangunkan negara. Rakyat adalah aset yang penting untuk sesuatu negara
kerana ia mencerminkan keharmonian dan keamanan. Justeru itu, untuk
mengecapinya rakyat mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Rakyat
yang lemah dari segi fizikal dan mental boleh menjejaskan kestabilan negara.
Untuk menjadi negara yang terkenal, membangun dan berdaya saing, rakyat
mestilah menjaga mutu kesihatan dengan bersenam serta menjaga pemakanan.
Negara yang maju tiada ertinya sekiranya rakyat lemah dan sentiasa
berpenyakit. Ia akan mencemarkan nama baik dan reputasi negara selaku
ÂNegara Sedang MembangunÊ dan seterusnya akan membantutkan kegiatan
ekonomi negara. Akhirnya, negara akan menjadi tidak stabil dan kerugian
kerana rakyatnya yang tidak produktif.
No comments:
Post a Comment